Tuesday, February 14, 2012

Bila perempuan drive




Cantik tak kereta aku kat bawah ni?? Ok tipu. Haha. Kereta aku not actually mine cuma Satria kuning je. Tapi ada la feel sporty. Bila bawak rasa nak speed je. Hehe. Feel paling best bila nak belok kat simpang tak tekan brek. Seriously syok!

Megane Renaultsport 265 Trophy

Masa mula-mula drive, baru aku faham phrase "Lelaki prefer manual, perempuan prefer auto". Haha. Tension nak tukar-tukar gear. Dah tu enjin pulak cenderung untuk mati. Lepas tu, bila stop kat simpang berbukit, potensi untuk kereta ke belakang adalah tinggi kalau tak berapa reti control minyak and klac.

Tapi tu masa awal-awal je. Kini tidak lagi! 

*ayat perasan akan bermula selepas ni*

Sekarang aku la driver terhebat kat Penang! Haha. Feel ohh bila dapat race kat jalan. Hari tu, ada kereta tak sabar sangat nak potong kereta aku. Aku pun rasa kewibawaan aku tercabar. Maka aku pun tekan minyak. Potong dia balik. Lepas tu aku gelak MUAHAHA puas hati menang race. Haha. 

Satu fakta pasal aku, aku tak suka tekan hon! Bingit wa cakap sama lu! Kalau betul-betul terpaksa baru aku tekan.

Tapi semuanya berubah baru-baru ni. *hoi skema semacam apehal* 

Tengah drive, tiba-tiba ada satu kon block jalan aku. Lane kanan ada lori. Jadi aku pun brek mengejut. Almaklum la tengah laju. Lepas tu kereta belakang aku kemain tekan hon sepenuh jiwa. Eh eh bikin panas kereta belakang ni! Ingat aku suka-suka tekan brek kot!

Bila dah kat depan sikit, aku slow down dan tunjuk tangan kat dia macam lelaki buat kat perempuan bila kata ladies first. *sila bayangkan* Lepas tu, dia nak belok kanan kat simpang, aku lalu sebelah dia. Maka aku pun tekan hon sepenuh jiwa dan raga aku kat dia balik. Haha. Puas hati aku! 

So, kalau korang terserempak Satria kuning, don't play play haa! Mungkin aku lah drivernya. Haha. 

Sekian saja untuk kali ni. Adios!

ps: side park kelemahan aku. selalu kena adjust dua tiga kali. hehe.

28 comments:

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

huhu fasha sanda elok je jd driftr kat kl drift.. huhu

AcidFlynN WraitH said...

orang drift memang guna brek cik. hihih kalau drag je tak guna brek. guna time nak berenti je. hihihih ayohhh kita pegi lepak kat dataran gurney time malam2 hari minggu baru best hihihih

Akue Achik said...

hahhaaa,,siap ada pay back time oo..hohoho

sy tak reti drive.. :(

Dhiya Fariza said...

perghhh. terkejut ternganga jap. perghhhhh.

rozeeta rashid said...

zuan: fasha x best la. hehe.

acidflynn wraith: haha. ok. baik bos. tapi perkataan drift best lagi. kadang2 saya drift kadang2 drag. campur2. hehe.

achik: syok kot. sweet revenge. haha. ambik ler lesen. =)

rozeeta rashid said...

dhiya: fuhh banyak perghh dia. haha.

DuniakuAbstrak said...

jom race..ade beran? kekeke

rozeeta rashid said...

duniaku abstrak: jom! cakap je nak race kat mana. haha.

H.J said...

kena berjaga2 dengan satria kuning ni..haa

Pocket said...

kena adjust dua tiga kali tu kira normal lah, itu kira dah bagus tu, buleh gak.. ada yang lepas semilan kali percubaan, terus keluar cari tpt lain.

hey hey! besh ngan manual keter gak.
pompuan yang drive the stick.. laagi sexy :D lagipun kalau drive keter manual, biarpun sampai top gear.. tak terasa macam masih lagi gear 4 kah?
pocket rasa gitu,
tp manual.. kalau dah top gear tu memang smooth jer rasanya...
plus.. nak break buleh tekan clutch n free gear skali... orang belakang pun tak terhenjut henjut ngan 'engine-break' keter auto tu:D

aiEz said...

jom lumba jom..hehe...

*aie ada jer lesen tapi kereta xdop..grrr

Sarah Mohd Saleh said...

wahhhhh bole jd drifter girlmalaya ;)

.diannorhayati. said...

hello rozeeta. da lame tak dtg sini. hihi.


bace ni je da gelak2.

pasni guy,be careful kalau nampak satria kuning :p

dhiera said...

terbaek...

kita ada sikap yg sama. tak suka tekan hon dan suka bawak kereta laju. saya pun pakai manual jugak. weee

Awan Biru said...

Wohooo... Tabik wa sama lu. Angkat tangan serender punya. Hek eleh, memang arr serender. Wa tak tau drive.

tomatokering :) said...

hahahhamboihhh kemain drfit .. hihi

Affan Ruslan said...

Haha ganasnya drive. Tp manual lagi laju, nak speed sedap hehe.

ps: Jom join giveaway di blog saya :)

ayie said...

hebat drifter wanita!!!

Azham Vosovic said...

Fuh, hebat siyh!

Lepas ni kalau nampak Satria Kuning kat Penang tu, I surrender dulu...I kasi you jalan hehehehe

Ezad Skytech said...

wahhh..boleh tahan si pemandu satria kuning ni..kena hati2 bila masuk Penang...haha~

~SaL IjOu~ said...

boley ajak lawan mcm ni~ ;p

ABU said...

tak suka tekan hon.. sbb tak suka kena hon ^^

kat kl ni pakai auto lagi bagus..

shameel Iskandar said...

kalau jumpa satria kuning ni kt penang boleh cabar race ni. hahaha.

Mr.Clive said...

hoho setailo.ada pompuan that talks about cars! hot!

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

huhu memang x best pn sbnrnya..tgk muka dia time wat drift, yeye je dia.. huhu

p.s fans MenU never will i be.. huhu :P

syafiqakarim said...

mak selalu tak br wa drive weh.
kata nya mengalah kan lelaki -.-

Jue said...

haha kemain aku bc entry ko..xthn bab soh org tu dulu pastu ko sj kan nak bunyi hon kmudian!!haha giler ah! mau kna kejar haha

Hanie Dew said...

aku suke part ko balas hon tu.kalau aku pun buat cenggitu. muahahahaha..

penuh perasaan tau aku baca cerita ko.

aku baru nak ambik lesen.nak jd pro mc ko.jauh lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...