Sunday, March 18, 2012

Arghhh!



Hanie dew dok tanya macam mana aku punya first day kerja. Meh nak cerita. 

Alkisah first day, aku pergi naik teksi. Takut lambat kalau naik bas 1st day. RM14 you! Bankrap. Mak aihhh belum pukul 8 dah sampai. Padan muka. Gigih nak pergi awal. Lupa pulak cuti sekolah. Yang 1st day sekali dengan aku semua ada 7 orang. 5 chinese and ada sorang from Sarawak.

Lepas briefing and dapat ID sementara, dia bawak jenjalan dari satu floor ke satu floor. Then aku dihantar ke department aku, Finance. Kengkawan kerja friendly. Tak la rasa macam alien sangat walaupun ada la jugak rasa sikit. Haha. 1st day aku cuma study je.


Nak balik tu aku balik dengan bas. Aku pun tunggu la dalam setengah jam. Akhirnya bas sampai. Bila aku naik, dia cakap nak ke kota damansara kena naik kat bus stop lagi satu. Sia-sia setengah jam aku woii! Jalan la ke sana dalam hujan. Pas tu tunggu lagi. Haish!

Pukul 7 baru bas sampai. Aku pun naik la. Dah dekat-dekat area rumah, ada orang tanya bas tu masuk tak Seksyen 5. Sekali dia cakap bas tu on the way balik tak lalu situ. Arghh!! Dah kat seksyen 7 tu dia berhenti suruh kami naik bas sama yang datang dari arah satu lagi. 

Pukul 8 baru sampai. Haiyooo! Memang muka ketat dah aku. Tak suka kl!! 

2nd day lagi disaster. Pergi naik bas ok je. Tunggu depan area rumah. Balik jadi la problem yang sama. Aku turun entah kat mana pun tak tau. Dengan jalan sunyi pulak. Jalan dalam 20 minit jugak la patah balik ikut laluan bas tu. Sesat tau tak! Nasib baik ada teksi lalu. Sampai la jugak aku kat rumah.


Esok aku tak tau la macam mana. Mood nak pergi kerja jadi tak best. Rasa bengang je bila time nak balik. Spoil. Benci. 

Ada sapa-sapa boleh belikan kereta tak kat aku? 

ps: sorry lama tak blogwalking. penat. tekanan perasaan.


19 comments:

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

stress sbb tgk ManU kalah... ce tgk menang..hehe :P

rozeeta rashid said...

haha. takde kena mengena dengan man u!

Rapunzel Cikilolo said...

kene tido awal la ni :)

Juliet_iRa~" said...

hee..memang stress..susah kan xda transport...

tu y ira rs dl..bodek family belikan motor ke kereta ke..ngeee

Hanie Dew said...

Sian ko ita..beli skuter la..cute je nnt ko bawak.memule keje.be tough bebeh..pa pe pion utamakan keselamatan k!!!!

Pocket said...

cuba beli motor ker haper..
EX5 baru 3k gitu jer rasanya.
dari segi keselamatan tu kurang
la sikit.. tp ok la sebagai permulaan...

so choose.
RM3k nak wat bli skuter/EX5 ker?
RM3k nak melawa then gi majlis makan dato'dato' hoping that one would sangkut and eventually buy u a car?


heheheh.. tak der kena mengena kan.

lisa said...

sabar sabar. hehehe cuba senyum jeee :DDDD

Asrul "iLham" Sany said...

biase r, cabaran idup katanya :D

Akue Achik said...

sabo2...

tggu gaji 1st kuar, bole bli kreta/motor.. ^^

dhiera said...

tak suka jugak naik publis transport!!! mencik mencik.. tapi dah dekat 2 tahun gak tak naik public transport kecuali star lrt. hehehe

Dhiya Fariza said...

aww inshaAllah as time goes by, u'll be ok, amin amin amin

hettynsm said...

semua nasihat eta nek moto, beli moto. Tapi malangnya eta x ada lesen moto. Dia boleh drift saja. rempit xleh. hehehe.. Sabar ja lah eta. Nnt dh byk duit hang bleh beli keta starter. Gambatte pegi kerja. Elok2 jaga kesihatan.

faiz fakhirin said...

hehehe...biasala..pngalamn pertama...pasni msti terer...smua no.plat bus bleh ingt...kompem...hahahhaa

Awie Omar said...

Assalamualaikum / selamat sejahtera. Jutaan terima kasih kerana sudi follow blog AWIE OMAR. Saya juga dengan senang hati follow blog anda yang amat menarik perhatian ini. NEXT TOP BLOGGER musim 1 – segmen terpanas di dalam blog AWIE OMAR sudah sampai ke peringkat final. Akan menyusul selepas itu NEXT TOP BLOGGER musim 2 pula. Niat sebenarnya nak pelawa anda untuk menyertainya. Harap sudilah turut serta. Kalau sudi nak jadi peserta - maklumkan saja di ruang komen entri anda di sini (saya akan tengok balik) atau komen saja di blog saya.

Saya hormati segala keputusan. Jika kurang berminat dan tidak mahu menyertainya pun tidak mengapa. Maklumkan saja macam tadi jugak ATAU jika mesej ini tidak dibalas oleh anda selepas 2 hari mesej ini di kirim - saya akan anggap anda tidak mahu menyertainya. Apapun terima kasih kerana sudi habiskan baca pesanan ini.

Jika ingin tahu maklumat lanjut tentang segmen ini, boleh tengok segmen : NEXT TOP BLOGGER di dalam blog AWIE OMAR.
http://awieomar.blogspot.com/2012/03/next-top-blogger-1-episod-13.html

aiEz said...

pergh ujian...mahu tekanan kalau tak tahan...

Awan Biru said...

Ala, perkara lumrah memula kerja Sis. Lama-lama bila dah biasa, okaylah tu. Awan lagi teruk. Sudah empat tahun kerja perkara sama tetap berlaku setiap hari. Pernah satu hari tu siap kena ragut lagi.

Azham Vosovic said...

Fuiyyoo...Kota Damansara hehehe

amny said...

tekanan ,, semua pasti merasa :)

Ezad Skytech said...

kalau takde transport mmg agak payah sikit..kita pun tak berapa tahu lagi tempat tu mcm mana..bas lalu mana..susah sikit kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...