Tuesday, January 31, 2012

Part 1: Fear of being alone



Yuhuu! Rozeeta kembali setelah sekian lama. Hehe.


Pernah tak rasa miserable bila sorang-sorang? Boleh tak keluar makan sorang? Or you'd rather beli bungkus bawak balik or tak keluar rumah langsung and just find something untuk dimakan walaupun terpaksa makan biskut je. Shopping, tengok movie sorang. 

Are you okay with that or do you feel pathetic? 

"Eh mesti orang rasa takde orang nak kawan dengan aku"
"Kenapa orang pandang-pandang aku? Ni yang tak best makan sorang nihh!"

Kalau aku, aku boleh keluar beli barang sorang-sorang, tapi memang akan super duper cepat. Makan pulak, aku prefer tapau je.

Korang pulak macam mana?

ps: tadi beli ice cream baskin robbins 1 quart. strawberry cheesecake. i like! =D

Thursday, January 26, 2012

Ombak Rindu versi Islamik



As I was staring blankly at my laptop, scrolling down the FB page, ternampak video ni. Tertarik dengan tajuk dia. Lirik dia memang menginsafkan. Just nak share dengan korang.  


Ni ada sikit aku letak comparison lagu dia.

Versi Asal
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku


Versi Islamik
Allah ampunkanlah hambamu
Yang selalu dustakan janjiku
Agar kelak ku takkan disiksa
Kerna dosa-dosa masa lalu

Allah jatuh airmataku
Dan trus mengalir mengiring doaku
Allah yang mengampuni segala
Dosa-dosa hamba yang meminta


Bagus jugak idea orang yang buat video ni. Bagi kesedaran. Tak payah nak cintan cintunn sangat. Ada Dia yang sentiasa di sisi kita.

ps: terasa jugak sikit sebab suka dengar lagu ombak rindu ni. hehe.

Monday, January 23, 2012

Shengri Kuaile!



890123

Dah 23 tahun! Arghhh!! Dah tua!! 

Actually still belum 23. I'll only be 23 on this 23rd at 9.09pm. 21 hours and 9 minutes to go. Hehe.

Tahun ni banyak yang sama. 

- Tarikh lahir aku 23hb, umur aku 23
- Aku lahir hari Isnin, hari ni hari Isnin
- Aku lahir tahun Naga (17 Feb 1988-5 Feb 1989), tahun ni pun Tahun Naga

Apa lagi yang sama?

Aku still Rozeeta yang ceria dari dulu sampai laa sekarang. Still berjiwa kanak-kanak. Suka buat benda yang unexpected.

Hadiah yang diharapkan: Dapat kerja secepat mungkin. Doakan aku ye! Tak pun kalau ada kerja kosong sila lah bagitau. Hehe. *sempat lagi*

ps: Happy Chinese New Year! Xinnian Kuaile!

Saturday, January 21, 2012

Be kind, but not too kind


Anda baik jika..
  • Ada orang tua / orang kurang upaya ingin melintas jalan, dan anda membantu
  • Ada orang memerlukan bantuan, dan anda tampil membantu di saat orang lain hanya memerhati
  • Anda terjumpa wallet seseorang, dan mengembalikannya kepada tuannya tanpa mengambil sesen pun dalam wallet itu
  • Anda tak mampu untuk gembira jika tak dapat menggembirakan orang di sekeliling anda
  • Anda tak berdaya untuk berkata tidak sekiranya ada yang meminta bantuan anda
Berbuat baik ni adalah perkara yang mulia. Berbuat baik pada semua. Termasuk pada musuh. Mana tau hati dia akan dilembutkan dengan perbuatan baik kita.

Tapi, buat baik perlu ada hadnya. Jangan terlalu baik. Bila terlalu baik, mudah untuk sesetengah pihak ambik kesempatan. Jika terlalu baik, kepala kita yang dipijaknya. Kita yang disuruh itu dan ini.

Amboi! Banyak cantik!

Apa yang penting, kita kena tahu bila untuk berbuat baik, dan bila kita perlu bertegas. Ya lah, untuk kebaikan diri sendiri. Tengok kesesuaian keadaan. Buat baik berpada-pada kan?

Sekian saja untuk kali ini. Adios!

Monday, January 16, 2012

Bila si pelupa ada blog



Teng teng tengggg *sound effect pembuka cerita*




Alkisah seorang pelupa yang kurang tahap ke-siuman-an-nya..

Dia seorang yang boleh jadi sangat pendiam. Dan dia jugak boleh jadi seorang yang paling tak diam dan paling tak boleh duduk diam. Kiranya ada split personality lah dia ni. Tak semua yang dapat tengok sisi kedua dia tu. 

Tapi tu bukan masalahnya. Masalahnya dia adalah seorang yang pelupa. Si pelupa ni masih belum bekerja. Kadang-kadang sumber hiburan dia di rumah adalah mak dia. Dia suka sakat mak dia. 

Kalau dia duduk rumah tanpa dapat meng-eksperesi-kan kegilaan dia, dia rasa kreativiti dia tersekat. Si pelupa ni macam burung hantu. Bila malam baru otak dia bergerak lancar. 

Sebab tu blog dia selalu diupdate waktu malam. Sebab tu dia lebih rajin ke blog orang pada waktu malam. Dulu masa study pun, dia suka study tengah-tengah malam. Even idea update blog pun selalunya datang bila dia dah nak tidur. 

Kadang-kadang banyak idea dia. Kadang-kadang tak sempat idea nak datang, dia lena dulu (hari tu dia mimpi chicharito datang rumah dia). Hampeh sungguh si pelupa tu. Tapi tu tak la hampeh sangat. Ada yang lagi hampeh.

Idea yang dia dapat sebelum tidur tu selalunya buat dia berkobar-kobar nak update blog keesokkan (<-- eh betul ke ejaan dia??) hari. Dan bila esok tiba, si pelupa ni TERLUPA apa idea dia.

Maka muka dia pun jadi macam dalam gambar kat atas termasuk lah muka jadi kaler purple. Saat dia terlupa tu, timbul lah rasa kesal atas kebengongan diri sendiri sebab tak save tajuk dia kat handphone. 

Sekarang, si pelupa itu masih menghadapi tekanan jiwa dek kerana masih tak ingat-ingat tajuk yang dia dah lupa. 

Moral of the story: Jika anda sedar anda pelupa, sila ambil tindakan awal untuk mengingatkan diri anda yang pelupa. 

Harap-harap si pelupa tu tak lupa dia ada blog pulak lepas ni.

Sekian saja entry tanpa motif ini. Haha. Adios!

ps: kisah si pelupa ni takda kena mengena dengan aku. haha.

Friday, January 13, 2012

Numbers numbers numbers!


Maths. Calculations. Numbers. I love them! Sesetengah orang memang allergic dengan subject ni. Even kakak aku dulu pun sangat tak suka matematik. Bagi aku maths ni macam puzzle. Dan aku suka benda yang boleh buat aku berfikir. Dan disebabkan tu jugak la aku berjaya skip darjah 4. Best kot soalan PTS tu. Aku suka. Haha.

Tapi pernah masa awal-awal sekolah menengah, matematik aku agak teruk. Dapat 50 lebih je bila test and exam.  Dah la malas buat homework pulak tu. Bila cikgu nak buku latihan, aku hantar buku baru. Konon buku lama hilang. Padahal tak buat. Haha. Buruk perangai. 

Nasib baik masa Form 3 aku dapat cikgu yang best. Sejak tu result maths aku ok balik. Pernah masa Form 4, penolong kanan ajar maths kelas aku. Seingat aku, aku hantar homework dia sekali je. Haha. Kenapa aku tak kena marah dengan dia aku pun tak tau. 

Dan disebabkan aku suka calculations jugak la, aku ambik Degree Finance. Subject favourite aku? Managerial economics. Lebih kurang macam calculus. Masa Diploma aku suka Business Maths. See? Semua maths-related subject. Maths freak!

Korang pulak macam mana?  Suka subject apa dulu?

Wednesday, January 11, 2012

Not-so-wordless Wednesday


what do you think?

ps: untuk lelaki--> one woman can make one man hate all women (fair kan? jangan kata aku berat sebelah pulak). haha.

Tuesday, January 10, 2012

Bersyukur dan berjaya




Untuk jadi manusia yang bersyukur, pandang ke bawah. Untuk jadi manusia berjaya, pandang ke atas. 


Kadang-kadang kita mengeluh dengan nasib sendiri tanpa kita sedar. Jadi, cara yang baik untuk kita mensyukuri nikmat yang kita ada, adalah dengan memandang ke bawah. Sesusah-susah aku, ada yang lebih susah.

"Bosan laa hari-hari asyik makan maggi je". Ingat la ada orang yang nak makan pun tak ada duit. Rasa bersyukur itu perlu ada. Bila kita susah, bila kita senang. Kita perlu bersyukur.  

Tapi kita tak boleh sekadar selesa dengan keadaan kita sekarang. "Cukup lah apa yang ada ni. Aku bersyukur". Tak boleh la stagnant. Di takuk yang sama je. Tak ada improvement. Tak adventure laa!


Kena la ada perubahan ke arah yang lebih baik. Dari segi sikap, dari segi amalan, dari segi pekerjaan, dari segi taraf hidup. Jadi, untuk berjaya, kita kena pandang ke atas. Macam gambar kat atas. 

Tengok macam mana orang yang hebat boleh berjaya. Nak berjaya, kena ada mindset yang betul. Kena positive. Kena bersungguh. Kalau ada kesungguhan, yang susah pun jadi mudah.  Jangan patah semangat bila gagal.

Sometimes we are our own worst enemy. Criticizing ourselves even for small mistakes. Aku teringat ayat dari movie I Am Number Four, "You don't know what you are capable of". Kita sebenarnya lebih dari apa yang kita sangka. Cuma kita tak sedar our full potential.  

Kesimpulannya, jadi lah orang yang betul-betul berjaya iaitu orang yang mampu pandang ke bawah dan pandang ke atas. Bukan hanya salah satu. Tapi kedua-duanya kena ada. 

No matter how high you fly, remember the ground where you took off.

Sekian saja untuk kali ni. Adios!

ps: lama aku mengadap post ni. kejap type, kejap tekan backspace. masalah betul aku nih.


Friday, January 6, 2012

Salah pilih kawan



Selalu kita dengar orang cakap jangan salah pilih kawan. Pilih kawan yang baik, jangan pilih kawan yang tak tentu hala. Nanti kita terpengaruh. Nanti kita ikut perangai buruk dia.  

Tapi kenapa tak dilihat sebaliknya? Nanti kita boleh pengaruh dia. Pengaruh dia untuk berubah. Pengaruh dia untuk jadi lebih baik.

Tak salah rasanya kalau berkawan dengan orang yang bawak pengaruh tak baik ni. Asalkan kita tahu caranya. Pastikan kita tak ikut dia, tapi dia ikut kita. Ubah dia secara indirect. Jangan main cakap lepas je. Kang dia sentap pulak. Gunakan cara yang lembut. Cara yang dia sendiri tak sedar kita tengah nak menyampaikan mesej kat dia. 

Lagipun, walaupun orang nampak buruk dia, dia tetap ada sifat baik. Dulu aku pernah dengar ayat ni, "Jangan bencikan orang itu kerana dirinya, benci pada sikapnya". Maknanya, jangan kerana sikap buruk seseorang itu, kita membenci dirinya dan tinggalkan dia. Manusia boleh berubah. Bila sampai masanya. Bila kena caranya.

Yang penting bukan di mana kita bermula, tapi di mana kita berakhir. Permulaan yang baik tak semestinya berakhir baik dan permulaan yang buruk tak bermakna akhirnya pun buruk. Mungkin orang yang kita sangka jahat tu pengakhirannya lebih baik dari mereka yang baik. Paham tak ni?? Hehe.

Sekian saja untuk kali ni. Adios!

ps: tak ada apa nak di-ps-kan. =D

Tuesday, January 3, 2012

You-nique


You are unique. Your difference is what makes you, you. Kenapa sesetengah orang perlu jadi orang lain untuk mendapatkan the approval of others? Menjadi seorang yang fake tak membuat anda jadi cool. Pernah tak tengok orang yang tiba-tiba berubah sikap bila ada in a certain environment?

Whyyy?? Is it necessary? Nak tarik perhatian? That is not the way bebeh. 

Just be yourself. Don't worry about what others think about you. 

Kenapa saya suka diri saya? Kenapa saya suka diri saya? Kenapa saya suka diri saya? Sebab saya BEST! Haha. That's the attitude that we should have.

Besides, you'll have more fun when you are being yourself.

Sekian saja untuk kali ni. Adios!

ps: first impression orang terhadap aku, aku seorang yang pendiam. truth is, i'm shy. when you know me, then you'll know how crazy i am. =)

Sunday, January 1, 2012

Kenapa orang gila jadi gila



Dah masuk tahun baru. Dan first post aku untuk 2012 pasal orang gila?? What??

"Memang aku gila! Aku gilakan kau!!" 

Ayat kat atas ni selalu kita tengok dalam drama melayu. Ni pun sejenis gila jugak. Gila angau. Tapi ni bukan gila yang aku maksudkan.

Gila yang aku nak cakap ni tentang gila yang betul-betul gila, bukannya gila-gila. Faham tak? Kalau tak faham, korang pun mungkin gila. Ataupun mungkin aku yang gila?? Haha. Apa aku merepek ni.

Jadi, kenapa orang gila jadi gila? Sejak aku jadi separa gila kebelakangan ni, aku makin memahami perasaan orang gila sebelum dia jadi gila. Kalau masa dia dah gila, aku tak rasa lagi sebab aku belum betul-betul gila. 


Puncanya? Stress. Bila terlalu memikirkan sesuatu masalah, tekanan makin bertambah. Akhirnya jadi tekanan perasaan. Depression. Kenapa apa yang aku harapkan tak jadi? Kenapa bahagia bukan milikku? Amboi ayat. Kenapa kenapa kenapaaaaaaa!! Lepas tu mula lah kejap nangis, kejap gelak. 

Kalau dah jadi macam tu, tak dapat diselamatkan dah la jawabnya. Mula la cakap sorang-sorang. Lepas tu lari tengah-tengah jalan tak kisah kereta lalu lalang. Kalau kena langgar, astalavista lah. Kalau tak kena langgar, dapat la simpan rambut sampai jadi keras tanpa men-shampoo. Guna jari pasti dah tak boleh. 

Eh terlebih pulak imagination aku. Tapi tu lah hakikatnya. Kalau terlampau melayan perasaan yang sedih dan tertekan, lama-lama boleh jadi gila. 


Macam mana caranya nak elakkan dari stress?
1) Elakkan dari duduk berseorangan tanpa ada kerja. Anda akan terdorong untuk jadi jiwa kacau.

2) Share your problem with a friend. Kalau orang tu tak boleh tolong settlekan masalah, dia boleh tolong make you feel better.

3) Think positive. Everything happens for a reason. What's meant to be will find a way. What's not, will find a way out. Allah tahu yang terbaik untuk kita.

4) Gembirakan orang lain. Bila buat orang lain rasa gembira, kita pun akan rasa gembira jugak.

5) Yang terbaik, mengadu pada Dia. Dengan Dia kita akan rasa tenang.

Apa-apa pun, kesimpulannya, jangan terlalu melayan perasaan. 

Sekian saja untuk kali ni. Adios!

ps: sepatutnya aku belajar psychology instead of finance

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...