Friday, February 24, 2012

Part 2: Halal haram dalam mencari rezeki



Niat di hati nak cakap pasal topik lain untuk Part 2 ni. Tapi disebabkan ada banyak persoalan dari tukang komen, entri ni aku jadikan sambungan Part 1 minggu lepas. 

Klik sini untuk Part 1: Halal haram dalam mencari rezeki 

_________________________________________________________________



Mula-mula aku nak jelaskan balik kat syafiqakarim. Kerja bank tu bukannya tak elok. Mesej yang nak disampaikan adalah kerja bahagian yang ada kena mengena dengan loan, kad kredit, saving, fixed deposit account dan apa-apa berkaitan dengan riba di bank konvensional adalah haram. 

Kalau analyst, pak guard, makcik cleaner dan lain-lain yang tak direct dengan promote riba boleh. Kerja di Islamic bank jugak boleh. 
_________________________________________________________________


Ni respon kepada Hanie pulak. Di bank Islam, percentage yang dikenakan bila buat pembiayaan (Islamic bank tak sebut pinjaman) tu dipanggil profit rate. Tak dipanggil interest. Bank konvensional kenakan rate yang berubah mengikut keadaan ekonomi. Bank Islam rate dia tetap. 

Dari segi fixed deposit account, bank konvensional letak peratusan fixed interest dari awal. Tu adalah riba. Dalam Islam, cuma nisbah pembahagian keuntungan dibenarkan. Contohnya 70:30 (bank:pelanggan). Lebih lanjut klik sini.

Nanti kalau rajin aku buat entri beza Islamic banking dengan conventional banking. 
_________________________________________________________________



Soalan Pocket n Ira aku dah jawab kat ruangan komen. Tapi tak pe lah. Share kat sini sekali. 

Sebahagian dari pendapatan kita ada hak orang lain, jadi sebab tu kena bayar zakat pendapatan untuk menyucikan pendapatan kita. Sekiranya pendapatan yang dah ditolak perbelanjaan berkaitan tu lebih dari nisab, kena la bayar zakat. Lebih lanjut klik sini.


Tapi kalau dah kerja sales, memang pendapatan tu haram kan? Kalau terus kerja maknanya masih terlibat dengan riba' sedangkan sesiapa yang sedar terlibat dengan riba kena bertaubat. Rukun-rukun taubat: Meninggalkan amalan riba sepenuhnya, menyesal dengan sesungguh hati dan berazam tidak akan mengulanginya. Klik sini.
_________________________________________________________________


Untuk apa yang Zul cakap ni, menurut Ustaz Zaharuddin, matawang tidak semestinya dari emas dan perak. Boleh selain dari itu selagi ia diiktiraf oleh manusia. Duit kertas boleh diguna dalam muamalat. Hukum asal muamalat: Caranya boleh berbeza selagi maqasidnya (tujuannya) adalah betul.

Boleh refer kat video di bawah.



Sekian saja untuk kali ni.

ps: sorry entry panjang. kalau ada salah dari segi info sila maklumkan. yang baik dari Allah, yang kurang dari aku. =)


16 comments:

H.J said...

aku plan nak ambik islamic banking ni..hehe

Azham Vosovic said...

Wah....Rozeeta belajar psl banking ke?

bagus informasi kat sini....barulah saya tau pasal urusan bank sebenarnya ;)

Sarah Mohd Saleh said...

uishh dasatttt.br den tau haaa.time kaseh lahh temah bg info nih ;)

Akue Achik said...

errr..ustz sy pnh ckp, duit yg kita trima bulan2 tu pon sbnrny 5% dr hasil judi,haram. Tapi, entah lah..sy tak igt explanation ust sy msa tu..huhu

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

hmm kena lbih brhati2 la cani..

Mr.Clive said...

u,boleh tak buat kan yang perbezaan conventional ngan islamic banking tu...sebab byk persoalan yang nak tau lebih mendalam between the two system. thanks. :)

Mr.Clive said...

akan ku tunggu... hehe :)

Hanie Dew said...

paham dah cikgu. hehe..thanks for the explanation. macam mana pulak produk islamic di dlm ban konvensional itu. contohnya cimb ada produk perbankan islamic contohnya. adakah cara nya sama macam bank islam dan yg sewaktu dgnnya?

Juliet_iRa~" said...

mmg byk org ptikaikan psl benda ni..sm jg mcm org kerja goverment ni..ada dgr org ckp..duit gaji y dibayar kpd pnjwt awam ni mcm2 sumbernya..sbhagiaannya ada dr cukai minuman keras, cukai dr judi...tu nak kira camne tu?sbb malaysia mmg negara islam tp xsepenuhnya amalkan apa y spttnya...

mmg kena byr zakat tu utk sucikan apa y xsuci..tp klau kerja sales tu y dah confirm2 bkaitan riba...ira pn xtau nak komen..cuba tnye ustaz utk lebih sahih..

thankss 4 the info..:D

El-Janna said...

haish pening bila ckp pasal ni...

~SaL IjOu~ said...

penah keje bank beberapa tahun, ada jugak terlibat dgn sales..mmg rasa x tenang..tu salah satu sbb bertukar arah..~

semutsengal said...

sekarang ni susah jugak, cara senang tuntut lah ilmu dari orang alim.


Pasal riba tu, susah nak cakap. Yang penting cara dapatkan duit dengan betul tu dah okla kan, Err.

dhiera said...

bersih kan pendapatan kita dengan zakat. tapi kan bab loan ni, orang selalu tengok bank mana yang caj monthly murah instead of fikir islamic or conventional..

Dhiya Fariza said...

tgh nak baca semula. pening2 hehe

iedchan said...

tak berani nak jatuh kan hukum..tapi sebagai islam kita mesti mencari yang halal kan..hehe sbb tu kalo buat loan...amik loan islamic...kan kan...dari conventional..:)

Rapunzel Cikilolo said...

bagi aku ape-ape kerja dan apa yang kita buat mesti ade keraguaannya. jadi pandai-pandai kita pilih dan buat keputusan macam mane nak menyusur jalan yang halal di dalam haram. kot... pendapat jer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...