Wednesday, February 29, 2012

#5 Wordless Wednesday



Oh em gee!! Sedapnyaa!! 
Craving for fish n co's fish n chips right now! 
The one I ate at OU ada cheese inside. Yummy! 


ps: not-so-wordless wednesday. haha.

Tuesday, February 28, 2012

Tahu tapi tak tahu



Kadang-kadang kita rasa kita betul-betul tahu pasal sesuatu. Hakikatnya, lepas beberapa lama, kita sedar sebenarnya kita tak tahu pun apa yang kita sangka kita tahu.

Kita rasa kita tahu apa yang kita mahu, tapi lepas dapat apa yang kita mahu, tiba-tiba kita sedar bukan itu yang kita mahu. 

Kita mahu sesuatu yang kita tahu akan dapat buat kita gembira, tapi kita tak dapat apa yang kita mahu. Kita cuma dapat apa yang kita tak mahu. 

Lepas tu kita sedar. Sebenarnya, yang kita tak mahu ni yang kita mahu. Cuma masalahnya, kita tak tahu. Sampai satu masa, akhirnya kita tahu.

Jadi, jangan terlalu cepat menilai bila tak dapat apa yang kita mahu atau dapat apa yang kita tak mahu. Sebab belum tentu kita benar-benar tahu apa yang kita tahu. 

Faham tak apa yang nak disampaikan ni?

Pening? Nah minyak cap kapak. Haha.


Senyum. Hadapi setiap langkah dengan yakin dan belajar darinya.

Sekian saja entri skema untuk kali ni. Adios!

ps: dilanda kemalasan tahap cipan

Friday, February 24, 2012

Part 2: Halal haram dalam mencari rezeki



Niat di hati nak cakap pasal topik lain untuk Part 2 ni. Tapi disebabkan ada banyak persoalan dari tukang komen, entri ni aku jadikan sambungan Part 1 minggu lepas. 

Klik sini untuk Part 1: Halal haram dalam mencari rezeki 

_________________________________________________________________



Mula-mula aku nak jelaskan balik kat syafiqakarim. Kerja bank tu bukannya tak elok. Mesej yang nak disampaikan adalah kerja bahagian yang ada kena mengena dengan loan, kad kredit, saving, fixed deposit account dan apa-apa berkaitan dengan riba di bank konvensional adalah haram. 

Kalau analyst, pak guard, makcik cleaner dan lain-lain yang tak direct dengan promote riba boleh. Kerja di Islamic bank jugak boleh. 
_________________________________________________________________


Ni respon kepada Hanie pulak. Di bank Islam, percentage yang dikenakan bila buat pembiayaan (Islamic bank tak sebut pinjaman) tu dipanggil profit rate. Tak dipanggil interest. Bank konvensional kenakan rate yang berubah mengikut keadaan ekonomi. Bank Islam rate dia tetap. 

Dari segi fixed deposit account, bank konvensional letak peratusan fixed interest dari awal. Tu adalah riba. Dalam Islam, cuma nisbah pembahagian keuntungan dibenarkan. Contohnya 70:30 (bank:pelanggan). Lebih lanjut klik sini.

Nanti kalau rajin aku buat entri beza Islamic banking dengan conventional banking. 
_________________________________________________________________



Soalan Pocket n Ira aku dah jawab kat ruangan komen. Tapi tak pe lah. Share kat sini sekali. 

Sebahagian dari pendapatan kita ada hak orang lain, jadi sebab tu kena bayar zakat pendapatan untuk menyucikan pendapatan kita. Sekiranya pendapatan yang dah ditolak perbelanjaan berkaitan tu lebih dari nisab, kena la bayar zakat. Lebih lanjut klik sini.


Tapi kalau dah kerja sales, memang pendapatan tu haram kan? Kalau terus kerja maknanya masih terlibat dengan riba' sedangkan sesiapa yang sedar terlibat dengan riba kena bertaubat. Rukun-rukun taubat: Meninggalkan amalan riba sepenuhnya, menyesal dengan sesungguh hati dan berazam tidak akan mengulanginya. Klik sini.
_________________________________________________________________


Untuk apa yang Zul cakap ni, menurut Ustaz Zaharuddin, matawang tidak semestinya dari emas dan perak. Boleh selain dari itu selagi ia diiktiraf oleh manusia. Duit kertas boleh diguna dalam muamalat. Hukum asal muamalat: Caranya boleh berbeza selagi maqasidnya (tujuannya) adalah betul.

Boleh refer kat video di bawah.



Sekian saja untuk kali ni.

ps: sorry entry panjang. kalau ada salah dari segi info sila maklumkan. yang baik dari Allah, yang kurang dari aku. =)


Wednesday, February 22, 2012

#4 Wordless Wednesday


Roadside Burger - Arau



ps: setahun lebih dah tak makan ni! *mengidam* zuan balik arau tolong poskan okeh? hehe.



Monday, February 20, 2012

Unlucky




_________________________________________________________________

I came to know about this vacancy today and went to Bayan Baru branch to submit my resume. Unfortunately I found out that today is the last day for the application and I know if I go to Taman Selat, I won't be able to make it as it is already near to closing time. Therefore I decided to send an email. That is the last option I could think of. I hope my application could still be considered. I apologize for any inconvenience caused. 

Thank you. 
_________________________________________________________________


Alkisah aku terlambat tau pasal vacancy post jr exec ni. Hari ni last day. Kena hantar pulak kat Butterworth punya branch. Kalau bukan hari ni last day boleh la nak bagi je resume kat branch kat belah pulau ni. Maka aku suka hati send kat email walaupun terang-terang dia suruh post ke sana. 

Rasa-rasa apa employer tu punya reaction bila dapat email aku?

Lantak la. Janji aku send.

ps: nasib malang sejak dua menjak ni

Sunday, February 19, 2012

Live dangerously



- Baring atas jambatan Pulau Pinang.
- Masukkan kepala dalam oven nak tengok kek dah masak belum.
- Pergi zoo dan sembunyi. Bila zoo dah tutup, tidur kat kandang singa. 

Ok tak. Tu bukan live dangerously. Tu confirm tak bangun dah esok pagi. Hehe.


Semalam aku tengok cerita hindustan, I Hate Love Storys. Jangan ditanya kenapa dia eja stories sebagai storys. That's a totally different story. Well my story is about heroin dia, Simran. She thought she has a perfect life. Bila hero cerita tu muncul, he made her realize that her life was not that perfect after all. Her life was actually boring and safe.

Live dangerously

- to not worry about the risks involved in your actions

Now you know what I'm trying to say here. Take a chance.

If you are not willing to risk the unusual, you will have to settle for the ordinary. 

Hidup kadang-kadang kena lari dari ke-skema-an. Everyday same routine. Getting through the day knowing that tomorrow and the day after that would be the same, is a torture. Kena ada sesuatu yang baru. Cuba sesuatu yang baru. Be spontaneous once in a while. Baru la ada something to be excited about.



Yang tadi tu untuk kehidupan harian. What about the decisions in our lives? 

How many times have we taken the safe route although we are not that happy with it?

Orang cakap peluang hanya datang sekali. Aku rasa, peluang datang banyak kali. Cuma kita perlu pandai menilai peluang mana yang terbaik. Kalau kita tolak peluang pertama yang kita dapat because it doesn't feel right, tak semestinya kita takkan dapat peluang lain. Dan untuk pejam mata membiarkan peluang itu pergi, it is a risk.

Don't do something because you have to. Do it because you want to.

Believe in yourself and take that leap.  


Sekian saja untuk kali ni. Adios!

ps: 19 feb - genap 4 tahun arwah papa pergi. you will always be missed. al-fatihah.

Friday, February 17, 2012

Part 1: Halal haram dalam mencari rezeki




Pool of money

Aku tertarik dengan ayat ni, "Kita makan makanan yang halal. Pada fizikalnya makanan itu adalah halal. Lauknya halal. Tapi adakah sumber pendapatan untuk membeli makanan itu adalah halal?" 

Jadi, di hari Jumaat yang mulia ni, aku nak share sikit apa yang aku pernah dengar pasal rezeki yang halal.

Part 1 ni aku nak cakap pasal conventional bank. Bank selain dari Islamic bank tu dikira conventional bank lah. Berdasarkan video Ustaz Zaharuddin di bawah ni, disebabkan umat Islam ramai dan bilangan Islamic bank tak banyak, maka dibolehkan bekerja dengan conventional bank. 

Tapi dengan syarat, kerja tu kerja yang tak terlibat secara langsung dengan riba'. Dan mesti ada niat dalam hati untuk mendapatkan pengetahuan untuk contribute kepada perbankan Islam pada masa depan. 


Kalau kerja yang terlibat secara langsung dengan riba', hukumnya haram. Contohnya bahagian sales, yang mem-promote loan. Selain loan, ordinary saving account dan fixed deposit account juga mengandungi riba'.

Maknanya walaupun kita tak bekerja dengan conventional bank di bahagian yang direct dengan riba', membuat pinjaman peribadi/kereta/rumah, mempunyai akan simpanan dan akaun fixed deposit di conventional bank juga adalah haram. 

Kiranya pendapatan yang kita dapat dari akaun simpanan dan fixed deposit tu merupakan riba'.  
_________________________________________________________________


Bagi orang yang menerima riba dari orang lain, wajiblah ia memulangkan wang riba itu kepada pemiliknya. Jika ia tidak mengetahui siapa pemiliknya, ia hendaklah memulangkannya kepada kaum muslimin dengan memilih antara dua jalan:
1. Memberinya kepada fakir/miskin di kalangan orang Islam
2. Menyalurkannya untuk kepentingan awam kaum muslimin

_________________________________________________________________


"Rasulullah S.A.W. bersabda: Allah S.W.T. melaknat orang yang makan riba, orang yang memberi orang lain makan riba, juru tulisnya dan dua orang yang menjadi saksinya"


Untuk maklumat lebih lanjut, klik sini.

Sekian saja untuk kali ni. Adios!

ps: kebanyakan jawatan yang ditawarkan untuk fresh grads adalah di bahagian sales


Tuesday, February 14, 2012

Bila perempuan drive




Cantik tak kereta aku kat bawah ni?? Ok tipu. Haha. Kereta aku not actually mine cuma Satria kuning je. Tapi ada la feel sporty. Bila bawak rasa nak speed je. Hehe. Feel paling best bila nak belok kat simpang tak tekan brek. Seriously syok!

Megane Renaultsport 265 Trophy

Masa mula-mula drive, baru aku faham phrase "Lelaki prefer manual, perempuan prefer auto". Haha. Tension nak tukar-tukar gear. Dah tu enjin pulak cenderung untuk mati. Lepas tu, bila stop kat simpang berbukit, potensi untuk kereta ke belakang adalah tinggi kalau tak berapa reti control minyak and klac.

Tapi tu masa awal-awal je. Kini tidak lagi! 

*ayat perasan akan bermula selepas ni*

Sekarang aku la driver terhebat kat Penang! Haha. Feel ohh bila dapat race kat jalan. Hari tu, ada kereta tak sabar sangat nak potong kereta aku. Aku pun rasa kewibawaan aku tercabar. Maka aku pun tekan minyak. Potong dia balik. Lepas tu aku gelak MUAHAHA puas hati menang race. Haha. 

Satu fakta pasal aku, aku tak suka tekan hon! Bingit wa cakap sama lu! Kalau betul-betul terpaksa baru aku tekan.

Tapi semuanya berubah baru-baru ni. *hoi skema semacam apehal* 

Tengah drive, tiba-tiba ada satu kon block jalan aku. Lane kanan ada lori. Jadi aku pun brek mengejut. Almaklum la tengah laju. Lepas tu kereta belakang aku kemain tekan hon sepenuh jiwa. Eh eh bikin panas kereta belakang ni! Ingat aku suka-suka tekan brek kot!

Bila dah kat depan sikit, aku slow down dan tunjuk tangan kat dia macam lelaki buat kat perempuan bila kata ladies first. *sila bayangkan* Lepas tu, dia nak belok kanan kat simpang, aku lalu sebelah dia. Maka aku pun tekan hon sepenuh jiwa dan raga aku kat dia balik. Haha. Puas hati aku! 

So, kalau korang terserempak Satria kuning, don't play play haa! Mungkin aku lah drivernya. Haha. 

Sekian saja untuk kali ni. Adios!

ps: side park kelemahan aku. selalu kena adjust dua tiga kali. hehe.

Wednesday, February 8, 2012

Almost but not quite



_________________________________________________________________

I almost got 1st class honours! If only I studied harder. If only I studied earlier. If only I did not procrastinate. 

I almost got the job! If only I had done better while answering the last interview question. If only I was consistently confident throughout the interview session.

I almost got the girl of my dreams. If only I apologized. If only I did not lie to her in the first place.

I almost won the 100m sprint. If only I did not lose my concentration. If only I did not slow down as I was reaching the finishing line.
_________________________________________________________________

If, if, if. The never-ending ifs.

Dalam hidup kita, dah berapa kali kita hadapi situasi macam ni? So near yet so far.

Menyesal dengan sesuatu yang tak kita lakukan. Menyesal dengan sesuatu yang kita lakukan tapi tak cukup bersungguh-sungguh. Menyesal sebab berputus asa. 

Whatever it is, jangan biarkan kekesalan tu menghalang kita untuk terus melangkah ke depan. The moment you feel like stopping, think again. Success could be just one step away. 

It doesn't matter where you start, what matters is where you'll end.
_________________________________________________________________

Quotes by Thomas Edison:


- If we did all the things we are capable of doing, we would literally astound ourselves

- Many of life's failures are people who did not realize how close they were to success when they gave up

- Genius is one percent inspiration, ninety-nine percent perspiration

_________________________________________________________________

Sekian saja untuk kali ni. Adios! =D


Monday, February 6, 2012

Alma mater



Haa.. Aku nak tanya korang ni. Ingat lagi tak lagu sekolah korang dulu? 


Sekolah rendah: SK Jalan Residensi

Kami murid s'kolah jalan residensi
Sentiasa cergas dan rajin
Dalam akademik dan juga sukan
Kami maju dan trus akan maju

Berdisiplin dan bersopan santun
Bersama-sama kami bertekun 
Menuju ke arah kemajuan
Jaya hidup kami

Kami tekun belajar untuk mencapai cita-cita
Mengharum nama sekolah yang amat tercinta

Cogan kami ini harus diamali 
Agar Malaysia berdikari
Menjadi rakyat yang sangat berguna
Di Malaysia negara bah'gia


Aut viam inveniam aut faciam: Where there's a will, there's always a way

Sekolah menengah: SMK (P) St. George

Seniors and juniors all gathered here
Together we march on without a fear
Goodwill and happiness we want to spread
Everyday's a challenge lets go right ahead

Lepas tu lupa daa. Skip ke chorus.

St. George's, St. George's
We'll ever proclaim
Honour and uphold
You forever praise your name

St. George's, St. George's we'll always be true
Our dear St. George's Girls' School


Lagu sekolah menengah tak ingat semua. Sekolah rendah ingat pulak. Korang amacam? Ingat lagi tak?


Muka ganas tu aku
ps: arghh!! berukband ini membunuhku!!

Saturday, February 4, 2012

Part 2: Fear of being alone



Part 1, aku cakap pasal fear to do things on your own. 

Kali ni aku nak cakap pasal fear of being single

Last week, while I was watching Desperate Housewives, ada this one particular dialogue yang menarik bagi aku. Character Edie cakap dekat Susan, "You can't live without men". Bila Susan single pun, it was only for a short while. Lebih kurang macam tu la Edie cakap.


Hakikatnya, there are some who are afraid to not be in a relationship. Lepas satu, satu. Fobia dengan status single. Mungkin dia rasa sunyi. Dah biasa in a relationship. Bila putus, cepat-cepat cari yang baru semata-mata nak isi kekosongan yang dirasa. 

Sekadar nakkan seseorang untuk sentiasa ada untuk dia. Single equals to miserable lah kiranya. Dan semata-mata kerana nak ada that special someone, dia tak fikir panjang dalam memilih. Dan mungkin keputusan yang terburu-buru tu akan berakhir dengan sesalan yang tak sudah.

Apa yang patut disedari adalah being single bukan sesuatu perkara yang buruk. Masa ni boleh menilai balik apa yang kita tersalah sebelum tu. Whether kita tersalah pilih, atau ada sikap sendiri yang perlu diubah. Bila dah tau, make some changes. 

Singledom is freedom. Enjoy your single life. Masa single ni macam kita format laptop la. Hehe.

Sekian saja untuk kali ni. Adios!

ps: jadi ballerina dalam episod 2 Faker the series. hehe.  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...