Sunday, April 22, 2012

Save or spend, the choice is in your hands!


Blog aku ni boleh diibaratkan macam rumah kosong tak berpenghuni sejak dua menjak ni. Haha. Yang sudi datang and komen tu terima kasih bebanyak lah ye. I lap u lah! Hehe.


Sejak bekerjaya ni, duit jadi isu yang penting. Bukan bermakna aku ni mata duitan ok! Tapi baru tersedar kepentingan financial planning. Cewah! Haha. Tapi serius, bila pegang duit sendiri baru tau susahnya nak handle. Kalau dulu, tau perabis duit mak ayah, perabis duit PTPTN, sekarang timbul keinsafan sikit. Sikit je la. Hehe.

So, nak senang kena susah? Yes. Nak simpan duit tu susah. Kena ada kekuatan. Tengok kiri 50%, tengok kanan 70%. Orang yang kuat mampu masuk kedai yang tengah sale gila-gila dan keluar tanpa bawak satu beg apa pun masa keluar, dengan perasaan bangga sebab duit masih tersimpan rapi dalam wallet. 

Haa. Tapi kan kalau nak simpan je duit tu tak best lah kan. Dah kita kerja keras, apa salahnya beli apa yang kita nak kan. Don't deprive yourself. You can save and spend, and still have that smile on your face when mid-month arrives. Reward yourself for your hardwork.


BUT remember to know your limits. Know when you are spending waaayyy too much. Know when to stop. Know how to maintain the same kind of lifestyle for the rest of the month. Bukan hujung-bulan-jadi-orang-kaya, tengah-bulan-makan-maggi kind of lifestyle. 

The key? Don't spend more than you can afford. Baru start kerja nak pakai kereta kemain hebat memang rabak la poket. Pakai kereta biasa sudahh. Nak shopping pun sama, jangan terlebih. Plan amount yang kita nak spend untuk certain things. Necessities dulu. Then baru pikir benda lain.

Kalau nak benda yang expensive, tak salah. As long as you know how to get it. Simpan duit untuk beli. Bukan hutang untuk beli. Nak beli smartphone bayar bulan-bulan? Tolong lah. You'll end up paying more. 1 more thing yang aku tak percaya, credit card. Swipe, swipe, swipe. Then? Pengsan. 

To Pocket yang suggest suruh ceq beli kereta, sebenarnya rasa rugi pulak bila pikir-pikir balik. Sebab naik bas RM4 sehari. Sebulan 100. Kalau kereta, 500++ sebulan, 100 parking, minyak n toll? OMG! Haha. That is the reason why I'm still a loyal user of Rapid bus. Hehe. Tapi macam mana pun kereta tu kena jugak beli nanti. 

Ok lah. Nak pi tidoq! Sat lagi lena pulak kat opis esok! 

Sekian saja untuk kali ni. Adios! 

ps: berjaya tak sentuh duit yang letak dalam akaun bank lagi satu. ada kemungkinan boleh tambah lagi sikit. woohoo! *on my way to become a millionaire* haha. 


13 comments:

aiEz said...

maka cepatlah nanti kawen ye dop?hehehe..:p

Pocket said...

iyer lah kan,
memang beli keter,
tanggungan akan bertambah,
macam ada sekor rimau tuh!
makan minumnya tak hengat :D

tapi, kalau dok ngabihkan masa jer menunggu bas, sakit jgak sis!!
abis keja kul lima,
sampai umahnya kul 8 adehlaaa..
(Dlm keter pung samo gak JAM kan)

simpan wit tu penting!
atleast jangan sampai terpaksa berhutang bila ada kecemasan.
(Kecemasan termasuk, nak gi dinner tak der baju okeh)

pasal point mula kita swipe kad tu,
adalah sama cam point kutu dadah start amik ganja.. hahahah apooolah perumpamaan :)

faiz fakhirin said...

AWOKKK TURRR..

MAN.CITY MENEY MLM NI TURRR...

GOGETS X MENYU LONI...

Muttallif said...

Betul, financial planning. Membawa kebaikkan dalam kehidupan kerana ramai yang kesuntukkan wang kerana tidak dijaga dengan baik.

Last-last tengah bulan, tengah-bulan-makan-manggi.

Sarah Mohd Saleh said...

susa deyhh tgn aku nk smpan duet skrg.aku adelah wanita terboros di malaya

Awie Omar said...

Salam. Terima kasih sebab sudi follow blog aku. Dengan senang hati juga telah
follow blog anda. Sebenarnya nak pelawa anda sertai NEXT TOP BLOGGER untuk
musim ke 2. Musim 1 dah habis. Boleh tengok kat blog dalam segmen NEXT TOP
BLOGGER. Harap sudilah turut serta. Kalau sudi nak jadi peserta - maklumkan
saja di ruang komen entri anda di sini (aku akan tengok balik) atau komen saja
di blog. Jika kurang berminat dan tidak mahu menyertainya pun tidak mengapa.
Maklumkan saja macam tadi jugak ATAU jika mesej ini tidak dibalas oleh anda
sebelum 28/4/12 maka aku anggap anda tidak mahu menyertainya. Apapun terima
kasih kerana sudi habiskan baca mesej ini.http://awieomar.blogspot.com/

Ezad Skytech said...

hee...da bekerja ni kena la jimat cermat sikit kan..mungkin bila da kerja lama sikit baru beli kereta kot...:D

Dhiya Fariza said...

baiklah!! akan saya praktikkan nasihat ini sis!

dhiera said...

bukan senang nak menyimpan bila tahu gaji dah nak masuk. grrr

lisa said...

dapat je duit terus simpan dalam bank. kalau ada nafsu nak shopping,atau wtv please suruh hati tahan nafsu tu. huhu :D

Eera Shera said...

xpe gunakan public transport. kurgkan pencemaran. cewah tetibe plak. dah kmpul duit nnt boleh bli.

ps: sori lama x singgah huhu

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

hmm pendapat pocket tu tuk future thinking gak :)

Hanie Dew said...

dah bekerja mmg tanggungjawab rasa lebih byk sebab keinginan bertambah. almaklumlah dah pegang duit sendiri.

bila dah ada duit nak itu nak ini. contoh nak pakai smartphone mmg bayar cash tapi wujud pulak bill postpaid la ape la kan. hehehe..

asingkan duit simpanan sebaik saja dapat gaji itu jalan yg selamat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...