Friday, September 30, 2011

Lelaki comel bila..



Walaupun anda macho kacak bergaya mutu keunggulan, tapi tak bermakna anda tak boleh nampak comel. Nak tau apa yang menampakkan kecomelan anda??

Ada lesung pipit
Bila perempuan ada lesung pipit, comel. Bila lelaki ada lesung pipit, lagi lagi comel. Masa senyum nampak lesung pipit. Dah la senyum manis. Ada lesung pipit pulak lagi. Ada jugak yang masa cakap pun nampak lesung pipit dia. Suka tengok. Tapi tak la sampai jatuh cinta. Cinta kan buta. Hehe.


Pakai kain pelikat jalan ke masjid
Rasanya tak ramai lelaki yang selalu pakai kain pelikat. Bila pakai kain pelikat tu dah nampak comel. Apatah lagi kalau ke masjid berkain pelikat. Masa kat UiTM Arau dulu, bila azan Asar (masa ni tengah pergi kelas or balik kelas. sambil tu skodeng calon suami. haha), mesti ada lelaki jalan ke masjid. Yang pakai kain pelikat tu lagi lah susah nak jumpa. Bila tengok tu sejuk je mata memandang. 


Buat kerja dapur dan memasak
Bayangkan ada husband yang rajin tolong kat dapur. Potong bawang lepas tu mata berair. Haha. Comel kot. Bab memasak pulak, tak semestinya pandai memasak tapi dia make an effort untuk memasak sendiri. Lagi comel kalau dia masak untuk family. Balik kerja tengok-tengok ayah/husband/abang dah prepare makanan. Serius terharu. Makan sambila nangis terharu. Haha.


Tunjukkan kasih sayang melalui perbuatan
Bukan perbuatan tak senonoh comolot atas escalator kat shopping mall. Tu bukan kasih sayang. Tu nak pelempang. Maksud aku, melalui perbuatan, boleh nampak how much a man loves a woman(mother/wife/siblings). Boleh nampak how much a father loves his children. Walaupun busy study/kerja, tetap ada masa call makwe hari-hari. Walaupun penat lepas balik kerja, boleh luangkan masa ajar anak buat homework. Even the small things you do, counts, you know? 


Sekian saja untuk kali ni. Adios!


ps: kalau nak tambah, kalau tak setuju, kalau anda comel, sila lah komen. =)



Tuesday, September 27, 2011

Penakut dan hantu


Anda penakut? Cuba bayangkan anda dalam situasi macam kat atas. Sorang-sorang dalam gelap. Dengar pulak bunyi pelik-pelik. Apa nak buat? Tampar diri sendiri sampai pengsan may be a good idea. Ya lah. Dari nampak makhluk berbungkus melompat-lompat, baik pengsan kan? Hehe.

Kenapa manusia jadi penakut?
Dalam kes ni, penakut tak boleh disalahkan. Dia jadi penakut berpunca dari parents, makcik pakcik, atok nenek. Masa kecik-kecik, asal nak explore dalam rumah lebih sikit ja mesti ada ayat, "Haa, pergi laa sana. Ada hantu!". (Sila baca sambil ajuk suara parents/makcik pakcik/atok nenek). So tanpa kita tau menatang apa hantu tu, kita jadi takut bila selalu diulang-ulang.

Bila dah besar sikit, tengok tv ada cerita hantu. Masa tu baru lah tau hantu tu apa. Macam-macam jenis pulak tu. Pontianak, kuntilanak, pocong, mocong. Semua ada. Mula lah tutup muka dengan bantal. Tambah-tambah kalau tengok malam. Nak tidur pulak terbayang-bayang. Ada hantu bawah katil. Kalau tidur sebelah tingkap, terbayang tiba-tiba hantu tu jenguk kat tingkap. 

Yang ni sapa pun tak takut

Tapi jadi penakut ni ada kelebihan..
--> Seorang yang penakut boleh jadi penulis skrip cerita hantu yang baik. 

Sebabnya:
Orang yang penakut ni ada imaginasi yang tinggi. Selalunya, bila kita takut, imagination tu akan jadi lebih-lebih. Kiranya kalau cerita seram Melayu ni, agak predictable lah untuk orang yang penakut. 

Boleh agak hantu tu nak muncul kat mana.
Boleh agak kain tutup mayat tu nanti terselak lepas tu tiba-tiba mayat tu bukak mata. (Alaa macam dalam hantu bonceng yang kontroversi tuh) 

Serius, predictable lah. Even orang yang bukan penakut pun boleh teka kot.

Penakut boleh imagine lebih dari tu. 

Contoh: 
Cik A seorang penakut. Cik A suka online sampai lewat malam sambil tengok channel 711. Bila dia nak tidur, dia kena tutup suis lampu kat belakang peti sejuk (lampu ruang tamu tak bukak). Bila nak tutup tu, Cik A selalu tutup cepat-cepat sebab terbayang hantu tarik tangan dia dari arah satu lagi kat belakang peti sejuk tu. 

Nampak tak imaginasi seorang penakut??

*Cik A bukan aku*  

Dari contoh tak seberapa kat atas ni, kesimpulannya:
Kalau sesuatu situation tu menakutkan, seorang penakut boleh bayangkan keadaan yang 10 kali ganda lebih menakutkan.  

Jadi, khidmat seorang penakut sangat lah diperlukan untuk menyeramkan lagi cerita seram Malaysia yang tak berapa seram/kurang keseramannya. 

Sekian saja untuk kali ni. Adios!

ps: betul la cik A bukan aku!

Sunday, September 25, 2011

Manusia plastik



Manusia plastik ni orang yang suka berpura-pura. Sanggup jadi orang lain untuk nak dapatkan perhatian. Kalau orang suka dia pun, bukan sebab diri dia tapi sebab his/her fake personality. 

Eh tapi kenapa orang suka manusia plastik ni? Sebabnya kadang-kadang manusia plastik ni is a great actor/actress. Jadi, bila orang tengok, tak nampak macam fake. 

Bagi aku, manusia plastik ni cuma boleh mempengaruhi orang yang baru dia kenal ataupun orang yang tak terlalu rapat dengan dia. Kalau yang dah lama kenal, mesti boleh detect ke-plastik-an dia. 

Macam mana nak detect? Tengok perubahan sikap dia bila jumpa dengan different types of people. 



Cara detect manusia plastik

1) Bila ada group awek cun/mamat hensem duduk berdekatan
Tiba-tiba perangai dia lain. Nampak obvious dia cuba control hensem/cun. Cakap pulak lemah lembut (untuk perempuan lah. kalau lelaki macam tu lain jadinya). Ataupun suara tiba-tiba dikuatkan bila bercakap. Gelak pun kuat-kuat. Dari tak gedik jadi gedik. Nak tarik perhatian lah tu. Nak tunjuk dia tu fun and interesting kot. Aku pernah jumpa orang macam ni.

2) Bila ada orang berpengaruh
Antara contoh orang berpengaruh: Boss/lecturer. Bila ada orang berpengaruh ni, perangai dia jadi baik. Baik gila. Pijak semut pun tak mati. Semut pijak dia mungkin dia yang mati. Dalam erti kata lain, kaki bodek. Buat-buat rajin padahal malas. Konon-konon pekerja/pelajar contoh lah depan-depan boss/lecturer. Aku pernah jumpa orang macam ni.

3) Bila ke rumah bakal mak bapak mertua
Sebelum ni malas buat kerja rumah. Pergi rumah bakal mertua, rajin tolong di dapur. Sebelum ni pakai seksi. Pergi rumah mertua, pakai baju kurung. Kalau jenis yang macam ni bagus lah (tu pun kalau memang nak berubah lepas kahwin). Kalau lepas kahwin tu malas buat kerja rumah, pakai seksi takut mertua masuk hospital pulak sebab terkejut dan rasa tertipu. Aku tak pernah jumpa orang macam ni.  


Sebab-sebab manusia plastik jadi plastik
  • Likes to be the centre of attention. Kurang kasih sayang mungkin.
  • Pentingkan pandangan orang.
  • Not enough self-confidence. "I'd rather be fake rather than being myself"
  • Ada udang di sebalik batu. Pura-pura rajin sebab nak get promoted in his/her job or nak dapat carrymarks tinggi from lecturer.



Moral of the story: Be your own fabulous self. Be known for who you are, and not someone you aren't. Say no to plastic bags!

Sekian saja untuk kali ni. Adios!


Friday, September 23, 2011

Freestyle football


Freestyle football adalah sejenis seni mengekspresikan diri melalui bola sepak. Dengan menggunakan mana-mana anggota badan, football freestyler ni boleh buat macam-macam jenis trick. Memang sangat cool!

Freestyle football ni wujud sejak awal 1900 lagi. Lama bebenor! Tapi sejak early 21st century baru famous amos disebabkan iklan Nike yang mempromote freestyle football nih.

Freestyle football requires skill, control, flexibility and 100% focus. Nak ada skill ni pun mesti perlukan banyak kesabaran. A great football freestyler mesti banyak habiskan masa dengan practice, practice and practice.

Sebab tu lah kita ternganga sambil cakap fuiyo bila kita tengok freestyle football ni. Nampak macam senang ja tengok football freestyler ni control and balancekan bola tu. Tak jatuh langsung pulak tu. Tambah pulak dengan macam-macam gaya. Memang syiok!



Must watch!! Joga bonito.

Lagi super duper cool if a girl boleh buat football freestyle ni!

Teringin pulak rasa nak try. Practice dalam rumah. Habis pecah segala barang la jawabnya. Haha.


Sekian saja untuk kali ni. Adios!

Tuesday, September 20, 2011

Perempuan dan kasut tinggi : Part 2




brittani kline antm cylce16 promote kasut

Walaupun aku cakap aku dah kurang sikit pakai kasut tinggi kat Perempuan dan kasut tinggi : Part 1, dalam koleksi aku sekarang ada dalam 10 pasang kasut tinggi. Sebelum ni dah buang berapa pasang dah sebab dah lama and buruk. Tapi aku rasa 10 pasang tu tak lah banyak sangat kot. Sebabnya perempuan ni selalunya memang ada banyak kasut pun.  


Pernah tak korang tengok perempuan yang sentiasa pakai heels? Aku pernah. Gotong royong pun pakai heels. Lepas tu rembat selipar aku. Tu yang aku paling tak puas hati tu. Haha. Tau pun sakit kaki. Tapi nak pakai jugak kasut tinggi tak kena tempat.  


Bagi sesetengah orang, pakai kasut tinggi tu dah macam satu kemestian. Mai sini nak habaq sikit antara kesan buruk pakai kasut tinggi.


OMG! Kakikudahtaklawa!


Bikin cacat jari kaki lo
Terpengaruh dengan sinetron pulak. Bila pakai kasut tinggi dalam tempoh yang lama, kaki ke depan dan akan put pressure kat bahagian depan kaki especially jari. Tambah-tambah kalau bahagian depan kasut tu kecik. Maka terseksa lah kaki tu. Ini akan menyebabkan jari menjadi bengkok.




Memendekkan achilles tendon
Achilles tendon ni adalah penghubung otot betis tulang tumit. Bila pakai high heels, achilles tendon ni tak dapat strech dengan sepenuhnya. Lama-kelamaan achilles tendon ni makin memendek sampai lah satu tahap kasut rata tak lagi selesa untuk anda pakai. Kena pakai heels memanjang. Kes naya.




Adehh sakit belakang
Sepatutnya kaki kena selari dengan permukaan tanah. Tapi bila pakai heels, badan ke depan daripada biasa dan ini menyebabkan sakit belakang. Terpaksa sengsara menanggung sakit belakang gara-gara nak pakai high heels.




Kesimpulannya??

  • Jangan pakai high heels yang tinggi sangat. Lagi tinggi kasut tu, lagi terseksa jiwa dan raga.
  • Wear the right type of heels. Kalau dah rasa bahagian depan kaki tu besar, jangan lah beli heels yang kecik kat depan. 
  • Elakkan pakai dalam tempoh yang lama. Pakai sandal kan lagi selesa.
  • Beli kasut tinggi yang lembut. Kalau yang keras macam batu, tak payah tunggu lama pun kaki dah sakit.

Sayangi kaki anda! Hehe.

Sekian saja untuk kali ni. Adios!


PS: Tak reti drive pakai kasut tinggi. Tak boleh nak agak tekan klac/brake/minyak banyak mana. Rela kaki ayam.

Saturday, September 17, 2011

Tips study last minute



Selalunya berazam nak study dari awal. Tapi bila bukak buku, menguap. Bila bukak buku, terdengar suara sayup-sayup panggil. "Eh sapa panggil aku nih?" Tengok kiri. Tengok kanan. Tengok bawah meja. Rupanya suara buku lagi satu panggil. Itu lah dia muka buku. Hehe.

Eh eh post ni macam nak menggalakkan orang study last minute je kan. Haha. Just in case, sibuk sangat dengan "ASSIGNMENTS" sampai tak ada masa nak study. Sedar-sedar, "Alamak aku tak study lagi!! Macam mana ni!!".


Jadi sila lah jangan gelabah. Jangan lah panik. Tak perlu rasa nak demam. Tak perlu muka pucat lesi. Post ni ada untuk membantu anda. Hehe. Berkesan lah sangat.




Kamikaze style of studying
What you need:
-Pen
-Kertas
-Laptop
-Semangat waja
-Suara sederhana kuat
-Daya tumpuan yang tinggi
-Environment yang tenteram
-Nescafe 3-in-1 berpaket-paket
-Perasaan yang tak gelabah sangat
-Kebolehan memahami apa yang distudy/menghafal apa yang dibaca dalam masa yang singkat (tak boleh pun kena bagi boleh jugak jugak)


Ok. Dah lengkap semua dalam checklist.


Environment yang tenteram diperlukan. Sesetengah orang boleh study sambil dengar lagu. Bagi aku, payah lah nak fokus unless subject tu adalah subject calculation. Kena senyap sunyi baru boleh especially di tengah-tengah malam.


Tapi bila semangat waja datang, rasa mengantuk pulak menghalang. Jadi, bantuan encik nescafe 3-in-1 sangat lah dialu-alukan. Paket yang merah kalau campur dua sekali memang best rasa dia. Lagipun bagi aku 1 paket tu tak dapat nak hilangkan mengantuk. Dah minum nescafe, mata pun terus terbeliak. Baru lah ada daya tumpuan yang tinggi

Ok Dah boleh start study. Baca dan fahamkan. Bila faham senang nak menggoreng. Kalau tak boleh faham, baca dan hafal. Tapi proses gorengan mungkin akan jadi lebih susah. Kat sini lah memerlukan kebolehan untuk faham/hafal dalam masa yang singkat


Tengah study sorang-sorang tengah-tengah malam rasa seram pulak. Tengok roommates/housemates dah lena untuk sejam dua. Mula terbayang yang bukan-bukan. Tapi sebab diri sendiri gigih nak study, teruskan jugak. Jadi pasang lah surah yasin kat laptop ulang-ulang. Haha. Kantoi aku ni penakut.


Pen dengan kertas yang ada tu jangan dilupa. Tersangat lah penting. Masa ni ringkaskan apa yang dibaca tadi dan tulis. Tak kisah lah nak buat mind map ke nak buat point form. Jangan buat mind map air liur basi dah. Bila tulis, lagi senang nak ingat. 


Lepas tu, berbekalkan suara yang sederhana kuat, explain balik kat diri sendiri apa yang distudy tu. Memang memudahkan untuk nak ingat. Teruskan study macam ni dengan perasaan yang tak gelabah sangat. Ha study last minute lagi.






Apa-apa pun, dalam kelas kena fokus. Tapi kalau kelas bosan tak boleh jugak. Fahamkan. Lepas tu lupakan pun tak pa. Bila study balik senang sikit. Tak payah nak buang masa lama-lama nak fahamkan.


Haa macam tu je lah kot. Cara ni aku guna dari diploma sampai la habis degree. Hehe. Tapi tak lah semua tunggu last minute. Ada jugak yang konsisten dari awal.


Sekian saja untuk kali ni. Adios!


PS: Lepas exam jangan lupa qada tidur balik. Aku pernah tak tidur langsung. Jadi macam zombie pi exam.

Thursday, September 15, 2011

Life is like a playground



Hidup umpama roda. Adakalanya kita di atas dan adakalanya kita di bawah. Dah selalu sangat dengar. Bosan pulak rasanya. Let's see the world in another perspective. Hidup umpama taman permainan. Life is like a playground. Kenapa playground? Suka hati aku ja. Haha. =)


Life is like a slide
Nikmati setiap saat yang kita ada termasuklah masa kita jatuh. Each step we take is a new experience and the best experience is the experience of falling because with it, there's a great lesson to be learnt. So, when you trip and fall, keep on smiling. Positivity is the key. Cari kekuatan dalam kelemahan.




Life is like monkey bars
Berpegang pada apa yang kita percaya dan terus melangkah. Hold on. Even though there's something pulling you down and you're losing your grip. Jadi seorang yang kuat dan tak mudah untuk berputus asa. But if anyhow you still fall, take a deep breath, quickly get back up and continue on your journey. Percaya pada diri sendiri. You are the best, you know? =)




Life is like a swing
Tanpa usaha, kita takkan ke mana. In order to go higher, you have to push harder. And when you aim, aim high. Diri sendiri adalah penentu. Hidup bukan sekadar membuat pilihan yang tepat. Tapi ianya perlu disertakan dengan usaha. Kalau pilihan tu tak tepat tapi disertakan dengan usaha, masih boleh berjaya. Don't wait for miracle when you can create it. Ewah ewah ayat dia.




Life is like a see saw
Alaa macam belajar management dulu kan ada Maslow's hierarchy of needs. Macam lah semua orang belajar subjek tu. Antara needs tu adalah a sense of belonging. Kita saling memerlukan. Bila kita di atas, jangan lah nak bangga sangat sebab mesti ada orang lain di sebalik kejayaan kita tu. Jangan lupa diri. When that person walks away from our lives, masa tu lah kita jatuh tergolek.



Sekian saja untuk kali ni. Adios!


Have fun in the playground!

Tuesday, September 13, 2011

Mencintai seseorang bukan bererti memilikinya



Sedih kan tajuk ni? Baik letak tisu kat sebelah siap-siap especially kalau anda memang tengah frust. Hehe. Actually aku dapat idea nak buat pasal tajuk ni bila like page ni kat FB. Kenapa aku like page ni? Erk. No comment. =)



Manusia dan cinta. 
Ada yang senang jatuh cinta. Lepas satu, satu. Cinta ke tu? 
Ada pulak yang sangat susah nak jatuh cinta. 

Love comes naturally without you realizing it. Kita manusia biasa.  Memang lah boleh cakap, "Aku tak nak la bercinta sekarang. Banyak lagi yang aku nak achieve dalam hidup ni". Tapi hakikatnya? Cinta datang jugak. You can't avoid it. Tiba-tiba teringat-ingat. Kalau sehari tak contact rasa macam hidup tak lengkap. You're present but you're absent. Orangnya ada, tapi fikiran entah ke mana. 

But the problem here is cinta ni tak semestinya dua hala. Mungkin sorang jer yang feeling meeling. Dan cinta dua hala pun tak semestinya berterusan. Maka ada lah yang terjun bangunan. Ada jugak yang tak jadi kahwin. Yang dah kahwin pulak bercerai. Alasan: Dah tak sehaluan, orang ketiga keempat dan seterusnya. Bak kata The Script, "One's still in love but the other one's leaving. When a heart breaks no it don't breakeven" 

IF ONLY

Kalau boleh fast forward macam dalam gambar ni boleh la tau love story berakhir dengan happy ending or tak. And if ending yang ditengok tak seperti yang disangka, kang tekan rewind pulak tengok balik kenangan indah dulu-dulu. And where did it go wrong. Lepas tu, rewind lagi. Dan lagi. Dan lagi. Parah. Terbaring atas katil menangis tak nak bangun. Because it doesn't go the way you want it to. Klik sini.



So.. Cinta tak semestinya memiliki? Kalau betul-betul ikhlas sayangkan seseorang mesti boleh terima hakikat ni. I love you enough to let you go. The truth is memang payah nak lepaskan orang yang kita sayang. "Nobody can understand me the way you do baby." Eh geli pulak. Rasa macam takda orang yang boleh ganti tempat dia. Walaupun dia lukakan hati kita. Dia jugak yang kita sayang. Pernah rasa macam tu? Eh aku tak pernah.

Kalau betul-betul sayangkan seseorang, lepaskan dia. Biar dia buat pilihan dia. Walaupun sakit. Walaupun perit. Ouch! Doakan kebahagiaan dia. Hanya yang betul-betul ikhlas menyayangi yang tetap mendoakan kebahagiaan dia walaupun dengan orang lain. Walaupun dia tak nampak keikhlasan tu. Biar lah. Nak buat macam mana kan. Mungkin jodoh dia dengan orang lain. Dan mungkin jodoh kita dengan orang yang lebih baik. Yang menghargai kita.

Cinta itu memberi 
Cinta itu mendengar 
Cinta itu berkorban
Cinta itu tanggungjawab
Cinta itu mendoakan
dan cinta itu memaafkan


Dan kalau memang ditakdirkan memang jodoh dengan dia jugak. Lari jauh mana pun akan bertemu balik. Sebabnya tulang rusuk yang hilang pasti tak akan tertukar dan pasti akan kembali ke tempat asalnya. Berserah pada Dia. Dia tahu yang terbaik untuk kita. Dia tak pernah salah. 



"Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun kadang-kadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita, ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya." 

syahirul.com

Saturday, September 10, 2011

Bila tiada lagi semester baru


Ramai yang sibuk dengan semester baru. Diploma lah, degree lah, master lah. Eh penat lah. First time cuti panjang 4 bulan. Aku tak sempat lah rasa sebab dengan rasminya dah habis degree. Tak mau sambung master pulak tu. Konon-konon nak kerja. Kerja pun tak dapat-dapat. Kiranya cuti aku lagi panjang. Haha. Padan muka aku!

Tapi seriously, masa belajar ni la yang syiok. Bukan tempat tu yang syiok. Sebabnya aku study kat arau. Where got anything in arau one. Haiyaa. Dah la aku di arau dari diploma sampai la ke degree. Bayangkan 5 tahun kat situ. Tapi arau environment yang baik untuk study.  

Masa diploma aku duduk kolej. Ba wau sin alif nun. Masa tu wireless kolej hampess. Jadi aku main game sampai nyaris-nyaris juling sebab lama sangat mengadap laptop. 2 minggu sekali mesti balik Penang. Kira duit ptptn diploma tu banyak didermakan kat Transnasional la. Minggu yang tak balik tu  jalan gi makan sampai ke depan matrik. Mak aih punya la jauh. Sampai kolej lapaq balik oi! Haha.



Bila degree baru bebas sikit. Dapat pulak housemates happening. Duduk rumah sewa kat Taman Sri Wang. Sedap ohh nasik ayam berempah kat situ. Letak ayam seketul baru 2 hengget. Jimat oii. Memang sesuai makan masa hujung sem bila takdak duit. Haha. Time degree lah baru jenjalan melihat Perlis. Bukit Air lah. Tasik Melati lah. Padang Besar lah (tu pun masa buat thesis baru gi).

Kadang-kadang gi Kuala Perlis makan tomyam, siakap 3 rasa, kailan ikan masin dan sebagainya. Eh lapaq pulak! Lepas tu karok. Dekat rumah sewa ja tempat karok. Jalan kaki pun boleh. Untung lah. Kat rumah sewa semuanya ambik Finance kecuali sorang. Jadi apa-apa senang lah nak discuss mana yang tak faham. Bila exam semua serius kecuali aku. Haha. Aku suka kacau orang study. Tutup lampu bila orang tengah mandi. Curi towel. Buruk perangai kan. Haha.

Tapi kann. Tu semua dulu. Sekarang semuanya dah berakhir. Tak boleh blah ayat sedih. Apa-apa pun masa study jugak best. Cherish those moments while you still have it. 

Where you are don't matter, it's who you're with that matters. Kenangan indah tercipta kerana orang sekeliling kita. Enjoy your student life! 

PS: Konvo 23 oktober di Uitm Arau! =)


Friday, September 9, 2011

Fashion Mashion: You are what you wear?


Yes. You are what you wear. I am what I wear. We are what we wear. Saja ulang ayat sama. You and I = We. I love you. You love me? Hehe. 

Ok. Back to the topic.

Are you a fashionista? 
Are you a fashion victim? 
Or are you a who-cares-about-fashion type of person? 

Tak kisah lah. The point here is anda adalah apa yang anda pakai. Bukan bermaksud anda adalah hot pants. Tapi apa yang dilambangkan oleh hot pants yang anda pakai itu adalah anda. Kenapa hot pants yang jadi contoh?? What you wear defines who you are. 

Nak berfesyen? No problemo. Up to you. Secara tak langsung orang yang sentiasa mengikuti trend fashion ni adalah orang yang sukakan perubahan dan suka mencuba walaupun kadang-kadang macam tak kena gaya. Cepat bosan dengan benda yang sama. Boleh jugak melambangkan yang orang jenis ni senang terpengaruh. 

Don't give a damn about fashion? Pun no problemo. Beli dan pakai apa yang berkenan di mata. Tak kisah lah kalau that type of clothing tu so now ataupun so yesterday. Asalkan cantik and selesa. Orang macam ni boleh dikira confident dengan diri sendiri lah. And also tetap pendirian. 


Price of clothing
Suka baju mahal. Brand conscious. Brand yang mahal-mahal pulak tu. Perception orang? Kaya, high maintenance, cerewet, boros, perfectionist. 


Any price as long as it looks good in your eyes. Mahal  boleh, murah pun boleh. Depending on your financial position of course. Kalau dah berkenan, beli saja.  Perception: Sensible, flexible, open-minded.


Lagi murah lagi bagus. There's always a cheaper version of those expensive clothes. Why buy 1 when you could get 3 cheaper clothes (and cantik of course)  at the same price. Perception: Bijak, kreatif, tak putus asa.


Apa yang kita pakai menunjukkan personaliti kita.
Singkat mana pakaian (hot pants) atau labuh mana pakaian. 
Bergaya atau tak bergaya.
Kemas atau selekeh.


Berfesyen tak semestinya bergaya. Sebab tu wujudnya fashion victims.
Tak berfesyen tak semestinya tak bergaya. Sometimes less is more. 


Just don't send the wrong impression in the way you dress.


Sekian saja untuk kali ini. Adios!! =)

Saturday, September 3, 2011

Tentang raya: Beza antara makan dan melantak


Raya oh raya.. 

Tahun ni tahun terakhir aku dapat duit raya. Oh sedihnya hatiku! I'll be working soon (hopefully). Tahun depan aku jadi tukang bagi duit raya lah pulak. 

Dek kerana raya 4 hari aku tak update blog. 
First day open house rumah aku.
Lepas tu open house rumah orang pulak raya kedua and ketiga.


Bila cakap pasal open house ni, the main thing is makan, makan and makan. Dah biasa puasa sebulan, and then suddenly makanan asyik masuk tak berhenti menyebabkan perut jadi tekejut beruk. Kalau perut tu boleh bercakap maybe dia akan kata, "Eh eh, kau ni gaya macam tak makan sebulan. Dah macam sahur first day puasa lepas tu tak makan-makan sampai first day raya baru bukak puasa!"


Beza antara makan dan melantak??
Makan: Makan sebelum lapar ataupun bila lapar dan berhenti sebelum kenyang ataupun setelah rasa kenyang.

Melantak: Makan, makan dan terus makan walaupun dah kenyang dan berhenti bila agak-agak perut akan explode lagi 2 minit.

Berat yang hilang masa sebulan berpuasa diganti balik dalam masa 3 hari. Haha. Secara tak langsung, hari raya is hari melantak.


Punca melantak??
1) Raya setahun sekali lah beb! 

Makanan raya bukan makanan yang dimakan hari-hari. Kalau makanan raya dimakan hari-hari, maka takda beza antara hari biasa dan hari raya. Lemang, rendang bukan selalu dapat makan.

Menu raya rumah aku: Ayam ros, kurma kambing, rendang daging, sayur kalia (Sayur buncis kuah hijau. Kalia tu sempena nama sapa aku pun tak tau), nasik tomato, nasik impit, kuah kacang, lemang, kek coklat, puding jagung. Ha ambik kau. Banyak nak mampus. Tersandaq tetamu yang datang.

2) Kang kecik hati tuan rumah..
Bila dah bertandang ke rumah orang, mesti lah orang jamu makanan. Dah orang susah-susah prepare makanan kat kita, takkan tak nak makan kot? Nanti tuan rumah sentap. Jadi baik kita santap. Last-last body bertambah mantap. Eh eh ryhme lah. Hehe.

Strategi 1
Rumah first makan banyak, rumah second sikit, rumah third makan lagi sikit dan seterusnya. Ya la. Mula-mula kebulur. Makin lama makin kenyang. 

Strategi 2
Kuantiti makanan yang dimakan bergantung kepada tahap kesedapan makanan dan jugak menu apakah yang dihidangkan. Kalau sedap, makan lebih. Kalau menu tu memang mengidam lama dah, makan lebih. Kalau semua rumah menu sama? Alamak.

Strategi 3
Makan sikit-sikit di setiap rumah sebab tak mau berat naik mendadak. Open house 10 semuanya. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit <-- Pernah dengar??

Result??
Tiga-tiga berakhir dengan kekenyangan yang amat. Keadaan memaksa. Bukan niat nak makan banyak pun kan. Haha.


Itu lah dia raya. Tak pa lah. Lepas ni makan mau rilek sikit. Jangan macam ni terus sampai sebulan sudah. Haha. 

PS: Duit raya terakhir RM345. Eden kayooo!! Jom shopping?? =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...