Wednesday, November 30, 2011

Pengajaran


Dalam membuat sesuatu perkara, penting untuk kita bagi sepenuh perhatian. Sebab bila kita leka, masa tu lah akan jadi benda yang tak disangka.


Cehh serius semacam bunyi ayat kat atas tu kan?? Lagi satu, apa kaitan gambar selipar kat atas ni?? Haa. Meh sini nak cerita.

Kelmarin makcik aku telefon, suruh tengok new straits times. Ada iklan kerja kat hotel baru bukak kat kl. Masa tu dalam pukul 3 kot. Aku dah la selsema. Otak pulak tengah serabut sejak dua menjak ni. I'm present but I'm absent. Tu  malas gila nak keluar beli paper.

Setelah berjaya me-motivate diri aku untuk bangun dari sofa, aku pun pergi la siap-siap nak ke tesco. Saja cari alasan nak beli apple pie mcd sebab tu decide nak ke tesco. Pakai pun cincai-cincai je. Dah sampai tu aku pun pergi la mencari paper and apple pie tu.

Lepas tu aku terus pergi ke kereta. Nak balik dah la. Masa tu, aku pakai selipar tebal macam kat atas tu laa. Cuma selipar tu bukan warna pink tapi hitam and selipar aku bukan roxy tapi dibeli kat kangar dengan harga 12 hengget setelah ditawar-menawar dengan apek kat bazaar.

Dah sebab aku pakai selipar tebal, aku rasa tak selesa nak bawak kereta. Tak tau tekan klac banyak mana, tekan minyak banyak mana. Jadi aku pun bukak la selipar. Bila nak start enjin, aku tengok ada kertas iklan depan cermin kereta. 'Arghh! Mangkuk ayun mana pulak letak ni!!". 

Maka dengan malasnya, aku keluarkan sebelah selipar, pakai and ambik kertas iklan tu dengan perasaan yang annoyed. *sila bayangkan* Lepas tu terus aku reverse keluar parking and drift balik ke rumah dalam hujan lebat. Rumah aku parking tingkat-tingkat. Agak gelap masa tu.

"Finally! Sampai jugak rumah," bisik hati aku. Eh buat ayat macam dalam novel pulak dah. Bisik hati bagai. Haha. Aku pun pakai la selipar nak keluar dari kereta. Tiba-tiba.. "Eh! Mana selipar lagi sebelah ni?? Sebab gelap kot aku cari tak jumpa". Cari-cari memang sah tak ada!

Last-last aku buat kesimpulan aku tinggal selipar aku kat luar kereta masa nak ambik kertas iklan. Apa punya bengong?? Otak aku melayang ke mana laa masa tu. Dari mood tak ok terus aku tergelak sorang-sorang dek kerana kebengongan diri sendiri. And guess what, aku jalan dari parking ke rumah dengan sebelah selipar je. Rajin pulak nak pakai sebelah selipar.

Eh panjang pulak aku cerita. Haha. Sekarang nampak tak kebenaran ayat pengajaran aku kat atas sekali tu??

Always be alert okay! Don't be like me. =)

Sekian saja untuk kali ni. Adios!

ps: nasib tak terserempak jiran masa berkaki ayam sebelah kaki

Tuesday, November 29, 2011

Chocolicious!



Wahh lama rasanya tak update blog. Aku baru lepas makan cadbury dairy milk ni. Tiba-tiba dapat idea nak buat post pasal chocolate.

I love chocolate. Chocolate bar, chocolate cake, chocolate cookies,chocolate drink. Tapi tak la makan selalu. Kalau hari-hari mengadap chocolate, dari suka pun boleh jadi tak suka. Mungkin jugak akan rasa trauma. Hehe.


Chocolate ni boleh kira terapi la. Bila stress, makan la chocolate. Tu yang aku selalu buat masa study dulu. Dah bersungguh-sungguh study untuk exam, bila habis paper aku akan cari chocolate. Ada tak sesapa macam aku?





Ok. Ni aku nak share few facts pasal chocolate yang aku translate dari beberapa websites. 

  • Perkataan chocolate asalnya dari Spanish word.
  • Chocolate ada kebaikan dari segi kesihatan. It helps with depression, darah tinggi, tumors and PMS (pre-menstrual syndrome in case you don't know)
  • Chocolate mengandungi caffein tapi sangat sikit. Kandungan caffein dari lebih 12 chocolate bars sama dengan kandungan caffein secawan kopi.
  • Lebih 7 billion dollars dihabiskan untuk membeli chocolate dalam setahun.
  • Milk chocolate paling digemari tapi lelaki ramai yang suka dark chocolate.
  • Chocolate mengandungi lebih 500 rasa di dalamnya.
  • Allergies terhadap chocolate sangat rare.
  • Cacao/chocolate beans dulunya diguna as a currency oleh some tribes.
  • 2 kawan aku tak suka chocolate!
   
Chocolate ni sangat sedap!

Sekian saja untuk kali ini. Adios!

ps: gila main game tetris kat fb pulak

Friday, November 25, 2011

Forgive and forget??



Memaafkan dan melupakan. Mudah ke? Memaafkan ya, tapi melupakan mungkin tidak. Kadang-kadang sebagai manusia biasa kita susah nak maafkan orang yang sakitkan hati kita. Bila sampai masa kita boleh maafkan tu, hati rasa tenang. Tapi untuk melupakan apa yang orang tu buat tu rasanya tak mungkin. 

Bila aku kata tak mungkin tu bukan bermakna aku ni pendendam. Selalunya bila kita ikhlas maafkan orang, akan ada jugak di hati apa yang dah orang tu buat. Betul tak? Ya lah, parut mana boleh hilang sekelip mata kan? Parut tu kira as a reminder la supaya lebih berjaga-jaga next time.

Everyone deserves a second chance. Some lucky people even a get third, fourth, fifth chance. Some people learn from their mistakes. Some don't. And that is why munculnya third, fourth, fifth chance ni. Orang yang tak pernah belajar dari kesalahan. Atau mungkin orang tu tak sedar pun dia dah menyakitkan hati orang lain. Without realization.

And orang yang dapat banyak chances ni sangat lucky. Sebab ada orang sanggup maafkan dia walaupun dia keep on repeating the same damn thing. Jadi, orang yang tak makan saman ni deserve tak all those extra chances? Definitely not. But he/she is definitely lucky because there is a person who loves him/her that much. Sanggup bagi banyak peluang.



Message to manusia pemaaf: 
Kadang-kadang lebih baik maafkan dan move on dari maafkan dan terus biarkan diri disakiti. 

Sekian saja untuk kali ini. Adios!

ps: hati sendiri pun perlu dijaga



Wednesday, November 23, 2011

#3 Wordless Wednesday




Monday, November 21, 2011

eh lupa lah!

Kali ni aku nak cakap pasal... Eh aku nak cakap pasal apa ni? Lupa pulak. 

Kejap. Bagi aku 2 minit. 

Haa aku dah ingat! Aku nak cakap pasal pelupa laa. Lupa pulak. Haha. 


Antara petanda anda seorang pelupa:
1) Tengah bercakap dengan kawan, tiba-tiba jadi blank. "Eh apa aku tengah cakap tadi?"
2) Nak keluar rumah. Cari kunci kereta tak jumpa. Cari sampai tension. Sekali jumpa kunci dalam poket.
3) Nak ambik barang dalam bilik. Masuk bilik je, "Eh barang apa aku nak ambik tadi??".
4) Bangun pagi, "Eh aku kat mana?? Siapa aku??".

Ok yang last tu tipu. Tu bukan pelupa dah. Tu hilang ingatan. Mungkin masa tidur jatuh katil terhantuk kat mana-mana. Hehe. Yang 1 sampai 3 tu semua ada kat aku. Haha.

Kenapa boleh jadi pelupa ni??
Stress
Arghh! Banyaknya kerja! Sikitnya masa. Banyaknya nak kena bayar! Sikitnya duit! Stress buatkan otak memikirkan banyak benda. Stress jugak boleh sebabkan hilang fokus. Maka jadi lah lupa ni.

Tidur tak cukup
Pergi kelas/kerja, balik dah lewat. Sambung pulak online ataupun lepak-lepak dengan member. Masa tidur tak cukup dan menyebabkan keletihan. Keletihan akan mengganggu maklumat yang disimpan dalam otak. 

Pemakanan
Apa yang diisi dalam perut pun mempengaruhi daya ingatan. Protein baik untuk pembentukan sel-sel otak. Junk food dan minuman bergula sebaik-baiknya dikurangkan.

Kesimpulannya, take care of your self okay! Jangan jadi nyanyuk sebelum waktunya. Hehe.

Sekian saja untuk kali ni. Adios.

ps: type entri ni sambil tengok bola. time break aku type. malaysia menang woiii!! tak sia sia aku menjerit macam orang gila!!

Saturday, November 19, 2011

Perfectionism

Untuk post #2 Wordless Wednesday, Akue Achik got the exact words. Forbidden love. Tahniah! 10 markah untuk anda!! Hehe.

Ok selesai iklan. 

Back to the topic. Perfectionism.


Perfectionist is defined as a person who is displeased by anything that does not meet very high standards.


Orang yang perfectionist boleh dikatakan cerewet, teliti, banyak berfikir dan ada high expectations terhadap diri sendiri.

Aku sendiri ni pun perfectionist jugak in some ways. Dari segi pencapaian, aku suka target tinggi-tinggi. Aim for the moon, even if you miss it, you'll land among the stars. Tapi masalah akan jadi bila aku tak sampai target aku. Frust laa. Ambik masa untuk nak bangkit kembali. Kenapa ayat aku skema semacam ni? 

Bila update blog pun, aku akan preview few times before publish. Tak ada salah eja. Alignment kena pakai justify. Kalau tak justify rasa semak otak. Kadang dah publish pun aku akan edit balik bila tengok ada yang tak kena. Spacing ke. Colour ke. Buat assignments pun sama. Formatting mesti kena kemas sekemas kemasnya.

Tapi setakat tu je lah rasanya. Yang lain aku ok. Tak lah kena perfect in every way. 

So, adakah perfectionism ni good or bad?

Kebaikan?
1) Higher standard. Aim tinggi-tinggi tak salah whattt. Perfectionist exceed expectations orang sebab expectations dia lagi tinggi.

2) Teliti. Disebabkan ketelitian tu, kerja seorang perfectionist and someone who's not a perfectionist boleh nampak bezanya.

3) Less mistakes. Kerja seorang perfectionist kurang flaws sebab dia dah fikirkan semua aspek.


Keburukan?
1) Stress. Disebabkan semua kerja nak kena perfect, perfectionist ni akan berhadapan dengan stress yang lagi banyak dari orang lain.

2) Kecewa. Kalau tak meet expectations, a perfectionist akan feel down down down macam lagu Jay Sean.

3) Banyak kerja. Bila semua serba serbi nak perfect, kerja jadi lagi banyak, masa yang diperlukan pun lagi banyak. Bila nak berFB!!

Whatever it is, no matter how perfect we try to be, we are still imperfect. Don't be too perfect. Learn, laugh and live. =)

ps: hari ni nak pergi rumah kakak aku kat nilai. esok nak balik penang. adios damansara!


Wednesday, November 16, 2011

#2 Wordless Wednesday

Tuesday, November 15, 2011

Life is a mixture of colours





Life is filled with colours
Sometimes it is bright, sometimes it is dark

Sometimes you smile, sometimes you cry
Sometimes you hope, sometimes you lose hope
Sometimes you are sure, sometimes you wonder
Sometimes you give and receive, sometimes you give without receiving back
Sometimes there are twinkles in your eyes, sometimes you just stare blankly
Sometimes you fly high, sometimes you forget how to flap your wings and fall
Sometimes you have so much to feel, sometimes you don't feel anything at all



We choose the shades of colours that we see. What kind of colours are you seeing right now? 


ps: mine is dark

Monday, November 14, 2011

aku pernah muda



tajuk entri ni memang gempak kan? aku tau. haha. kali ni tak nak cakap banyak. just nak share gambar tuan blog suatu ketika dulu. baru scan tadi. 


sorry entri macam cekodok. hehe.

Jangan tanya kenapa telinga aku nampak cacat. Haha.

Sekolah tadika
Nampak ganas tak??

Ni sepupu-sepupu kat kelantan

Kat airport penang

Rambut kerinting
Sopan berbaju kurung


ps: nampak sangat aku malas nak update. haha. mood blog, di mana kau?? aku seru kau kembali!!

Friday, November 11, 2011

Kalau hidup ada remote..





Dilukis sendiri lalu discan ok! Rajin kan??


Once upon a time, di semester 4 BBA Finance (2008), ramai yang rasa teramat  bosan dalam kelas. Topik yang diajar dah habis dalam masa kurang 2 jam. Tapi lecturer tu tak pernah nak bagi balik awal. Lecturer tu suka bercerita. Maka sampai masa dah habis pun dia tetap dengan cerita dia dan students pun terpaksa balik lambat. 

Masa dia sibuk bercerita, ada sorang pelajar yang kelihatan sangat tekun. Tekun melukis sesuatu. Lukis gambar kat atas tu ha! Aku la tu. Hehe. 

Motif gambar?? Lepas lukis, aku tekan-tekan kat fast forward sebab nak kelas habis cepat. Tak jadi. Aku tekan pulak kat icon speaker tu, konon nak mutekan suara dia. Dan of course lah tak jadi jugak kan. Arghh stress! Haha. Aku cakap kat kawan aku, "Wehhh!! Remote ni rosak!!". 

Bayangkan perasaan kawan aku bila ada kawan macam aku. Haha.


If life has a remote and you have only one chance to use it, which button would you choose? Rewind or forward? 

Would you press rewind so that you can go back to the happiest moment in your life? 

Or would you press forward in order to see what kind of future you'll be in?

Wednesday, November 9, 2011

Cinta tiga segi: Aku, dia dan ...


"Saya sayang awak. Awak tau tak? Awak faham tak? Saya selalu ada untuk awak bila awak perlukan saya. Tapi..awak? Awak menduakan saya. Saya terpaksa berkongsi kasih. Saya hanya kekasih separuh masa macam lagu The Lima tu. Apa salah saya, awak??"

Tu lah dilema yang dialami perempuan bila terpaksa berkongsi kasih. Dan pihak ketiga tu adalah bola sepak. Bukan lelaki tu ada perempuan lain pun. 



Perempuan kan berhati lembut. Bila dah sayang, dia nakkan perhatian dari lelaki yang disayanginya. Jadi bila diabaikan, dia rasa sedih lah. "Sampai hati dia buat aku macam ni. Dia dah tak sayang kat aku ke?" 

Bila hujung minggu je tak free. Nak tengok bola. Bila call, tak angkat. Bila message, berkurun baru nak reply. 

Tu laa, dulu dia ajak tengok bola, bagi alasan, "Ish tak nak lah tengok bola. Bosan. Offside tu menatang hape pun I tak tau". Sekarang dia tak ajak, sentap pulak. Konon dia tak bagi perhatian dah.

Solution:
Apa kata join dia tengok bola. Learn about football. Tak kenal maka tak cinta kan. Sokong team yang dia sokong. Sama-sama celebrate bila goal. Or sokong lah team lain. Boleh gaduh gaduh pasal bola. Best kot! Haha. Bila team dia kalah and team kita menang, boleh berlagak. Bila team kita kalah, jawab laa, "Biasa la tu kalah menang adat pertandingan. Lagipun dah takdir". Haha.

Jadi tak timbul dah masalah cinta tiga segi sebab kedua-dua madu dah boleh berdamai. Hehe.

Sekian saja untuk kali ni. Adios!

ps: mesti pakai baju merah bila hari yang ada game man u

Sunday, November 6, 2011

It will rain



It will rain by Bruno Mars. 
A song that touches my heart. Ewahhh. Lagu sempena musim hujan. 
Faham tak lirik lagu-lagu dia semua memang sangat sangat best??

First 5 lines

If you ever leave me baby
Leave some morphine at my door
Cause it would take a whole lot of medication
To realize what we used to have
We don’t have it anymore


Chorus

Cause there’ll be no sunlight
If I lose you, baby
There’ll be no clear skies
If I lose you, baby
Just like the clouds
My eyes will do the same if you walk away
Everyday it will rain, rain, rain...



Aku just share the first 5 lines and part chorus punya lyrics. Nak tau full lyrics lagu ni, sila lah google. Hehe. Cuma ada 1 line yang kureng sikit. Sebab tu aku tak letak full lyrics.




Below is a short love letter for Bruno Mars.
I hope you read this. Haha. 


Hey Bruno Mars! I think I wanna marry you! Cause you're amazing just the way you are. I want you to know that I'd catch a grenade for you. It's true! Believe me! You can count on me. Because of you, I keep listening to The Lazy Song. It makes me wanna lay in my bed while talking to the moon, tryin to get to you. But it's quite dark right now. I might need lighters.

ps: kalau betul laa bruno mars baca surat cinta aku ni.. haha..

Thursday, November 3, 2011

Cara unik cari jodoh



Hujan atau ribut kita tetap bersama. Ewahhh!


Jodoh...jodoh di mana awak? Awak sihat tak hari ni? Ke awak tengah selsema macam saya jugak? Saya risau tau. Take care ok? Nanti sampai masa saya ditakdirkan jumpa awak, saya akan jaga awak. Tapi buat masa sekarang, awak kena jaga diri awak. 

Okay stopp!

Apa motif aku type ayat kat atas tu aku pun tak tau. Haha. 

Berbalik kepada topik asal.

*resah gelisah*
"Kenapa tak jumpa-jumpa lagi jodoh aku ni?"
"Mungkin cara aku mencari terlalu common?"
"Mungkin aku perlukan kelainan dalam misi nak mencari jodoh?"  

Maka muncul lah dua idea.

Hoi takda orang ke nak baca surat aku?

Message in a bottle
Surat cinta diletak dalam botol. Lepas tu aku pergi lah letak kat pantai. Biar botol tu dibawak ombak laut. Sapa jumpa botol tu, aku anggap dia lah jodoh yang aku cari. Hmm..mustahil ke? Ahh impossible is nothing kot!  Lagi pun kalau betul aku jumpa jodoh dengan cara macam ni, mesti best masa cerita kat anak-anak nanti. 

SMS/Call random number 
Aku buat-buat tersalah message. Kalau dia respond, aku cakap lah sorry. Lepas tu aku cakap lah nak berkenalan dengan dia. Tak pun aku call je mana-mana number. Sekali angkat suara lunak merdu. Fuhh. Dari telinga turun ke hati tu. Lepas tu pandai-pandai lah aku cari jalan nak ayat.

_________________________________________________________________

Ok dari dua cara kat atas ni, memang sangat lah tak berkesan. Pehlizz! Haha. Motif sebenar entri ni bukan lah cara nak cari jodoh. Tapi apa yang perlu kita sedar tentang jodoh. 

1) Jodoh memerlukan usaha. Usaha yang dimaksudkan adalah dengan memperbaiki diri sendiri. Sebab kahwin itu tanggungjawab. Kahwin bukan sekadar I love you, you love me. 

2) Kadang-kadang, manusia bersusah payah mengejar seseorang yang dianggap jodoh. Tapi sebenarnya, jodohnya ada di depan mata. Dan dia tak nampak. 

3) Jodoh bukan terletak pada usia. Kalau dah umur sekian, sekian, kena kahwin. Kadang-kadang diri belum sedia, tapi disebabkan faktor umur, kahwin jugak. 

4) Jodoh datang tanpa diduga. Bila dicari-cari, tak jumpa pun. Tapi bila tak dicari, dia datang. Gedebuk! Tengah jalan bawah pokok rambutan tiba-tiba jodoh jatuh dari pokok. Mungkin? Apa punya contoh daa.

5) Kalau dah jodoh, takkan ke mana. Bersabar dan berdoa.

Weehu! Dah jumpa jodoh! Haha

Ohh by the way, cara cari jodoh melalui random numbers tu makin advanced. Buat video call. "Tunjuk lah muka awak". 2 minggu lepas aku kena. Haha.

ps: esok pagi ada interview. wish me luck! tak prepare lagi nih. petang tu nak pergi kl pulak. kota damansara wait for me! packing pun belum lagi. oops!

Tuesday, November 1, 2011

Welcome to my life!

Aku ditag oleh Blog Nana


Here are the rules:
1. You must post these rules.
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post and also create 11 new questions to people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and LINK them to your post.
5. Go to their post and tell them that they have been tagged.
6. No tag back.
7. No stuff in the tagging section about "You're tagged if you're reading this". You legitimately (a.k.a trusted with honesty) have to tag 11 people.

Ok aku malas nak elaborate panjang-panjang. Straight to the point.


11 things about me:
1. Tarikh lahir: 23 Jan 1989 - 890123.

2. Tak masuk darjah 4. Langkau terus ke darjah 5. Dapat skip homework setahun tu. Haha. Macam tau-tau je aku pemalas buat kerja sekolah, bagi aku langkau kelas.

3. Suka kira-kira. Bila pergi shopping masa sale, kawan aku selalu suruh aku tolong kira harga baju lepas diskaun. 

4. Nama blog ni asalnya adalah Musicfreak's Journey. Lepas tu konon-konon nak lebih mature tukar jadi A CANVAS OF MINE.

5. Seorang ahli pancaragam yang aktif di sekolah and di UiTM Arau masa diploma. Boleh main trumpet, alto horn, french horn.

6. Suka menyakat orang. Orang study, aku kacau. Orang tinggal laptop pergi toilet, aku update status dia. Lepas tu buat muka innocent. Orang naik kereta dengan aku, aku lepas stereng sampai diorang menjerit. 

7. Suka gelak. Suka buat orang gelak.

8. Playful. Tak suka serius-serius sangat. Tak reti nak study dari awal. Dekat test, dekat exam baru tergedik-gedik. Tapi bila study last minute tu, aku lah orang yang paling gigih. Haha. Buruk perangai.

9. Masakan mama yang paling aku suka: Sup sayur bayam dengan ikan belah belakang.

10. Kat dagu aku ada kesan jahitan sebab jatuh kena bucu longkang masa kecik. Padan muka. Tak reti duduk diam.

11. Masa sekolah rendah aku pernah menangis sebab dapat 9/10 untuk spelling test. Together aku eja togather. Cikgu kena pujuk aku. Over kan? Haha.
_________________________________________________________________

Soalan yang perlu aku jawab:
1. Follow Blog Nana tak?
    Belum lagi. Baru singgah sekali. Hehe.

2. Dari mana jumpa Blog Nana ni?
    Dari FB.

3. Tinggal mana?
    Penang.

4. Suka shopping macam saya tak?
   Kalau banyak duit suka lah shopping. Kalau tak, jimat cermat.

5. Pernah pergi oversea?
    Dah duduk penang memang kira oversea lah. Hehe.

6. Teringin tak nak main salji?
    Tak la teringin sangat. Main hujan je lah. 

7. You're more of a mix & match ke, or main sambar punya type?
    Mix and match. Tapi kalau just nak keluar kejap main sambar je. 

8. What do you notice first on the opposite sex?
    Style dia.

9. Saya tak suka kpop. Awak suka?
    Suka popcorn je.  

10. Selalu datang Sunway Pyramid?
     Taun lepas last pergi sana. KFC kat situ tak sedap!

11. Nanti awak bagitahu saya tak awak dah jawab soalan ni?
     Lepas publish ni saya bagitau. =)


Soalan untuk yang ditag:
1. Pendapat tentang blog ni?
2. Describe diri korang dengan 3 perkataan.
3. Name 5 things you can't live without. 
4. Anak ke berapa dari berapa beradik?
5. Favourite movie?
6. Top 3 songs in your playlist.
7. Tengah pakai baju warna apa tu?
8. Cara hilangkan stress?
9. Iphone or blackberry?
10. Ringtone handphone sekarang?
11. Last thing you do before you sleep?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...