Sunday, October 30, 2011

Pentingnya budi bahasa


"Hoi! Hormat la orang sikit!" 

Agak-agak kalau ada orang cakap macam ni kat korang, korang nak hormat tak? Ke nak lempang? Nak suruh orang hormat dia tapi dia tak hormat orang. Before asking others to respect you, please make sure that you deserve it.
 
Mind your Ps and Qs

Mulakan positive approach terhadap orang dengan senyuman. Bagi salam. Kemudian cakap dengan bahasa yang sopan. 

Excuse me, please, thank you
Tumpang tanya, boleh tolong, terima kasih

Alahai sejuk hati kalau orang berbudi bahasa macam tu. 

Tapi kadang-kadang, kita berbudi bahasa, orang tu pulak jawab dengan ke-kurang-ajar-an yang terserlah. Muka pun masam mencuka. Macam nak gaduh pun ada. Seriously, tolong lah. Maniskan sikit muka tu. If tengah marah or bad mood sekalipun, sanggup tak senyum kat orang yang senyum and cakap baik-baik dengan kita?


Jangan terlebih polite sudah 


However, budi bahasa bukan sekadar senyuman dan Ps and Qs. 


Content dan cara penyampaian tu penting. Apa yang dicakap kena la tapis. Maksudnya bercakap perlu berlapik. Jangan cakap lepas. Kalau orang yang dah biasa mungkin tak kisah. Tapi lain orang lain penerimaannya. Cara bercakap dengan strangers, cara bercakap dengan orang yang lebih tua dan cara bercakap dengan kawan-kawan, berbeza.


Moral of the story is: Be careful of what you say and how you say what you say. saja buat ayat macam tongue twister


Sekian saja untuk kali ni. Adios!

ps: kereta masuk lane orang tanpa bagi indicator ibarat masuk rumah orang tanpa bagi salam

Thursday, October 27, 2011

Hutang here, hutang there, hutang everywhere!




Duit bukan segala-galanya tapi segala-galanya memerlukan duit. Dan kerana perlukan duit, hutang jadi keliling pinggang. 


Habis-habis study dah ada hutang dah. Hutang PTPTN (unless anda adalah anak orang kaya or dapat scholarship). Diploma saja dah RM 15 000. Degree pulak 13 000. Rugi lah pointer degree tak sampai 1st class. *hantuk kepala ke dinding* Terpaksa lah bayar. RM 28 000 plus.

Habis study, start kerja. Dah kerja, rasa payah pulak bila tak ada transport. Memang la ada public transportation tapi takkan la forever nak depend only on public transport ye dak. Jadi kebanyakan yang baru mula kerja, after few months akan beli kereta. Sila tambah hutang kereta dalam list. *vrooom*

Lepas 2 3 tahun kerja, awek mula tanya, "Bila you nak masuk meminang I ni? Mak I tanya. Kalau tak, dia nak jodohkan I dengan anak penghulu kat kampung I". Adeh laa. Lagi satu masalah. Nak kahwin cepat, tak cukup lagi duit. Nanti lambat, melepas pulak. Jadi, ambik lah lagi loan untuk nak kahwin. *paluan kompang kedengaran*

Dah kahwin, bini kuat shopping. "Abang, nak ni! Abang, nak tu!". "OMG!! Cantiknya rantai ni abang!!". Duit gaji pun cukup-cukup je sebab nak bayar hutang study, kereta, kahwin. Sebab sayang bini punya pasal (baru kahwin lah katakan), pakai lah credit card pulak. *swipe, swipe, swipe* 

Fast forward --> setahun kemudian. Bini dengan perut boyot bertanya lagi, "Abang, sampai bila kita nak duduk dengan parents abang ni?? Jom la cari rumah sendiri. Selesa sikit. Anak kita dah la kembar". Si suami garu kepala sampai kepeningan. Akhirnya lepas beberapa ketika mencari, maka jumpa lah rumah idaman. *sign agreement*

Di suatu petang yang damai, sang suami kelihatan kusut memikirkan sesuatu di halaman rumah. "Abang, kenapa ni?? Macam stress jer". Sang suami mengeluh dan menjawab, "Duit tak cukup lah. Gaji abang tambah gaji sayang pun tak cukup nak bayar hutang. Hutang kahwin kita yang 5 tahun lepas pun tak habis bayar lagi". *guruh berdentum* 

Si isteri baru balik hantar anak pergi birthday party. "Abang! Ohhh abang! Eh eh mana laki aku ni??". *kedengaran jeritan isteri* Rupa-rupanya sang suami gantung diri. Si isteri pun meraung mengenang nasib diri. Akhirnya dia pun gila. Sekejap gelak sambil kira daun, sekejap nangis. Kesian anak-anak hilang ayah, hilang ibu.

Ok. Itu adalah worst case scenario. Imagination aku terlebih pulak. Haha.

Moral of the story, berhutang jangan terover. Nak beli kereta, nak beli rumah, nak shopping, biar lah sesuai dengan kemampuan. Simpan duit supaya tak lah semua benda nak kena berhutang. 


Plan your finances well!

Sekian saja dari saya yang baru bergelar graduan Finance. Hehe. Adios!

ps: semalam dapat surat dari Bank Islam. offer credit card. perghh. aku konvo je terus dapat surat tu! kerja pun tak lagi ni.

Tuesday, October 25, 2011

First cut is the deepest



Fuhh berpeluh-peluh buang sawang kat blog ni. Dah berhari-hari tak update. Lepas update post sebelum ni terus offline. Semalam baru online balik lepas balik dari konvo. Penat! 

Aku rasa happy dan sedih masa konvo. Tapi mostly rasa sedih. Macam nak nangis pun ada. Pernah tak rasa macam tu? Sedih and nak nangis di tengah orang ramai tapi terpaksa kuatkan diri tahan diri dari meraung. Huhu. Masalah betul aku ni.  


Sedih ni ada kena mengena dengan tajuk. Susah untuk aku rapat dengan lelaki. Boleh kira dengan jari sebelah tangan. Mungkin sebab dulu sekolah perempuan and aku agak pemalu. Kenal lebih kurang tu banyak lah. I consider myself seorang yang susah nak jatuh cinta. But this time? Adeh la. 

You know those fairytale endings where they live happily ever after? Mungkin dia bukan lah watak dalam fairytale aku. We laugh, we share. He left, I'm hurt. Macam tu lah ceritanya. He's still in my life, but it hurts. And even though it hurts, I can't seem to let go. 

Buat lah apa pun. Sakitkan hati aku. Tapi aku tak boleh benci dia. Mungkin aku menyepi seketika. Lepas tu aku ada balik. I try to run but I don't wanna ever leave. Cinta ni buat orang jadi bodoh. Dan aku lah yang bodoh tu. Haih. Aku ingatkan aku dah boleh get over dia. Tapi aku fail. Kalau dia adalah exam paper, aku lah repeater setia. Haha.



Aku tetap doakan yang terbaik untuk dia. Walaupun aku menangis sambil mendoakan dia. Dan aku berdoa aku jumpa orang yang boleh buat aku lupa kat dia, yang jauh lebih baik. Insyaallah. 

First cut is the deepest.


ps: sorry entri agak emo. jiwa kacau. one more thing, to saiazuan, sorry baru baca komen pasal nak jumpa kat uitm arau tu. hopefully we could meet someday. =)

Thursday, October 20, 2011

A trip down memory lane



Entri kali ni berbentuk personal. Sebenarnya aku tengah dalam mood konvo ni. Ahad ni konvo kat UiTM Arau. Esok nak pergi sana dah. Nak ambik jubah konvo. Selamat tinggal untuk 3 hari. Hehe.

5 tahun kenangan kat Arau.  3 tahun diploma, 2 tahun degree.


No. 14 Lorong 22, Taman Sri Wang 2, 02600 Arau, Perlis. Ni la rumah sewa aku masa degree. Setahun setengah kenangan kat sini. Rindu. Bila housemates aku masuk toilet, aku tutup lampu. Bila housemates aku mandi, aku curi towel. Haha. Best kot kacau orang!

Kat sini jugak kenangan kena sergah dengan pak imam. Masa tu malam. Kami celebrate birthday kat taman permainan depan rumah. Baling tepung and telur. Maka riuh rendah lah suasana. Tiba-tiba pak imam tu jerit dari surau dekat situ. Masa tu dah pukul 9.30 lebih dah pun. Semua kelam kabut lari. Haha.

Sekarang aku masih mencari kerja. Dah habis dah masa enjoy dengan kawan-kawan. Takda dah kenangan ponteng kelas. Takda dah kenangan lambai-lambai kat Encik Azman Daim (lecturer favourite aku) tiap-tiap kali nampak dia.  Kalau aku tengah dalam kelas and dia lalu kat luar pun aku lambai. Haha.

Rindunyaaa! Haihh. *Termengeluh* 

ps: esok nak mengimbau balik kenangan-kenangan tu. pasar malam wait for me!!

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday (1st time nih!)

Monday, October 17, 2011

Budak 2 tahun kena langgar dengan truck di China

nampak macam van tapi video ni refer kenderaan tu as truck, jadi aku ikut je la.

Tadi petang ada kawan aku share video ni kat FB. Lepas tu kat Buletin Utama pun ada jugak. Seriously?? Ada manusia macam ni?? Eh manusia ke?? Trauma aku tengok. Ngeri!


Truck tu langgar dia. Bayangkan. Budak kecik kot. Dah langgar lepas tayar depan, truck tu berhenti sekejap lepas tu dia jalan jugak tanpa pedulikan budak tu kat bawah truck. Kena lenyek budak tu. Then lepas tu, orang yang lalu lalang boleh pulak buat tak tau. Sakitnya hati tengok. Tak rasa apa-apa ke. Tak ada perasaan?? 

Siap lepas tu ada lori pulak lalu and lori tu pulak lenyek bahagian kaki budak tu. And lepas berapa lama baru ada sorang cleaner ni angkat budak tu ke tepi. Boleh nampak budak tu bergerak-gerak lagi. Lembik badan dia. Macam mana la kesakitan yang budak tu rasa. Tak dapat nak bayangkan.

Lepas tu baru nampak mak budak tu pergi and dukung anak dia. Kesian tengok mak dia meraung-raung kat hospital.

Pengajaran dari apa yang jadi ni, jaga anak elok-elok dan jangan lah jadi manusia yang kejam buat tak nampak bila benda macam tu dah berlaku depan mata. 

ps: kalau kat negara kita, mesti dah ramai orang berkerumun nak tolong

Sunday, October 16, 2011

Teori Tentang Nasi Kandar Penang




Nasi kandar Line Clear
Bila sebut nasi kandar, automatically Penang akan menjelma di minda anda. Well not just nasi kandar actually. Sebabnya Penang kan food heaven. Nak makan sedap-sedap memang Penang lah tempatnya. But today aku nak cakap pasal nasi kandar. 

Asalnya nama nasi kandar ni adalah kerana nasi dan lauk-pauknya dikandar oleh mamak untuk dijual. Tapi sekarang mamak pun dah kaya raya so diorang bukak kedai lah. Hehe. 

Teori nasi kandar Penang
Aku ada dengar satu teori kenapa nasi kandar Penang jadi tak sedap bila bukak cawangan di luar Penang. Sebabnya adalah air. Bekalan air di Penang mempengaruhi rasa nasi kandar tu. So bila kat tempat lain, rasa dia tak sama. Teori ni datangnya dari mamak nasi kandar sendiri tapi dia bukan bagitau kat aku directly la. Dia bagitau orang lain. 


Antara kedai nasik kandar yang famous kat Penang ni:
Line Clear
Tiba-tiba tidur malam mimpi nasi kandar. Terjaga terus mengidam. Tengok jam pukul 3 pagi. No problem. Bukak 24 hours. Hehe. Apa-apa pun, try not to go on weekends or public holidays. Seksa nak beratur! Ada lagi satu cawangan bukak kat Bayan Lepas. Tapi masa aku lalu tu tak ramai orang pun. 

Nasi Kandar beratur
Dekat Masjid Kapitan Keling. Yang ni after 10p.m. baru mula. Actually siang pun ada tapi someone told me orang yang jual tak sama. Yang ni lagi lah teramat sempoi nak beratur. Panjang gila. Demimu nasi kandar, ku rela buang masa! Haha.

Nasi Kandar Deen
Terletak di Jelutong. Dekat rumah aku oii. Tapi bagi aku biasa ja nasi kandar ni. Aku pun tak faham kenapa famous sangat. Malam-malam mesti ramai manusia yang beratur. Nak parking pun satu hal jugak kat situ.

Banyak lagi laa.. Tak larat nak explain satu-satu! Haha
- Nasi kandar Shariff
- Nasi kandar Kampung Melayu
- Nasi kandar Cargas
- Banyak lagi laa

ps: rasa lapar tak? hehe

Thursday, October 13, 2011

Ctrl C dan Ctrl V




Ctrl, C dan V. Ini lah dia 3 button di keyboard yang membuat hidup kita lebih mudah. Menjimatkan masa. 

Copy paste
Bila lecturer bagi assignment yang susah. Fikir punya fikir sampai seminggu tak dapat-dapat jugak idea. Ataupun sedar-sedar due date assignment esok. "Adehh macam mana ni!!". Last-last copy paste lah. Bukak google, search topik yang berkenaan, tekan Ctrl C, bukak word, Ctrl V, adjust ayat sikit-sikit. Ok siap! Kalau lecturer tau, kita pulak siap!! Haha. 

Sapa tak pernah buat?? Kalau tak pernah, anda skema! Haha. 

Tapi ada keadaan yang buat kita tak suka copy dan paste ni:
1) Bila kantoi dengan lecturer sebab sama dengan assignment kawan. Nampak sangat dua-dua copy paste. Ambik dari website yang sama. Kan dah kena! tak pernah kena.

2) Bila kita sangat rajin dan bersengkang mata buat assignment dengan usaha sendiri, tiba-tiba lepas hantar lecturer panggil dan bagi warning kata kita tiru assignment kawan. Padahal kawan tu yang curi pendrive kita masa kita tidur. Lepas tu dia print and hantar dulu. Hoi tu bukan kawan namanya! tak pernah kena jugak. kalau kena mungkin orang tu akan kena flying kick.

3) Bila kita pergi bertapa kat gua untuk dapat idea nak update blog dan susah payah menyusun ayat, lepas tu terjumpa entri kita kat page orang lain masa blogwalking. Siap mengaku tu entri dia. tak pernah kena. blog aku tak boleh highlight. hehe.

Kesimpulannya, berpada-pada lah nak copy paste pun. Jangan tak ubah apa-apa langsung pulak. Sekali dengan link biru bergaris paste dalam assignment. Haha. Ada jugak orang tak peduli sampai macam tu. 

- Paraphrase. Ambik point penting dan buat ayat sendiri. 

- Guna thesaurus kat word tukar perkataan yang sama meaning. Dapat jugak belajar perkataan baru.

Sekian saja untuk kali ni. Adios!

ps: takda apa yang nak di-ps-kan. haha.

Tuesday, October 11, 2011

Bahaya air gas

Kenapa sekarang ada macam-macam jenis penyakit? 
Kenapa orang dulu-dulu hidup lagi lama? 
Kenapa jangka hayat orang sekarang lebih singkat? 

Ya. Memang lah ajal dan maut di tangan Tuhan. Tapi kadang-kadang memang kita menempah maut sebelum waktunya. Salah satunya adalah melalui cara pemakanan. Apa yang masuk ke dalam perut kita. Dulu mana ada fast food. Dulu mana ada air gas.


Kali ni aku nak cakap pasal silent killer yang tak disedari ramai orang iaitu air gas. Ataupun mungkin korang sedar tapi minum jugak? 


Pergi fast food restaurant mesti ada air gas. Memang lah ada air lain tapi selalunya yang value set mesti ada air gas. Kalau nak yang lain tambah duit ler. Bukan takat fast food restaurant, kedai makan biasa, kedai runcit semua ada. Coca Cola, Kickapoo, Pepsi and segala mak nenek ada.


Bahaya air gas:
1) Satu tin air gas ada kandungan gula sebanyak 18 sudu teh. Mak aih. Cuba try buat teh o ke milo ke letak gula banyak tu. Yucks!


2) Air gas ni berasid. Boleh menghakis kekuatan tulang dan menyebabkan osteoporosis. Dan sebab asid ni jugak, air gas boleh digunakan untuk mencuci tandas. Tuang dalam toilet bowl dan flush lepas sejam. Done!


3) Masalah kesihatan mental. Boleh menyebabkan dizziness, tak boleh tidur, stress, sedih. Kejap sedih kejap gelak. Ok ayat last tu tipu. Hehe.


4) Risiko sakit jantung. Risiko kerosakan hati sama macam apa yang dihidapi oleh chronic alcoholics.


5) Berat badan berlebihan dan obesiti. Minum satu tin sehari boleh menaikkan berat badan sebanyak 1 pound sebulan. Tu kalau minum satu tin. Kalau lebih?


Banyak lagi sebenarnya. Tapi aku bagitau 5 je. Kesimpulannya elakkan minum air gas kalau nak hidup lama. Hehe. 


Sekian saja untuk kali ni. Adios!


ps: tak suka air gas. ais kosong lah best! hehe

Monday, October 10, 2011

Nak tau jangka hayat anda?


Tengah type entri lain yang ada sebut pasal jangka hayat tadi. Tiba-tiba teringat nak search purata jangka hayat rakyat Malaysia. Lepas tu keluar la page Jabatan Perangkaan Malaysia. Siap boleh predict jangka hidup kita based on age, ethnicity and gender.  

Lepas tu aku post lah dekat FB. Dapat sambutan hangat pulak. Haha. So, aku decide nak letak kat blog pulak.

Jangka hayat aku
Page ni bukan la nak predict kematian kita but basically adalah sekadar purata jangka hayat. Mungkin kurang, mungkin lebih. Ajal maut di tangan Allah. Bukan di tangan Jabatan Perangkaan kan. Maybe boleh dianggap as a wake up call jugak. Bila tengok ni, secara tak langsung ingat tentang mati. Ingat nak tambah amal ibadah.

Dari apa yang aku sempat eksperimen tadi, berdasarkan umur yang sama, Chinese punya jangka hidup paling lama diikuti dengan Indian. Then baru Melayu. Dan dari segi gender pulak, jangka hayat perempuan lebih lama. Kenapa agaknya? Perempuan banyak membebel sampai husband dia tak tahan lalu mati? Haha. Ada kebarangkalian jugak.

Tekan sini kalau nak try.

Sekian saja untuk kali ni. Adios!

ps: post ni mendahului post yang aku niat nak publish tadi

Sunday, October 9, 2011

Music is a language understood by everyone


Orang cakap English is a universal language.

Definition of universal language
-A language understood by all or most of the world's population.


In this case, English is understood by most people. But music is understood by everyone. Regardless of the language of a particular song, people could somehow relate to it. Because music itself is a language.



K-pop lah. Hindustan lah. Ring ding dong lah. Kuch kuch hotak hang lah. Bukan paham pun. Entah apa dia mencarut tapi kita nyanyi jugak kan? Haha. Yang ni yang aku nak sampaikan. Music connects people. 

Kalau lagu yang boleh difaham lirik dia lagi lah kan. Feeling meeling tergolek terguling nyanyi. Cakap saja mood apa yang kita rasa. Mesti ada lagu yang sesuai.

Happy
Lebih baik cinta daripada benci
Lebih baik setia dari iri hati
Menyanyi dan menari sesuka hati 
Janji kita.......happy!!


Sentap
Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu

Cinta kronik
You drive me crazy!
I just can't sleep
I'm so excited 
I'm in too deep

Puas hati!
What goes around comes around
What goes up must come down
Now who's cryin', desirin'
To come back to me

Tak kuasa nak layan dah
Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskanlah teruskanlah
Kau begitu

Kecewa
Kau bina mahligai dari airmata
Yang jatuh berderai di wajah sepiku
Hancurnya hatiku bisa tak terkata
Terhumban rasa diriku



Banyak pulak terbagi contoh. Haha. Itu lah dia. There's always a song that could suit your mood.  


Kelebihan muzik:
Boleh hilangkan stress
Tension dengan assignments/exam/kerja. Pergi karok dengan kawan-kawan sampai nak terkeluar anak tekak. Hilang beban kat kepala. 

A way of expressing ourselves 
Not just singing tapi main musical instruments pun boleh express our feelings.

Sampaikan mesej
Melalui muzik, boleh sampaikan nasihat. Lebih santai. A soft approach of conveying a message.

Memudahkan untuk nak ingat
Lagu nasyid bulan-bulan Islam contohnya. Muharram Safar Rabiulawal dan seterusnya. Berapa ramai yang tau turutan bulan Islam kalau tak ada lagu macam ni?

Panjang lah pulak kan.

Sekian saja untuk kali ni. Adios!

ps: rindu nak main trumpet and french horn


Thursday, October 6, 2011

Diskriminasi rupa


Yuhuuu! Lama pulak rasa tak update blog. Jiwa kacau sikit. Hehe.  

Ahh biarkan tuan punya blog. Kembali ke topik asal. Diskriminasi rupa. Macam mana bentuk diskriminasi rupa ni? 


_________________________________________________________________


Situasi 1:
Si X dan si Y masuk lokap sebab pecah rumah.

Si X tak handsome dan muka ganas.
Si Y muka boleh tahan handsome dan nampak baik.

Dialog 1: "Memang dah agak dah si X tu perangai macam tu. Tengok muka pun dah tau. Macam penyangak!"

Dialog 2: "Eh eh takkan la si Y macam tu. Nampak baik je budaknya. Entah-entah si X tu saja nak perangkap si Y sama kot."

Dalam drama TV pun ada dialog macam ni. Stereotype thinking. Bila orang tu menepati definisi cantik/handsome/baik pada luaran, susah nak terima kalau orang tu sebenarnya buruk bebenor perangainya. Tapi kalau orang tu nampak jahat/ganas, susah untuk terima bila dia buat baik. 

Moral of the story: First impression tak semestinya tepat. 
_________________________________________________________________

Situasi 2:
Merpati dua sejoli, Cik M dan Encik N, tengah makan kat restoran.

Cik M tolak pinggan nasi ke tepi.

Encik N: Eh you ni nasik separuh pun tak habis?? Nasik kandar pulak tu. Cakap favourite. Dah la you yang excited ajak I makan kat sini. *mula rasa bengang dalam hati*

Cik M: Alaa. Ok laa tu. Kang makan banyak gemuk pulak.

Encik N: Biar betik you ni. Badan cekeding macam ni takut gemuk apanya. Underweight kot laa.

Cik M: You rabun ke apa? Gemuk laa. I nak kurus macam model. 

Bukak magazine, bukak TV, nampak model tak cukup zat. Kurus kering. Pengaruh besar terhadap perempuan especially budak-budak sekolah. What's being portrayed by the media menunjukkan hanya kurus itu cantik. Dan kurus yang ditunjukkan adalah kurus yang unhealthy. Even too thin is not thin enough. 

Moral of the story: Be beautiful on the inside and you'll look beautiful on the outside.
_________________________________________________________________

Sekian saja untuk kali ni. Adios!


ps: update entri dalam keadaan mata separuh tertutup. mengantuk sangat. hehe. eh lupa nak cakap the three musketeers best

Monday, October 3, 2011

Hey, you! Why so serious??


Yeah you! Why are you not smiling?

Kenapa manusia jadi makin serius bila umur makin meningkat? The increase in the amount of responsibilities perhaps. Dengan bertambahnya tanggungjawab, secara tak langsung amount of pressure pun meningkat. 

When we're kids, we pretend to be adults. Main masak-masak lah, polis dengan pencuri lah. But when we enter adulthood, how we wish we're kids again. Ironic isn't it?

Dulu masa belajar, parents tanggung. PTPN/JPA/whatsoever ada. Bila dah start kerja, kena tanggung sendiri. All the bills, duit nak bagi kat parents, hutang PTPTN (unless you got 1st class honours of course), sewa bilik/rumah (stay dengan parents jimat lah), transportation costs (public transport/car instalments+duit minyak bagai), makan and banyak lagi laa. Tu belum sentuh pasal kahwin lagi. 

This is when you start to lose who you really are. Sibuk dengan tanggungjawab. 


Don't lose who you are

Bukan masa dah kerja saja, even masa tengah belajar pun ada yang serius sangat. Concentrate gila-gila study. Yang dah kerja pulak, makin tinggi jawatan, makin serius anda jadi. Chill lah! Why so serious? Loosen up. Take a deep breath. Have fun! Be silly (jangan silly tak kena tempat sudah). 

Don't try to be too perfect. Don't overthink. Sometimes kita banyak sangat fikir. Why not once in a while kita buat something without planning. Spontaneity is what we need. Serius. Cuba come up with a spontaneous idea. Lepas tu, just go for it. Memang lagi fun dari something yang diplan.

Bila kita seronok, kita jadi more creative, more optimistic. Somehow ianya boleh merangsang minda kita untuk perform lebih baik dalam our studies/work. Tak lah rasa macam nak mati ja bila kena buat assignments/kerja. 

Pernah tak alami situasi ni --> Eh mamat tu asyik main-main jer, macam mana result dia gempak weh?? Tak nampak pun dia study. Perhaps that's the answer. He knows how to have fun. 

Grow up and still be young at heart

The conclusion here is, work hard, play harder. When you work hard and achieve something. Don't forget to reward yourself. 

Kerja-kerja jugak. But don't let pressure take its toll on you. After all, laughter is the best medicine whattt! Tak payah panadol nak hilangkan sakit kepala due to work loads. Not good for your health pun.  Here's the proof.

Laugh your way to success!


Sekian saja untuk kali ni. Adios!


ps: lama tak gelak guling-guling



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...