Tuesday, February 28, 2012

Tahu tapi tak tahu



Kadang-kadang kita rasa kita betul-betul tahu pasal sesuatu. Hakikatnya, lepas beberapa lama, kita sedar sebenarnya kita tak tahu pun apa yang kita sangka kita tahu.

Kita rasa kita tahu apa yang kita mahu, tapi lepas dapat apa yang kita mahu, tiba-tiba kita sedar bukan itu yang kita mahu. 

Kita mahu sesuatu yang kita tahu akan dapat buat kita gembira, tapi kita tak dapat apa yang kita mahu. Kita cuma dapat apa yang kita tak mahu. 

Lepas tu kita sedar. Sebenarnya, yang kita tak mahu ni yang kita mahu. Cuma masalahnya, kita tak tahu. Sampai satu masa, akhirnya kita tahu.

Jadi, jangan terlalu cepat menilai bila tak dapat apa yang kita mahu atau dapat apa yang kita tak mahu. Sebab belum tentu kita benar-benar tahu apa yang kita tahu. 

Faham tak apa yang nak disampaikan ni?

Pening? Nah minyak cap kapak. Haha.


Senyum. Hadapi setiap langkah dengan yakin dan belajar darinya.

Sekian saja entri skema untuk kali ni. Adios!

ps: dilanda kemalasan tahap cipan

13 comments:

Eera Shera said...

bleh jd ape yg kita suka tu buruk utk kite dan ape yg kita x suka tu baik utk kita

Akue Achik said...

setuju.. :)

sy pon salu mcm tu..

sedar bila dah tlmbt,huhu

cik Kartun said...

pepagi dah sakit pale bace ayat putar2 @_@

♥ p a a n i ♥ said...

betul jugak..kadang2 dah dpt barang yg kite nak..tp hati still rasa bukan.huhu

Awan Biru said...

Selalu terjadi pada diri. Semua yang dirancang, satu pun tak sangkut. Kalaulah memadamkan memori ni semudah memformatkan cakera keras.

Asrul "iLham" Sany said...

senyum dan yakin masa depan lebih cerah :D

Sarah Mohd Saleh said...

berbelit otak aku nk phm...huaha

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

hmm ni kes konfiden ngan knowledge yang ada la ni? huhu

ABU said...

ok jgn terlalu cepat menilai, sebab belum tentu apa yg kita tahu kita dah tahu.. errr.. kan..

Jue said...

sama mcm bila kita sukakan seseorang, kita rasa kita akn bahagia kalau kita memilikinya cintanya
tp benarkah akn bahagia?

Juliet_iRa~" said...

jdnya jgn buat2 tahu bila xtahu...hee

:D

Hanie Dew said...

kadang yang kita tak mahu tu kita dapat tapi itul yg kita lagi perlukan.

Dhiya Fariza said...

sesungguhnya saya faham apa yg disampaikan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...