Tuesday, January 10, 2012

Bersyukur dan berjaya




Untuk jadi manusia yang bersyukur, pandang ke bawah. Untuk jadi manusia berjaya, pandang ke atas. 


Kadang-kadang kita mengeluh dengan nasib sendiri tanpa kita sedar. Jadi, cara yang baik untuk kita mensyukuri nikmat yang kita ada, adalah dengan memandang ke bawah. Sesusah-susah aku, ada yang lebih susah.

"Bosan laa hari-hari asyik makan maggi je". Ingat la ada orang yang nak makan pun tak ada duit. Rasa bersyukur itu perlu ada. Bila kita susah, bila kita senang. Kita perlu bersyukur.  

Tapi kita tak boleh sekadar selesa dengan keadaan kita sekarang. "Cukup lah apa yang ada ni. Aku bersyukur". Tak boleh la stagnant. Di takuk yang sama je. Tak ada improvement. Tak adventure laa!


Kena la ada perubahan ke arah yang lebih baik. Dari segi sikap, dari segi amalan, dari segi pekerjaan, dari segi taraf hidup. Jadi, untuk berjaya, kita kena pandang ke atas. Macam gambar kat atas. 

Tengok macam mana orang yang hebat boleh berjaya. Nak berjaya, kena ada mindset yang betul. Kena positive. Kena bersungguh. Kalau ada kesungguhan, yang susah pun jadi mudah.  Jangan patah semangat bila gagal.

Sometimes we are our own worst enemy. Criticizing ourselves even for small mistakes. Aku teringat ayat dari movie I Am Number Four, "You don't know what you are capable of". Kita sebenarnya lebih dari apa yang kita sangka. Cuma kita tak sedar our full potential.  

Kesimpulannya, jadi lah orang yang betul-betul berjaya iaitu orang yang mampu pandang ke bawah dan pandang ke atas. Bukan hanya salah satu. Tapi kedua-duanya kena ada. 

No matter how high you fly, remember the ground where you took off.

Sekian saja untuk kali ni. Adios!

ps: lama aku mengadap post ni. kejap type, kejap tekan backspace. masalah betul aku nih.


25 comments:

Dhiya Fariza said...

really need this kind of entry today. thank u for delivering something (coincidently) i truly wish for as a remembrance.

Cik tikah said...

setujuuu.. kena bersyukur dgn apa yang kita ada :)

LAici KAng Ais said...

agree with you....tq bg saya nasihat ni.i like:)

*SiRibenMerah said...

kalo kita pernah berada dibawah..
InsyaAllah kita akan fahami istilah bersyukur tuh :)

dhiera said...

kite kena belajar cara dari orang yang berjaya. kena kuat semangat untuk berjaya sebab sekeliling kite ada ramai orang yang cuba untuk menjatuhkan kite~

aiEz said...

setuju sangat aie dengan entri ni,syukur sgt2 sebab ada lagi manusia lagi susah dr kita..

Hanie_Dew said...

kadang kala bila dah berada di tempat selesa dan pandang ke bawah. bersyukur sgt dengan apa yang. ketakutan untuk memendang lebih tinggi untuk berjaya tak dapat nak elak. sebab org yg berani ambil risiko memang ada kesungguhan yang kuat dan percaya diri yang tinggi.

aku la yg takut nak pandang lebih tinggi tu. =p

semutsengal said...

mak cakap, tak elok mengeluh.


LALALALLALALAL

aimaniman said...

yuppp hidup kan ibarat roda ada kala di atas ada kala di bawah sbb tu jgn terlalu mendabik dada dan jangan pulak asyik berangan2 je,.. kene usaha br bleh kat atas..

Rtp Farra Arisha said...

bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian...jangan slalu mendongak ke langit, sometime have to menunduk ke bumi :') keinsafan harus dirasai oleh setiap insan...

Juliet_iRa~" said...

berpijak di bumi y nyata..:)

xslh kan jdi mcm padi..mcm berisi mkin tunduk..heee

:)

Adylia Qarissa said...

dkna setuju :)

Zul Fattah said...

relex r.. aku akhir2 sem ni.. sempit jugak.. brsyukur je la.. org lain makan rumput, ok je

Liza Razak said...

yang penting selalu bersyukur dan usaha lebih lagi untuk berjaya :)

ShahzCudin said...

tp jgn sekadar memandang sje... kena susuli dgn tindakan...tanpa tindakan memandah bawah nampak yg keji, memangdang keatas tingal angan2..

khairul akmal bin azman said...

erm!
apa yg kita ada sekarang
itu yg penting kene jage kan

Woofer Storm said...

betul2,kedua2nya perlu ada,.baru erti kesyukuran itu kita dapat rasakan..

cool entry sis^^

Nizam Ijam said...

bersyukur dgn nikmatNya

Sarah Mohd Saleh said...

yessss,kte kene berubah tgkuk.jgn dok di takuk yg sme.aummmm

ABU said...

setuju.. tu la kalau bejalan di bumi Allah kena tunduk, jgn angkuh.. nak bejaya kena bersemngt dn gigih..

Eera Shera said...

kena jugak pndg ke belakang..baru la kita tau yg kita dah berjaya lalui mcm2 kesempitan

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

i love this words, brsyukur pandang bawah, berjaya pandang atas..
but never forget to pandang bawah bila dah berjaya :)

Wawa Tasliman said...

suka baca.. TQ for sharing.. sentiasalah bersyukur dan menyebut Alhamdulillah..

.diannorhayati. said...

im totally agreed.


sadly,sometimes when we 'fly high' we forgot the ground :)

Awan Biru said...

Awan ada baca satu kata pujangga Barat, kita semua mempunyai basikal dengan 10 gear tetapi kita asyik menggunakan gear 1, 2, 3, sehingga terlupa gear 10.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...