Sunday, January 1, 2012

Kenapa orang gila jadi gila



Dah masuk tahun baru. Dan first post aku untuk 2012 pasal orang gila?? What??

"Memang aku gila! Aku gilakan kau!!" 

Ayat kat atas ni selalu kita tengok dalam drama melayu. Ni pun sejenis gila jugak. Gila angau. Tapi ni bukan gila yang aku maksudkan.

Gila yang aku nak cakap ni tentang gila yang betul-betul gila, bukannya gila-gila. Faham tak? Kalau tak faham, korang pun mungkin gila. Ataupun mungkin aku yang gila?? Haha. Apa aku merepek ni.

Jadi, kenapa orang gila jadi gila? Sejak aku jadi separa gila kebelakangan ni, aku makin memahami perasaan orang gila sebelum dia jadi gila. Kalau masa dia dah gila, aku tak rasa lagi sebab aku belum betul-betul gila. 


Puncanya? Stress. Bila terlalu memikirkan sesuatu masalah, tekanan makin bertambah. Akhirnya jadi tekanan perasaan. Depression. Kenapa apa yang aku harapkan tak jadi? Kenapa bahagia bukan milikku? Amboi ayat. Kenapa kenapa kenapaaaaaaa!! Lepas tu mula lah kejap nangis, kejap gelak. 

Kalau dah jadi macam tu, tak dapat diselamatkan dah la jawabnya. Mula la cakap sorang-sorang. Lepas tu lari tengah-tengah jalan tak kisah kereta lalu lalang. Kalau kena langgar, astalavista lah. Kalau tak kena langgar, dapat la simpan rambut sampai jadi keras tanpa men-shampoo. Guna jari pasti dah tak boleh. 

Eh terlebih pulak imagination aku. Tapi tu lah hakikatnya. Kalau terlampau melayan perasaan yang sedih dan tertekan, lama-lama boleh jadi gila. 


Macam mana caranya nak elakkan dari stress?
1) Elakkan dari duduk berseorangan tanpa ada kerja. Anda akan terdorong untuk jadi jiwa kacau.

2) Share your problem with a friend. Kalau orang tu tak boleh tolong settlekan masalah, dia boleh tolong make you feel better.

3) Think positive. Everything happens for a reason. What's meant to be will find a way. What's not, will find a way out. Allah tahu yang terbaik untuk kita.

4) Gembirakan orang lain. Bila buat orang lain rasa gembira, kita pun akan rasa gembira jugak.

5) Yang terbaik, mengadu pada Dia. Dengan Dia kita akan rasa tenang.

Apa-apa pun, kesimpulannya, jangan terlalu melayan perasaan. 

Sekian saja untuk kali ni. Adios!

ps: sepatutnya aku belajar psychology instead of finance

22 comments:

♥Lady Ainaa♥ said...

betul tu, kdg2 duk sorg2 diri ni lau xde keje, otak jd stress...fikir bende negative...aduyai...nice entry sis

Anyway, Happy new year to you...
May Allah bless u and ur family..
semoga Allah permudahkan urusan hidup sis

ADILA MOHKTAR II said...

Nice entry! Very inspiring :)

aiEz said...

selalu kalau aie ada yang tertekan ke apa tak kira pasal kerja ke apa,rileks dulu...tenang,duduk dan fikir balik apa yg berlaku..dah tenang ambil wuduk lega dah rasa...

*xmo tertekan k,^^

Azham Vosovic said...

Jangan gilakan blogger sudah hehe...

susah hidup nnti hehehe

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

hehe cara trbaik mengurangkn stress ialah ingatkn Allah SWT, insyaAllah hati akan tenang :)

Pocket said...

kawan pocket sorang memang bebetul punyer schizofrenic. pergh! tgk dia punya gila, lain mcm wo!

jangan jadi gila
okeh. susah wo nk bwk berubat!

Fakhruddin Aziz said...

0oo...macamtu rupanya!

ZWAN SABRI said...

Tetiba rasa nak menggila bila baca entry gila ni.. oppsss! HAHA



MySuaraBlog: Drama 2012 Kini Bermula..

Eera Shera said...

bersabar ngan apa jua dugaan. penah dgr cite psl org jadi gila sbb blaja.. stress la tu. tp skrg dia dah makin ok

Maii said...

kalau gila-gila camne pulak kak? hehe

Uchi kay-f @hmad said...

lagikan org gila pun tak tahu dia org gila...btw org gila byk rahmat...bukan incik rahmat iyer..


slmt thn baru 2012,terima kasih singgah blog saya cik rozita sidin? eh salah rozita rashid..hihihi..

Akue Achik said...

separa gila?oh no..hati2 sis..hehee..

sy tekanan bila ditekan oleh org lain..huhu

Nizam Ijam said...

jgn gler ke saya lak..haha

Aweyn said...

antara cara lain nk handle stress is makan coklat or pelihara pet! it works! :D

Juliet_iRa~" said...

setuju...apa2 pon jgn stress sgt2..
bila stress melampau tu y sampai xblh fikir dgn waras..hee

cuba happy kan diri..buat benda y suka...asalkan jgn pk bukan2..heee..dekatkan diri pada Allah plg penting...:)

cheese tart sedap kan..heee ;p

Hanie_Dew said...

aku setuju dengan "ps" ko. gi tukar course cepat. messti cemerlang.

kesimpulannya gila bukan penyakit berjangkit tapi thap kerasionalan kita berfikir dan mengatasi konflik.

Liza Razak said...

masalah jugak kalau x boleh handle stress dengan betul..apa2 pon kena byk bersabar.Kan?? :)

Awan Biru said...

Awan selalu stress. Entah kenapa. Nak mengadu pun malu.

Anonymous said...

Aku kenal sorang minah yang baru broke up..Dia nak jadi gf aku,aku pown on laaa..last2 dia balik kat ex-bf dia..HAHAHA!aku memang harap dia rasa apa yg aku rasa suatu hari nanti..aku rasa nak gelak kejap,nak nangis kejap..aku rasa aku dah mula nak gila.......

Sarah Mohd Saleh said...

aku gilakan ko eta!hahahah

Azham Vsvc said...

Rozeeta, carilah masa untuk update hehehehe :)

Anonymous said...

bukan semua org gila tu gila sebenarnya...hanya fikiran orang awam je yg slalu ckp mereka gila..!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...