Friday, March 9, 2012

Mama


Bila eta sakit, mama orang yang paling risau. Kadang-kadang eta buat-buat sakit saja nak tengok mama risau. Mama comel bila risau. Bila mama tau eta saja berlakon, mama marah eta, "Eta niii.. buat mama risau la!". Hehe. Peace! Anak mama ni kan nakal. Sikit je, tak banyak. Haha.

Bila eta tak cukup duit,  mintak je mesti mama bagi. Masa belajar dulu, mama usaha pergi bank sorang-sorang nak transfer duit kat akaun eta. Dah habis belajar, eta mintak lagi duit kat mama. Nak tengok wayang dengan kawan-kawan. Mama bising tapi mama bagi jugak.

Bila masa makan, mama nanti cakap dah kenyang bila tengok nasik or lauk tinggal sikit. Mama biar anak mama habiskan. Dulu kecik-kecik eta tak faham. Eta balun je bila mama cakap kenyang. Sekarang eta pulak buat-buat kenyang. Biar mama makan pulak. 

Bila eta dapat kerja, mama orang yang paling seronok. Mama belikan baju kerja, seluar kerja. Tapi mama jugak orang yang paling sedih. Sebab eta kena kerja kat kl. Kat penang tinggal mama sorang. Mama nangis. Mama jangan la nangis. Eta sedih tengok mama nangis. Sekejap je mama duduk sorang. Sementara nak kemaskan barang-barang kat penang sebelum pindah kl.

Kalau nak cerita pengorbanan mama, sampai tahun depan malam raya pun takkan habis. Terlalu banyak.

Anak mama ni sayang mama sangat-sangat tau. Anak mama ni akan cuba sedaya upaya untuk bahagiakan mama walaupun takkan terbalas semua jasa mama. 

ps: sebak. ternangis pulak type entri nih. :'(

23 comments:

Akue Achik said...

juga tersentuh bca entri ni..

mmg kasih ibu..

i miss my mom..........

Ezad Skytech said...

nak berjauhan dgn keluarga mmg agak berat jugak sebenarnya kan..

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

mama ko fans ManU gak ke? :P

Dhiya Fariza said...

nak balik :( i want my mommy. baca ni dia nangis (serious) :'( i wanna go home i wanna go home.

Dhiya Fariza said...

Dhiya* (eja nama sendiri pun dah salah) kabur mata dgn air mata dah ni.

~SaL IjOu~ said...

yay..cuti skola seminggu!!..nak balik jumpa mak!~ ;p

Asyiqin Haulisah said...

mak adalah wanita yang paling agung. :)

Nelly The Strange said...

tersentuh baca ..
:(

Sarah Mohd Saleh said...

atotototot.....comell sungguh anak mama nih.bg die bce.bia terkedu sket

ShahzCudin said...

hargai beliau smentara masih sempat ni..

Muttallif said...

Syurga bawah tapak kaki Ibu...

faiz fakhirin said...

Juruh Budak ini...Sejuk hati Mokkk...hehe..

Pocket said...

takper ita,
bagi abang jaga mak,
eta dok kat kl nanti jangan nakal nakal yer :D

buahahahahah!!!

LAici KAng Ais said...

sadisnyee.nant dah gaji bg mama duit poket.hee

ekabukanmakcikkau. said...

aku baru nak tanya" mesti kau nangis tulis entri ni kan? hakhakhak" rupanya memang kau nangis haha. aku pon sikit yo lagi nak nangis aww

Badrina Ibtisam said...

Ya Allah.. Trsentuh baca ni. <3

lisa said...

Sweetnya taip entri ni untuk mak :')

dhiera said...

sedih ka duduk jauh dgn family. tapi kite berkorban demi mak ayah kita jugak!

Azham Vosovic said...

Congrats!

dah graduate kawan blogger I sorang ni! hehehe...bila nak belanja makan kat Ikea? hahaha

semutsengal said...

rindu mak eh ?


Err

YOUsoF said...

Sesapa yang bergelar anak akan tersentuh kot kalau baca entri ni..


Memang maklah orang paling risau dan paling ambik berat kat anak² dia kan.. Terlalu banyak pengorbanannya untuk anak²..


Selalukirim doa.. Kirim wang tu kira bonus la.. ;)

Hanie Dew said...

wwuuuu..ko dah buat aku nangis jugaakkk...dah setahun tak jumpa mak aku kat sabah nun. raya ni baru balek. ='(

Awan Biru said...

Termenangis pulak baca ni.
hehehe... takdalah.

Hargailah Bonda korang sementara beliau masih ada.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...