Saturday, December 31, 2011

Tears



Everyday it wil rain, rain, rain..




People say: New year, new hope. Well, I guess my hope is crushed right before new year. So tell me, how can there still be hope for next year? I don't know. I don't even know what to feel right now. 

I feel so alone. Hmm.

My last post for the year ends with a negative one. Please do ignore this emotional post. I just need a place to express what I'm feeling. Sorry.




Tuesday, December 27, 2011

Kaca dan permata


Kaca


Bila yang disangka permata rupanya hanyalah kaca dan yang disangka kaca itu sebenarnya adalah permata. Pernah tak alami situasi macam tu? Yang korang sangka permata tu akhirnya turns out to be kaca?


Pakwe/awek yang disangka ikhlas rupa-rupanya pasang lagi satu. Rupa-rupanya dia pandang harta. Kawan yang disangka BFF rupa-rupanya baik sebab ada niat lain. Rupa-rupanya hanya kawan masa senang yang tak sanggup ada dengan kita masa susah.


Kadang-kadang manusia ni tak nampak beza antara kaca dan permata ni. Dan akhirnya bila tersedar, dah terlambat.


Macam mana nak tahu siapa yang ikhlas dan siapa yang tak?


Tengok siapa yang selalu ingat kita. Bukan siapa yang selalu kita ingat. Sebab yang kita ingat tak semestinya ingat kita. Macam confusing je ayat aku kan. Haha. Masa kita susah, masa kita sedih, siapa yang ada untuk kita? Dan siapa yang hilang bila kita susah? 


Tu antara benda yang perlu kita sedar. Hargailah permata yang ada dalam hidup kita. 


Sekian saja untuk kali ni. Adios!

Permata
ps: banyak permata dalam hidup aku. kaca yang diharap akan jadi permata pun ada. 

Friday, December 23, 2011

Tragedi Pesta Penang


Semalam anak kakak aku tetiba je nak balik Penang. Umur 10 tahun. Dah nak habis cuti sekolah baru nak datang. Maka aku dengan mak aku pun kena la pergi ambik dia kat airport. Rupanya dia balik sebab nak pergi pesta Penang. Cehhh!

Tadi kami pun pergi la pesta. Lepas berjalan-jalan, makan-makan, sampai la masa yang anak sedara aku tunggu-tunggu. Nak pergi naik rides yang ada kat situ. Mula-mula sampai, kami pun tengok la orang naik Top Gun. Untuk yang tak tau, Top Gun tu yang dalam bulatan biru dalam gambar kat bawah. 

Gambar ditaja oleh Google

Benda alah ni boleh pusing 360 darjah. Ada dia stop kejap kat atas, lepas tu turun dengan lajunya. Then, tiba-tiba aku nampak kertas berterbangan. Eh kertas apa pulak dah. Bila dah dekat, baru aku perasan. Duit!! RM 10. Boleh tahan banyak jugak lah. Anak sedara aku dapat sekeping. Orang sebalah kami pun dapat.

And guess what?? Hujan duit tu jadi lagi sekali bila Top Gun tu berpusing lagi. Ada duit RM 50 jugak. Ada satu geng budak lelaki (budak besar) dengan senang hati kutip duit yang berterbangan tu. Lepas tu diorang blah. Aku suruh anak sedara aku bagi balik duit tu. 

Bila Top Gun tu dah stop, anak sedara aku, orang sebelah kami and ada sorang lagi pakcik pergi nak bagi balik duit tu. Duit tu kepunyaan minah indon. Sedih muka dia. RM 30 je dia dapat balik. Tak tau lah lepas tu ada orang bagi balik lagi tak. Aku tanya kat dia, duit tu berapa banyak semua sekali, dia cakap RM 500! 

Aku agak terkejut beruk lah jugak dengar. Tak sangka sampai banyak tu. Maknanya RM 470 lesap dibawak lari dek orang. Sumpah kesian. Bayangkan kalau RM 500 tu je duit dia yang ada. Dia nak makan apa nanti??  

Memalukan pulak rasa tengok perangai manusia yang rakus ambik duit orang.

Moral of the story, sila jaga beg anda baik-baik kalau nak naik rides tu semua so that tak jadi kejadian macam minah indon tu. And one more, sila laa jadi orang yang jujur. Kesian laa kat tuan punya duit tu.

Sekian saja untuk kali ni. Adios!

Kalau beli barang and dapat lebih baki duit, korang bagi balik tak? 

ps: sakit badan naik bumper car. dah la bumper car yang aku naik tu gila. bukan jalan ke depan, dok reverse pulak! arghh!!

Tuesday, December 20, 2011

VIP Passes to Girls' Hearts




If you're a guy reading this post, consider yourself as a winner of a VIP pass to the heart of a girl. Congrats to you! Yeay! Hehe.


Ok. Sekarang dah dapat VIP pass kan? Let me take you on a tour to girls' hearts. 

Fact 1: Girls are sensitive
Be careful of what you say because girls are sensitive. Maybe you've hurt her with that sharp tongue of yours without even realizing it. Sesetengah tu mungkin boleh nampak bila dia sentap dengan apa yang anda kata. But ada girls yang tak tunjuk ke-sentap-an tu including me. Tu lagi bahaya.

Fact 2: Girls cakap berkias
This second fact is probably the main reason why lelaki rasa perempuan tu complicated, hard to understand

Girl: Cantiknya baju tu!
Guy: A'ah cantik.
Girl berkata dalam hati: Beli la kat aku oii! Tak paham pulak mamat ni.

Haha. Itu lah perempuan. Tak cakap direct. Tapi kat atas ni contoh yang simple laa. Ada sesetengah benda yang lebih serius pun dicakap dengan cara berkias oleh perempuan. Lelaki kena lah try harder untuk memahami maksud tersirat okay? Hehe.

Fact 3: Girls like attention
Kalau nak sentuh hati perempuan, you must show her that you care. Kami cuma nak rasa dihargai, you know? Tapi tak lah bermakna 24/7 kena bagi perhatian. Kami nak tengok tv jugak, nak main game kat FB lagi. Hehe. And also too much attention too soon pun agak menakutkan.

Fact 4: Girls like surprises  
Tadaaa! Surprise! Dua perkataan ni boleh buat girls terharu. Bukannya kami nak surprise yang hebat-hebat sangat pun. Simple unexpected things yang anda buat pun dah cukup untuk menyerlah ke-sweet-an anda. Kami suka bila lelaki sweet! 

Fact 5: Girls suka pak lawak
Funny like a clown minus the makeup, colourful hair, red nose, fancy clothes and big shoes. Hehe. Someone yang boleh buat girls sentiasa tersenyum. Even when we are feeling down, you come with your charm and put that smile back on our faces.  


Selamat menjadi jejaka idaman!

Sekian saja untuk kali ni. Adios! 

Perempuan yang nak tambah lagi point sila lah komen. =)

ps: lamanya aku pergi bertapa

Monday, December 12, 2011

Keputusan: Ikut minda atau gerak hati?



Hidup kita banyak memerlukan kita membuat keputusan. Hari-hari kita kena buat keputusan. 

Aku nak bangun ke aku nak sambung tidur lagi?
Aku nak makan nasi ayam ke koay teow tomyam?
Aku nak pakai baju merah ke aku nak pakai baju putih?
Aku nak tengok channel Starworld ke aku nak tengok channel ESPN?

Tapi kat atas ni keputusan yang dikira mudah lah kan. 

Bila keputusan yang perlu dibuat melibatkan sesuatu yang lebih berat? Keputusan yang melibatkan masa depan. Masalah akan jadi bila minda dan hati tak sependapat. 


A situation where you are required to choose between what you want and what is best for you. The mind chooses option A, the heart chooses option B. Ishh! Pening!! Tak boleh bawak berbincang ke Minda dan Hati? 

Contohnya:
Nak sambung belajar or nak kerja?
Nak pilih kerja yang tak minat or nak terus tanam anggur?
Nak kahwin dengan pilihan keluarga or pilihan sendiri?
Nak jadi bini nombor 2 or tunggu Mr Right yang single?

Haha. Contoh last tu memang tak tahan.

Jadi bila berhadapan dengan situasi yang buat kita rasa serba tak kena ni, fikir sedalam yang mungkin. Jangan terus ikut kehendak hati je. Fikir baik buruk kedua-dua option. Kang tersalah pilih, menyesal tak sudah pulak.



Apa-apa pun, kita kena sedar yang kadang-kadang apa yang kita nak tak semestinya adalah yang terbaik untuk kita. Kita cuma merancang, Allah yang tentukan. Sebabnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. 

Doa mintak petunjuk mana keputusan terbaik. Solat istikharah. 

Sekian saja untuk kali ni. Adios!

Wednesday, December 7, 2011

Memberi lebih baik dari menerima




Berada di pihak menerima memang la best. Asyik dapat, dapat, dapat saja. Siapa tak seronok kan? 

But the true joy datangnya dari memberi. Tak semestinya memberi tu cuma dari segi duit. Any act of kindness pun dikira memberi. Membantu orang lain. Apa lah sangat kan. Ada makcik nak lintas jalan, tolong dia. Ada pakcik tua bawak beg banyak. Tolong dia.

Dan sekiranya berkemampuan, apa salahnya hulurkan duit untuk membantu yang memerlukan. Tapi tak perlu lah nak bagitau satu dunia bila nak menderma. Siap masuk tv. Siap jadi headline newspaper. Apa motifnya? Mana letaknya keikhlasan? Biar lah tangan kanan memberi, tangan kiri pun tak tau.

Juga jangan lupa memberi kepada orang lain dalam hidup kita. Bagi sesuatu tanda ingatan. Tak semestinya benda mahal-mahal. Cukup lah untuk orang tu tahu kita menghargai dia. Belanja family makan. Bagi duit tiap-tiap bulan kat parents. Bila dapat tengok orang tersayang tersenyum  tu kita pun rasa bahagia. 

Bila kita memberi, kita akan dapat balik lebih dari apa yang kita beri.

Jadi lah tangan yang memberi dan beri dengan ikhlas.

Sekian saja untuk kali ni. Adios!

ps: patut tak aku terima kerja yang aku tak minat?

Friday, December 2, 2011

Rara Zikry meninggal dunia


Tadi aku dapat tau dari kawan aku, Zarith Nadira Mohamad Zikri atau lebih dikenali sebagai Rara Zikry, telah meninggal dunia malam tadi. Dan kat twitter pun ramai yang mengucapkan takziah kepada keluarga dia. 


Lepas tu ada tweet mengatakan Rara Zikry masih hidup. 
"Her heartbeat stopped for a while but then the doctor rescued her"


And the latest is memang dia meninggal dunia. Dah di-confirm-kan oleh best friend dia kat twitter.




FB page Rara pun dah update tentang pemergian dia.



Innalillah. Takziah buat keluarganya. Al-fatihah.

To those yang tak kenal dia, ni ada short summary. 

Rara Zikry seorang gadis yang cantik. Tahun ni umur dia 23 tahun. Bulan Mac tahun lepas, dia pergi cycling dengan kawan-kawan dia. Tiba-tiba dia diserang asthma. On the way ke hospital, dia diam dan mulut dia berbuih-buih. Di hospital, doktor sahkan dia dah koma. Dua bulan dia koma. Bila dah sedar, dia tak dapat communicate. Dan setelah setahun lebih menderita, dia meninggal dunia malam tadi.


Nak baca lebih lanjut tentang dia boleh klik sini dan klik sini.



ps: kita tak tau bila masa kita. sekelip mata hidup kita boleh berubah. sama-sama kita menjadi yang lebih baik. tingkatkan apa yang masih kurang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...