Monday, January 16, 2012

Bila si pelupa ada blog



Teng teng tengggg *sound effect pembuka cerita*




Alkisah seorang pelupa yang kurang tahap ke-siuman-an-nya..

Dia seorang yang boleh jadi sangat pendiam. Dan dia jugak boleh jadi seorang yang paling tak diam dan paling tak boleh duduk diam. Kiranya ada split personality lah dia ni. Tak semua yang dapat tengok sisi kedua dia tu. 

Tapi tu bukan masalahnya. Masalahnya dia adalah seorang yang pelupa. Si pelupa ni masih belum bekerja. Kadang-kadang sumber hiburan dia di rumah adalah mak dia. Dia suka sakat mak dia. 

Kalau dia duduk rumah tanpa dapat meng-eksperesi-kan kegilaan dia, dia rasa kreativiti dia tersekat. Si pelupa ni macam burung hantu. Bila malam baru otak dia bergerak lancar. 

Sebab tu blog dia selalu diupdate waktu malam. Sebab tu dia lebih rajin ke blog orang pada waktu malam. Dulu masa study pun, dia suka study tengah-tengah malam. Even idea update blog pun selalunya datang bila dia dah nak tidur. 

Kadang-kadang banyak idea dia. Kadang-kadang tak sempat idea nak datang, dia lena dulu (hari tu dia mimpi chicharito datang rumah dia). Hampeh sungguh si pelupa tu. Tapi tu tak la hampeh sangat. Ada yang lagi hampeh.

Idea yang dia dapat sebelum tidur tu selalunya buat dia berkobar-kobar nak update blog keesokkan (<-- eh betul ke ejaan dia??) hari. Dan bila esok tiba, si pelupa ni TERLUPA apa idea dia.

Maka muka dia pun jadi macam dalam gambar kat atas termasuk lah muka jadi kaler purple. Saat dia terlupa tu, timbul lah rasa kesal atas kebengongan diri sendiri sebab tak save tajuk dia kat handphone. 

Sekarang, si pelupa itu masih menghadapi tekanan jiwa dek kerana masih tak ingat-ingat tajuk yang dia dah lupa. 

Moral of the story: Jika anda sedar anda pelupa, sila ambil tindakan awal untuk mengingatkan diri anda yang pelupa. 

Harap-harap si pelupa tu tak lupa dia ada blog pulak lepas ni.

Sekian saja entry tanpa motif ini. Haha. Adios!

ps: kisah si pelupa ni takda kena mengena dengan aku. haha.

19 comments:

aiEz said...

Aie buat2 percaya yang si pelupa ni tak ada kena mengena dgn ita...:-P

Ahmad Ali (bukan nama sebenar) said...

dah follow sni . jom usha sana pulak
ngeh3

Oppa Kudin Nz said...

haha. Cmne si pelupe selalu lupe ni. Haiyoooo

dhiera said...

eh, ingat kan pelupa tu kamu~ hehehe

Asrul "iLham" Sany said...

semut wat sarang dalam perot...hohohoho

Pocket said...

err.. voice recorder adalah alat penting untuk sang pelupa. :D

sila cerita kat voice recorder tu dulu sis :D

.diannorhayati. said...

hahaha.

tahukah anda sy juga mengalami situasi yg sama? demn =.=

Woofer Storm said...

kisah pelupa itu ada kaitan dgn sy..hehee suka update waktu malam,sebab malam susah nak tdo,sebab malam je ada masa terluang..sebab malam baru idea mampu terkeluar..hehe

Nizam Ijam said...

hahaa.. lupa nak mandi sebab tgok blog jer :P

semutsengal said...

ERr,


takpe, nnt bila dah biasa update. time buka blog idea dah dtg terus, takyah tggu malam-malam lagi.

Hanie Dew said...

kene setepek tepat kat batang hidung aku jugak. selalu aku ngadu kat jue tadi ada idea masa nek motor otw gi ofis. now dah hilang.

Hanie Dew said...

hehehe...semoga berjumpa dengan lelaki terbaik dalam hidup ko.

El-Janna said...

hehe mcm sama je^^

Dhiya Fariza said...

saya boleh teka siapa si pelupa ni wpun dia kata takda kene mengena? hehe :p dpt tau new infos on u hehe

Mohd Izzar said...

erkk? mcm tu plak...haha

Eera Shera said...

eh lupa plak nk komen ape td hihi ;)

ABU said...

eh macam cakap diri sendir jak ni hahahaha.. So kena beli orgeniser la nampaknya, note book catat benda2 penting kalau tahut terlupa kan kan..

Awan Biru said...

Jangan lupa diri sudah.

Kalau Awan, sebelum terlupa, ambil marker pen, tulis benda yang difikir kat cermin sebab hari-hari kita tengok cermin. Yang paling seronok jika ada cermin tahap giant satu tubuh boleh nampak.

Azham Vosovic said...

Hehe, tak suka kan bila jd pelupa mcm tu....kdg2 bila tgh xda depan laptop, mcm2 idea dtg tp bila nak menulis....terus blank hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...