Friday, January 6, 2012

Salah pilih kawan



Selalu kita dengar orang cakap jangan salah pilih kawan. Pilih kawan yang baik, jangan pilih kawan yang tak tentu hala. Nanti kita terpengaruh. Nanti kita ikut perangai buruk dia.  

Tapi kenapa tak dilihat sebaliknya? Nanti kita boleh pengaruh dia. Pengaruh dia untuk berubah. Pengaruh dia untuk jadi lebih baik.

Tak salah rasanya kalau berkawan dengan orang yang bawak pengaruh tak baik ni. Asalkan kita tahu caranya. Pastikan kita tak ikut dia, tapi dia ikut kita. Ubah dia secara indirect. Jangan main cakap lepas je. Kang dia sentap pulak. Gunakan cara yang lembut. Cara yang dia sendiri tak sedar kita tengah nak menyampaikan mesej kat dia. 

Lagipun, walaupun orang nampak buruk dia, dia tetap ada sifat baik. Dulu aku pernah dengar ayat ni, "Jangan bencikan orang itu kerana dirinya, benci pada sikapnya". Maknanya, jangan kerana sikap buruk seseorang itu, kita membenci dirinya dan tinggalkan dia. Manusia boleh berubah. Bila sampai masanya. Bila kena caranya.

Yang penting bukan di mana kita bermula, tapi di mana kita berakhir. Permulaan yang baik tak semestinya berakhir baik dan permulaan yang buruk tak bermakna akhirnya pun buruk. Mungkin orang yang kita sangka jahat tu pengakhirannya lebih baik dari mereka yang baik. Paham tak ni?? Hehe.

Sekian saja untuk kali ni. Adios!

ps: tak ada apa nak di-ps-kan. =D

22 comments:

aiEz said...

tak kisah nak berkawan,manusia ni ada macam2 jenis,tak semuanya lurus...orang2 macam ni tak boleh diasingkan,dekati dorang..yup,walau sejahat mana orang tu pun masih ada perasaan..kasih dalam diri,jadi secara perlahan dekat dan ajak untuk berubah bukan dengan caci dan membenci....

ABU said...

betul tu, pendapat aku pun sama.. rasnya ramai anak mudah tersalah pilih kawan dan terikut2..

kalau nak jadi baik pilihla kawan yang baik2.. yg paling penting pandai membawa diri..

Pocket said...

yes,
jangan salah pilih kawan.
tapi what if kita sengaja pilih yg hampeh, then ngan kebaikan diri ini,
kita pengaruhi dia plak kan:D
i get your point sis.

tp kalau dalam satu grup tu
pat orang penyangak..
yang sorang budak baik tu sure
jadi penyangak gak..
kalau tak sampai pecah rumah..
sure dia pecah tabung adik sndiri:D

Jue said...

Agree ngan pe pocket kata. Mmg kna bhati2 pilih kwn. Kalau bole pdirian kna tetap. Jgn mudah tpengaruh utk pkara yg kita x pasti =)

Beb, herbs tu rs dia pahot giler ngan pekat giler tp mungkin tgk jenis herbs kot..mungkin ade yg sdap =)

Eera Shera said...

jgn pndg rendah kt org lain..kalo dia berubah mana tau dia jauh lebih baik dr kita

princess said...

betul3 . be optimist . yang buruk atau kurang baik tu boleh di ubah . kalau dah semua org avoid utk berkawan dgn org yang kurang baik ni , siapa yg nak tegur dorang ? : ) kan . heee

semutsengal said...

ekceli,

jangan salahkan sapa sapa kalau kita jadi jahat. Semua datang dari hati sendiri.

dah besar kan ?


LALALALALALALLA

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

tp klu kita pandai elak diri dari terpengaruh, insyaAllah boleh hindari... :)

p.s i miss bloggging world...

ShahzCudin said...

kan..? duk sibuk cari kawan yg baik tp kita ni betul2 baik ke nk jd kwan org lain..
klo sy terima la org tu xkesah la mcm mana perangai die..tp kena pandi jaga diri..jgn ikut perkara buruk yg die buat

Dhiya Fariza said...

Yeay i like this entry:-)

Adylia Qarissa said...

singgah sini lawat kawan kawan :)

Chegu said...

Renungan yg baik utk semua =)

Nizam Ijam said...

cari lah sebaik2 kawan..

Rtp Farra Arisha said...

in addiction, keburukan dalam persahabatan/chossing friends kekadang datangnya dari diri kita sendiri and we sometimes couldn't realize it at all..emm, jangan kerna satu kesalahan mereka, kebaikan mereka selama ini diketepikan dan dibenci buat selama2nya. this entry might be related to 'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga...' hehehe.

Awan Biru said...

Awan pernah dengar kata pujangga tu. Cari kebaikan dalam diri setiap manusia. Yang tak baik, tinggalkan ia bersamanya. Apa yang penting, jati diri kita perlu kuat supaya kita mampu mempengaruhi mereka, bukan dipengaruhi mereka.

Hanie_Dew said...

Agree. Jangan kerana sikap seseorg tu kita benci pdnya.tp sikapnya yg buruk itu telah menyelubungi dirinya yg sbbkan dia dibenci.

Azham Vosovic said...

Alhamdulillah, kalau sedar tu cepat2lah berbalik ke jalan yg benar...

Woofer Storm said...

nice entry ni sis..

#mgkn mereka yang perangai kureng tu bisa menjadi sahabat terbaik kita^^

dhiera said...

totally agree...
saya berkawan je dengan sesiapa sebab kite sendri dah boleh pk baik dan buruk.

Asrul "iLham" Sany said...

kekadang ramai je yg annoying!

mardiana said...

meh kawan dgn saya meh ;p

.diannorhayati. said...

yes. this is soooo true.

soemtimes a bad one before can be a really good one :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...