Friday, March 30, 2012

Penat



Hai pembaca-pembaca blogku yang tersayang! kalau ada pembaca lagi la

Maaf la ye sebab tak dapat berkunjung ke blog korang. Agak busy dan kepenatan.


Hari-hari naik bas dalam pukul 7.20 pagi. Dari Damansara ke Uptown dalam sejam. Kadang-kadang lebih. Masa nak balik lagi sempoi. Kena pulak naik 2 bas. Kata driver bas, "Bas ni memang masa balik tak masuk Seksyen 5. Kalau nak balik, aku kena berhenti and lintas jalan and tunggu bas nombor sama jugak. Haishh.

So kiranya masa dalam bas paling kurang pun dah 2 jam pergi balik. Macam dari Penang nak ke Perlis pulak dah. Cuma dari Penang ke Perlis tu dapat duduk. Sabor aje laa. Kalau nasib baik dapat la duduk. Kalau tak berdiri la jawabnya. Kerja kadang balik awal kadang balik lambat. 


Kalau balik on time pukul 5.30, 6.30 baru sampai. Tapi selalunya sampai rumah dalam 7-7.30. Pukul 9 pun pernah. Balik tu dah tak larat. Nak update blog pun tak terdaya. Plan nak buat 2 3 entri masa weekend pun tak menjadi. Weekend sibuk nak pergi sana sini pulak. Ada hal tu, ada hal ni. 

Bila aku nak update macam ni??

Sekian saja bebelan aku kali ni. Mata dah kuyu. Nak tidoq! Adios!

ps: akanku cuba sedaya upaya singgah ke blog-blog kamu weekend ni. =)
  

Sunday, March 18, 2012

Arghhh!



Hanie dew dok tanya macam mana aku punya first day kerja. Meh nak cerita. 

Alkisah first day, aku pergi naik teksi. Takut lambat kalau naik bas 1st day. RM14 you! Bankrap. Mak aihhh belum pukul 8 dah sampai. Padan muka. Gigih nak pergi awal. Lupa pulak cuti sekolah. Yang 1st day sekali dengan aku semua ada 7 orang. 5 chinese and ada sorang from Sarawak.

Lepas briefing and dapat ID sementara, dia bawak jenjalan dari satu floor ke satu floor. Then aku dihantar ke department aku, Finance. Kengkawan kerja friendly. Tak la rasa macam alien sangat walaupun ada la jugak rasa sikit. Haha. 1st day aku cuma study je.


Nak balik tu aku balik dengan bas. Aku pun tunggu la dalam setengah jam. Akhirnya bas sampai. Bila aku naik, dia cakap nak ke kota damansara kena naik kat bus stop lagi satu. Sia-sia setengah jam aku woii! Jalan la ke sana dalam hujan. Pas tu tunggu lagi. Haish!

Pukul 7 baru bas sampai. Aku pun naik la. Dah dekat-dekat area rumah, ada orang tanya bas tu masuk tak Seksyen 5. Sekali dia cakap bas tu on the way balik tak lalu situ. Arghh!! Dah kat seksyen 7 tu dia berhenti suruh kami naik bas sama yang datang dari arah satu lagi. 

Pukul 8 baru sampai. Haiyooo! Memang muka ketat dah aku. Tak suka kl!! 

2nd day lagi disaster. Pergi naik bas ok je. Tunggu depan area rumah. Balik jadi la problem yang sama. Aku turun entah kat mana pun tak tau. Dengan jalan sunyi pulak. Jalan dalam 20 minit jugak la patah balik ikut laluan bas tu. Sesat tau tak! Nasib baik ada teksi lalu. Sampai la jugak aku kat rumah.


Esok aku tak tau la macam mana. Mood nak pergi kerja jadi tak best. Rasa bengang je bila time nak balik. Spoil. Benci. 

Ada sapa-sapa boleh belikan kereta tak kat aku? 

ps: sorry lama tak blogwalking. penat. tekanan perasaan.


Wednesday, March 14, 2012

#6 Wordless Wednesday



I always study at the very last minute. 
Macam ni la bila aku study dulu. Hehe. 

ps: tomorrow is my first day of work. dup dap dup dap.

Friday, March 9, 2012

Mama


Bila eta sakit, mama orang yang paling risau. Kadang-kadang eta buat-buat sakit saja nak tengok mama risau. Mama comel bila risau. Bila mama tau eta saja berlakon, mama marah eta, "Eta niii.. buat mama risau la!". Hehe. Peace! Anak mama ni kan nakal. Sikit je, tak banyak. Haha.

Bila eta tak cukup duit,  mintak je mesti mama bagi. Masa belajar dulu, mama usaha pergi bank sorang-sorang nak transfer duit kat akaun eta. Dah habis belajar, eta mintak lagi duit kat mama. Nak tengok wayang dengan kawan-kawan. Mama bising tapi mama bagi jugak.

Bila masa makan, mama nanti cakap dah kenyang bila tengok nasik or lauk tinggal sikit. Mama biar anak mama habiskan. Dulu kecik-kecik eta tak faham. Eta balun je bila mama cakap kenyang. Sekarang eta pulak buat-buat kenyang. Biar mama makan pulak. 

Bila eta dapat kerja, mama orang yang paling seronok. Mama belikan baju kerja, seluar kerja. Tapi mama jugak orang yang paling sedih. Sebab eta kena kerja kat kl. Kat penang tinggal mama sorang. Mama nangis. Mama jangan la nangis. Eta sedih tengok mama nangis. Sekejap je mama duduk sorang. Sementara nak kemaskan barang-barang kat penang sebelum pindah kl.

Kalau nak cerita pengorbanan mama, sampai tahun depan malam raya pun takkan habis. Terlalu banyak.

Anak mama ni sayang mama sangat-sangat tau. Anak mama ni akan cuba sedaya upaya untuk bahagiakan mama walaupun takkan terbalas semua jasa mama. 

ps: sebak. ternangis pulak type entri nih. :'(

Wednesday, March 7, 2012

Finally!


Finally! Aku dah balik dari bertapa..
Finally! Aku update jugak lepas seminggu blog ni bersawang..
Finally! Aku dah dapat kerja..

Agak busy sikit. Dapat call interview kat kayel. Kelam kabut orang Penang ni kena plan nak ke Damansara. First time aku datang interview kat kl. Takut jugak naik teksi sorang-sorang kat kota metroplitan ni. ayat tak tahan. Sebelum ni yang panggil interview kat kl semua aku tak pergi. Haha. 



Mula-mula sekali aku kena buat assessment. 3 test dalam masa 55 minit. 15 minit buat english essay 200 perkataan, 25 minit jawab 100 soalan objective english and last sekali 15 minit jawab 40 soalan IQ. Dan aku tak sempat habis IQ test tu. Pakai bulat je jawapan. Haha. Nasib lah. Bagi pun 15 minit.

Lepas habis tu, sambung pulak interview haa. Sesak otak. Ayat first interviewer tu, you did well in your assessment. *bangga jap* Haha. Interview tu biasa je. Tak lah sedahsyat yang aku sangka. Last sekali aku tanya soalan  kat dia. Baca dari note book ok soalan tu!

Dan of course la dia perasan, "You've prepared your questions eh". Rasanya good impression lah kot yang tu. Hehe. Dan esoknya tu, HR dia call cakap aku dapat. Terkejut jugak. Rasa macam tak percaya. *tampar-tampar diri sendiri* Rezeki aku dah sampai agaknya. Alhamdulillah. Termakbul jugak akhirnya doa aku.


Tadi dah ambik offer letter. Minggu depan aku start dah. Jadi orang kl lah aku. Kena balik penang ambik baju-baju pulak. Lepas tu datang balik. *pengsan*

Rindu laa kawan-kawan kat penanggggggggggggg!
Kl mana ada queensbayyyyyyyyyyyyyy!
Nanti rindu makanan penang macam manaaaaaaaaaaaaaa!
Tak dapat jumpa mamak pelita sungai dua dahhhhhhhhhhhhh!

Haha. Sila abaikan ayat last tu. Ok dah habis meroyan.

Sekian saja untuk kali ni. Adios!

ps: bertukar status dari penjual anggur kepada accounts payable analyst. hehe.

Sunday, March 4, 2012



-tuan blog pergi bertapa kejap-
-i'll be back!-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...