Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya!!


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam dan untuk pembaca/penyinggah blog ni. Selamat tinggal Ramadhan. Selamat tinggal tepung pelita. I'll miss you. *sempat lagi* Semoga kita dapat bertemu dengan Ramadhan seterusnya. Insyaallah. 

Geng tanduk dua pun dah lepas. Sama-sama kita memerangi mereka. =)


Eh lupa, selamat makan lemang! Hehe.

Man Utd made me change my mind


Aku sebenarnya ada a few posts yang dah siap tapi aku save kat draft je. Sebabnya? Sekarang musim raya. Orang feeling meeling nak raya. Feel nak baca blog kurang. Tapi kan tiba-tiba aku excited yang amat nak update jugak jugak. Sebabnya Man Utd ku sayang menang. And not just 1-0 but 8-2. Sebelum ni tak berapa rasa nak raya tapi sekarang? Terus aku semangat nak raya. Eceh. 

Macam status kat FB aku tadi, malam ni arsenal kena lenyek macam pisang kena lenyek masa nak buat cekodok. Haha. Sorry arsenal fans. Syiok woo. Rasa nak menari-nari tak tentu hala. Game tadi tersangat lah best. Terjerit-jerit aku tengok. Tapi kesian jugak tengok arsene wenger nak nangis. Hehe. Semoga encik wenger tabah menghadapi dugaan ni.  

Apa-apa pun congrats to my dearest Manchester United for their biggest win against arsenal. 

Tekan lah sini.

Rooney hat-trick oii.

Champ19ns again this season shall we?? Let's make it 20! 

Oh by the way, this is the background of my laptop. =D

Saturday, August 27, 2011

Perempuan dan kasut tinggi : Part 1




Perempuan dan kasut tinggi ibarat irama dan lagu. Haha. Suka hati aku ja. Kasut tinggi itu wajib bagi perempuan even untuk yang tak suka pakai heels. At least mesti ada satu jugak. Betul ke ada satu?? Sebabnya kasut kerja selalunya mesti kena pakai heels. Kan dah satu. Tu belum kasut nak pi kenduri, nak jenjalan, nak dating bagai.

Ok. Tak semua perempuan pakai heels. Dan tak semua perempuan suka pakai heels. Ada beza tu. Yang kategori second tu, ada yang walaupun tak suka tapi pakai jugak sebab nak nampak cantik. Aku ingat lagi dulu ada kawan aku cakap nak cantik kena la tahan sakit sikit. Tapi kalau dah pakai berjam-jam tak nama sakit sikit dah.

Aku dulu selalu jugak pakai heels. Tapi sekarang kurang dah sikit. Kadang-kadang pakai sneakers, kadang-kadang pakai sandal. Tak sakit kaki. Lagi pun bila aku pakai orang akan tengok aku. Sebabnya tinggi aku 172cm. Kalau pakai heels?? Hah. Mula lah keluar dialog, "Dah tinggi, pakai kasut tinggi lagi". Kalau nak pakai kasut tinggi pun pikir dulu nak keluar tu dengan orang yang tinggi or tak untuk mengelakkan nampak terlebih tinggi walaupun memang terlebih. Hehe.

Kenapa perempuan pakai kasut tinggi??
Sebab 1: Nak nampak tinggi - pakwe tinggi ataupun saja nak nampak tinggi
Sebab 2: Nak nampak seksi - to men, women wearing heels are sexy (is it?)
Sebab 3: Posture badan lebih menarik - lebih confident

Well. That are the 3 main reasons I guess.


High heels ada beberapa jenis:
Stiletto
Ada bran pakai kasut tinggi nih??  Aku tak.

Semerah cinta stiletto. Dasyatnya stiletto sampai jadi tajuk movie. Tinggi tumit stiletto ni boleh sampai 18cm (dalam 7 inci). Ada jugak yang sampai 8 inci. Tumit dia pulak mak aih halus weh. Nak pakai pun pikir 482 kali. Kalau aku confirm tergolek dah.


Kitten heels

Yang ni adik kepada stiletto. Kitten. Kenapa nama dia kitten jangan tanya aku.  Aku pun tertanya-tanya. Kasut jenis ni tumit dia tak setinggi stiletto. Tinggi tumit kurang dari 2 inci. In 1950s dikenali sebagai trainer heels. Designed to help young girls get used to wearing high heels. 


Cone heels
Yang ni dipanggil cone sebab bentuk tumit dia lebar dan makin halus di bawah. This type is more stable lah dari si stiletto yang halus malus tu walaupun tinggi jugak.  Rasa tenteram sikit bila pakai. Tak risau tergolek lalu terduduk bersimpuh tiba-tiba masa tengah usha mamat handsome.


Prism heels

Yang ni lebih kurang bentuk macam cone tapi dia ada 3 flat sides yang membentuk bentuk segitiga. Yang cone tu tumit bulat sikit. Susah nak jumpa kasut macam ni sekarang.


Spool heels

Kasut macam ni tumit dia narrow di tengah. Hourglass shape lah kiranya. Bukan takat perempuan saja ada hourglass figure. Tumit kasut pun ada. Kasut ni lagi lah rare. Tak pernah pulak terjumpa setakat ni. 


Platform heels

Platform heels ni sesuai untuk orang yang nak pakai heels tinggi tapi tak rela pakai stiletto yang halus. Sebenarnya kasut ni tak lah tinggi mana sebab depan kasut ni pun tinggi. Lagi balance lah kalau compared dengan stiletto.


Wedges

Kasut jenis ni paling selamat and paling aku suka. Cheezy wedges lagi aku suka! Sebab dia bersambung terus. Maknanya takda space kosong kat bawah kasut. Tersangat lah stabil compared to kasut-kasut tinggi yang lain. Nak lari sambil lompat-lompat pun boleh. Hehe.


Sekian saja untuk kali ni. Adios!!

Wednesday, August 24, 2011

Planking. Kegilaan apakah??



Planking. Fenomena baru yang melanda dunia. A new way of taking pictures. Tak payah sengih-sengih sambil buat peace ataupun buat mulut muncung gedik kat camera macam selalu. Aku tak buat. Cuma meniarap di lokasi-lokasi yang menarik. Ya di lokasi-lokasi menarik. Bukan meniarap seperti kebiasaan sambil online/buat assignment. Kalau macam tu dah dikira planking, banyak kali la kiranya aku dah buat. Hehe. 



Anywhere unique. Nampak macam bangang bagi aku. Dah tak ada benda lain nak buat ke? Bosan sangat dah? Tapi bagi plankers ni, planking adalah addictive. Kat mana yang addictive tu tak tau la. Aku still tak faham. Mungkin dari segi creativity buat planking tu sendiri. Planking kat area yang pelik. Yang lain dari yang lain. Lagi pelik lagi bagus. Lepas tu letak kat Internet bagi orang tengok. 


Atas tangga pun boleh


Euww. Sanggup kah anda?

Ini macam pun boleh


Bagi aku, sekadar tengok gambar orang plank cukup la. And aku admit, memang menarik tengok gambar-gambar tu. Kat atas peti ais lah. Dalam plane lah. Macam-macam lah. Setakat ni tak pernah la tengok live. Mungkin kebanyakan rakyat Malaysia masih waras. Ataupun mungkin aku yang jarang keluar rumah jadi tak jumpa lah orang yang plank secara live. Tapi untuk aku sendiri nak plank, never lah. Kerja gila ja bagi aku.


Cik squirrel pun nak plank jugak


Why plankers plank? Sukakan perhatian mungkin adalah jawapan yang sesuai. Ya la. Tetiba plank kat tengah-tengah shopping mall. Lepas tu orang pun berkerumun lah nak menengoknya. Tak ke mencari perhatian namanya tu. Mungkin jugak mereka ni rasa thrill bila buat macam tu. Apa-apa lah asalkan plankers bahagia. Tapi kalau ya pun gila plank, tak payah la kat tempat yang boleh bahayakan diri sendiri. Tekan sini. Agak-agak lah kalau ya pun nak plank. Mati sia-sia ja kang.



Sila lah tengok. Memang menarik.


*Planking Malaysia FB page pun ada

Selamat tinggal dunia


Jangan salah sangka ingat aku nak bunuh diri pulak sebab baca tajuk post ni. Tadi ada sedara aku meninggal. Arwah bapak aku punya adik ipar punya kakak punya husband meninggal. Hah sila lah pening. Walaupun tak berapa rapat tapi terasa jugak kesayuan. Tengok airmata seorang isteri, anak dan adik beradik. Sedar-sedar airmata aku pun bergenang. Al-fatihah buat arwah.

Secara tak langsung, bila tengok dari saat jenazah dikafankan sampai dikebumikan tu, terasa insaf. Terasa diri ni kerdil. Manusia yang kerdil. Yang hidup cuma sementara. Bila-bila masa boleh ditarik roh dari jasad. Sama ada sedia ataupun tak. Sediakah kita? Kalau cuma ada sejam lagi untuk hidup? Atau mungkin cuma ada 10 minit lagi? Apa amal yang ada untuk dibawa?

Kadang-kadang kita leka dengan dunia. 
Terlupa pulak dunia sekadar persinggahan. 
Persinggahan untuk menuju akhirat yang kekal abadi.

Cuba bayangkan saat talkin dibaca. Dan talkin tu dibacakan untuk kita. Putus hubungan dengan dunia. Rupanya hidup tak lama. Tak sempat tua. Ingatkan sempat nak taubat bila tua. Rupanya mati muda. Bagaimana agaknya? Iman dan amal tak seberapa. Mati pulak dalam keadaan apa? Tengah sujud padaNya? Tengah baca Yasin? Ataupun mungkinkah tengah bersuka ria? Tengah bergelak tawa? Tiba-tiba hilang nyawa. Takutnya.



Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.


Insyaallah.

Sama-sama kita tingkatkan amalan. Tak tau esok lusa apa nak jadi.

Kita semua ada expiry date. Cuma tak tau bila.

Monday, August 22, 2011

Do what you love or love what you do



Disebabkan aku adalah penganggur yang tercari-cari the ideal job untuk diri sendiri, aku nak cakap pasal kerja. Oh, by the way, aku adalah graduan finance. Yang bakal berkonvo bulan Oktober ni. Saja nak bagitau. Sebabnya aku tak payah buat assignment dah, study untuk exam pun tak payah dah. At least for now. Hehe.

Alhamdullilah. I survived! Hehe.

Tapi kan kerja tu lagi tak seronok. Kenapa? Meletihkan la. Susah la. Kena buli la. Officemate tak friendly la. Ni berdasarkan apa yang kawan-kawan aku yang dah kerja cakap la. Haa sebab tu la aku malas nak kerja lagi (ayat nak cover sebab aku still hopelessly jobless). 

In the working world, there are two choices. It's either you do something that you love or love something that you do (or maybe force yourself to love it). 

Fear of being jobless. Just take what is being offered.

Kalau kita buat kerja yang kita suka, that we are passionate about, mesti lah kita dapat bekerja dengan senang hati. Sambil kerja sambil nyanyi. Senang hati punya pasal. Tak rasa macam kerja tu membebankan. Masuk kerja pukul 9 pagi. Sedar-sedar dah pukul 9 malam. Dalam hati, "Eh eh rasa macam baru 3 jam aku kerja. Dah pukul 9??". Boss marah suruh balik pun tak mau. Kalau boleh nak tidur kat office! Punya lah enjoy. Haha. 

Untung lah kalau dapat kerja macam ni

Tapi kan, tak semua orang dapat peluang tu (bukan peluang tidur kat office tapi peluang kerja yang enjoy-yippie-hip hip hooray). Atau mungkin tak semua yang nak tunggu peluang tu. Mungkin keadaan memaksa. Wallet yang tak berisi memaksa. Mintak lah kerja. Janji masyuk. Tapi tak pa. As long as you have the right mentality, you can learn to love what you do. Positifkan diri (selagi boleh positif). 

However, there are certain circumstances yang buat kita rasa sangat-sangat terpaksa. Buat kerja rasa macam nak mati. Memang your heart is not there. Dah cuba suka kerja tu tapi tak mampu (dah tak sanggup nak jadi optimistic). Environment kerja yang buat kita tak terasa nak pergi kerja. Kena bayangkan ada pistol kat kepala baru masuk kereta nak start enjin.   


If you're in that position, sila lah berfikir panjang untuk buat keputusan yang tepat. Yang boleh buat anda happy. Aku doakan korang.

Dan aku jugak mendoakan untuk diri aku, kawan-kawan aku dan semua yang menganggur supaya dapat kerja cepat-cepat. And hopefully it's a job that we love. 

Ehem ehem (sambil kenyit mata). Al-rajhi please la panggil interview. Ku masih berharap. 


PS: Tak kerja lagi membolehkan aku dapat duit raya.


Sunday, August 21, 2011

Pengalaman first kacau dodol



Kelmarin dulu aku dijemput pi berbuka, kacau dodol and sahur kat bank rakyat tempat aku praktikal dulu. Ambik kau 3 sekali. Dari pukul 6.30 petang sampai 7 pagi aku kat sana. Lebih 12 jam. Masing-masing bawak family (yang dah kawin la). Jadi aku yang single mingle ni segan lah sikit.

Mula-mula aku sampai tu orang tengah kupas bawang. Staf lelaki yang kupas. Lepas tu aku tolong potong bawang dengan sayur. Untuk berbuka, cuma goreng mee kat sana. Dan mee tu sangat sedap ok. Nasik dengan ayam masak merah dah tersedia indah untuk dibedal. Bubur lambuk pun ada. Kuih dan muih pun beraneka macam. Eh macam lagu raya je. 

Then, aku tolong kacaukan bahan-bahan nak buat dodol. Lepas tu dalam pukul 9.30 dodol start dimasak. Excited la jugak aku. Maklum la tak pernah tengok. Jakun la katakan. Haha. Sempat la merasa feel kacau dodol.

Time awal-awal kacau dodol

Untuk sahur, semua menu dimasak kat depan bank tu. Sekali lagi bergotong royong nak siapkan bahan-bahan untuk nak masak Menu sahur: Kari ikan, sayur, udang dan jugak ikan goreng.

Bertungkus lumus nampaknya
Masak udang
Chef expert yang comel


Lepas dah makan sahur pun dodol tak siap lagi oi. Cemuih dok kacau. Haha. Macam la aku yang dok kacau dodol tu. Masa dekat-dekat nak siap tu sempat la aku kacau lagi sekali. Mak aihh. Berat gila nak kacau sebab dodol dah makin pekat. Nasib ada orang offer nak kacaukan. Tengok aku macam tak terdaya agaknya mungkin.

Dodol dah nak siap
Basuh kuali dodol yang gedabak


Aku dapat dodol 2 tupperware. Satu tupperware besar, satu tupperware kecik. Amik kau. Dok berdua je dengan mama aku. Jenuh nak makan. Balik tu aku drift dengan lajunya ke rumah dalam keadaan yang tingtong. Dah sampai baru aku perasan aku tak bukak lampu pun masa drift. Mengantuk sangat ler tu sampai tak perasan. Nasib rumah dekat. 

Kat rumah aku pengsan sampai tengahari. Haha. Puas hati cover balik tidur.

Gambar ambik guna camera handphone je. Tak mampu lah beli dslr bagai. 

Friday, August 19, 2011

Bila perempuan sayang dan bila perempuan terluka



Perghh. Tengok tajuk dah tau jiwang. Haha. Sekali sekala. Nak bagi ada variety sikit. Right now I'm typing real fast. Kena offline by 4. Ada komitmen lain yang tak melibatkan dunia maya. Ayat memang tak tahan. Haha. Tomorrow baru online balik. Eleh. Bukannya seminggu pun tak boleh online. Saja buat drama lebih-lebih pulak. 

Ok. Stop right there eta. You better start now on this topic. Kang tak sempat. Next time boleh la merapu lebih sikit. Hehe.


Firstly, kenapa perempuan sayang?? 
We don't just love anyone, you know? If we love you, that means you're lucky. But if you don't appreciate us, you yang rugi. Haha. Emo.

Seriously. Kenapa perempuan sayang? Sebabnya anda ada tarikan yang kuat (like magnet) yang membuat dia tergolek terguling fell in love with you. Yes, you. Dia percaya anda lain dari yang lain yang pernal dia kenal. You have something different to offer (or maybe just the same thing but somehow you just stand out from other guys). 

You are like the sun that shines her life, who gives her life a meaning. Amik kau ayat bunga-bunga. Tak payah pi kedai bunga. Just pakai ayat tu, hati akan berbunga dengan sendiri. Dalam erti kata lain, you are one in a million to her. 

Tapi at last, when you break her heart, darkness is all she sees. It turns out that you're not one in a million after all. You're just among the 999,999 others. Huh. Tak guna. How dare you. Emo buat kali kedua.


Bila perempuan sayang..
Dia sentiasa ada
She will always be there for you. When you're sad, she'll make you smile. When you're happy, she's even happier. Kalau hang sakit, dia lagi risau dari hang. When you need help, she's always there. Semua yes ja. Takkan ada "no" as her answer. "You are my everything. Mesti la I tolong you." (Baca dengan nada manja gedik-gedik sikit). Euww untuk last part tu. Tapi tu la hakikatnya. You're her everything. Angel lah konon.

Setia
Semestinya. When her heart has been stolen by him, dia tak nampak lelaki lain dah. Ok tipu. Nampak tu nampak la. Yang handsome tu nampak ja aih. Tapi tengok dengan pandangan kosong tak berperasaan (bajet setia habis). No other guy can compare to you. Tak dak maknanya nak layan another guy at the same time. If dia layan, that means she's not really that into you. Cinta kambing. Ala-ala senyum kambing. Yang dibuat-buat. 

Merajuk bila tak dihiraukan
Perempuan ni hati dia lembut (walaupun mungkin dia nampak macam gangster). Bila orang yang dia sayang buat dek kat dia, terasa lah! Ya la. The one whom you carrefour care for the most is the one who could hurt you the most. Merajuk bukan mengada-ngada. It's just a way of showing that you've done something wrong. Tanda protes! Sila lah mintak maaf. Not just mintak maaf tapi jangan buat lagi. Heart is fragile, you know?

Mendoakan
Kalau sayang, mesti doakan yang baik-baik untuk dia. Bukan takat cakap di mulut saja, " I akan doakan you". Tapi tak doa pun. Doa betul-betul. Semalam ada kawan aku post kat FB pasal doa. Kadang-kadang bila kita dapat apa yang kita nak, kita rasa Allah makbulkan doa kita. Tapi sebenarnya doa orang lain yang dimakbulkan. Maknanya ada orang lain yang mendoakan anda. Lebih kurang macam tu la ayat dia. Faham tak ada orang selalu mendoakan anda??



Bila perempuan terluka/frust..
Kawan baik dia adalah airmata
Because anda ada impact yang besar in her life, dia rasa sangat berat melepaskan orang yang dia sayang pergi. All those moments, all those sweet things you've done and said direplay dengan sendirinya dalam kepala otak dia tanpa perlu tekan butang replay. Semuanya gone. Gone with the wind. Jadi bila teringat tu mula lah air terjun bergerak dengan pantasnya tanpa henti selama beberapa ketika sampai dia penat atau terlena.

Lebih banyak diam & tak mahu diganggu
Rasa macam nak letak "Do Not Disturb" sign ja depan pintu bilik. Dari ceria asyik huha huha dan pot pet pot pet, tiba-tiba jadi bisu. Sunyi sepi. Lidah jadi kelu. Mood hilang entah ke mana. Tu lah. Sapa suruh sayang sangat. Kan dah tersengap. Kan dah tersentap. Dia yang nampak angel tu pun boleh let you down. Macam ditusuk sembilu. Ouch!

Cuba jauhkan diri
Dia akan lari. Ataupun cuba lari. Lari dari orang yang lukakan dia. Lari dari kenyataan. Kenyataan yang menyakitkan. Yang kategori cuba lari tu, last-last dia tak mampu. Dia tetap ada untuk anda. Walaupun terluka. Macam lagu Rihanna, "I try to run, but I don't wanna ever leave.". Bodoh? Mungkin. Cinta ni bahaya. Kalau sayang sangat, ni lah jadinya. Sapa nak jawab?? Aku tak mau.

Mendoakan
Yes. Mendoakan. Bukan tersalah type point yang sama dengan kat atas tadi. Walaupun you've hurt her, dia masih mendoakan anda. Bukan mendoakan anda cepat mampos. Tapi mendoakan yang terbaik untuk anda. Mendoakan kebahagiaan anda. Walaupun nanti anda bahagia, dia sengsara. Nevermind. Pedulikan. Janji anda bahagia. Nampak tak keikhlasan hati seorang pencinta? Sekali lagi ayat tak boleh blah dah keluar.


Bagi lelaki yang tak peka, you don't know what you have until you lose it.

Bagi perempuan yang terluka, you don't know what you've been missing until it arrives. When the person who deserves you arrives, you'll be thankful. Be strong! Wipe those tears away please.


*Tak semua lelaki macam tu. Sapa makan cili dia la rasa pedas. Hehe. Peace!!


Allah is always there for you. Hanya cintaNya yang kekal. 


Moral of the story: Don't give your everything, because when your heart is broken, you'd have nothing left.

Oh no! Dah pukul 5 lebih. I'm late! 
Sekian saja untuk kali ni. Adios!!


Gambar-gambar ditaja oleh google.

Thursday, August 18, 2011

Part 2: As easy as 1-2-3. Easy ke??



Post ni adalah sambungan kepada entri semalam, Part 1: As easy as 1-2-3. Apa yang easy sangat tu??




What else is easy?? 
I'll tell you. Sekarang kan ada new ways of communicating. Tak payah type panjang berjela. Nak memudahkan la kononnya. I came across these English internet slang. Kalau rasa terer sebab tau what OMG, LOL, WTH, BTW or ROFLMAO means, think again. Sila lah tengok apa lagi yang ada.


AFAICR - As far as I can recall/remember
AFAICT - As far as I can tell
AFK - Away from keyboard
AWOL - Absent without official leave
BBIAB - Be back in a bit
BTDT - Been there done that
CMIIW - Correct me if I'm wrong
DND - Do not disturb
ETA - Estimated time of arrival (Nama aku pun ada abbreviation ok)
FOAF - Friend of a friend
GBTW - Get back to work
GMTA - Great minds think alike
HAND - Have a nice day
HTH - Hope this helps
IYKWIM - If you know what I mean
JAS - Just a second
KISS - Keep it simple, stupid
LMIRL - Let's meet in real life
LTNS - Long time no see
MYOB - Mind you own business
NIFOC - Naked in front of computer (Seriously?? Macam ni pun ada??)
NSOH - No sense of humour
OTOH - On the other hand
OTP - On the phone
PAW - Parents are watching
PLMK - Please let me know
QWP - Quit whining, please
RL - Real life
SCNR - Sorry could not resist
SOHF - Sense of humour failure
TIMWTK - This inquiring mind wants to know
UTFSE - Use the f**king search engine
URS - You really suck
WUG - What you got
WYSIWYG - What you see is what you get
YOYO - You're on your own

Ha amik kau!! Cuma huruf V and Z yang tak da abbreviation.
   
Senang kah?? Jenuh nak ingat.


Maybe in a few years time, takkan ada ayat full dah. Semua disingkatkan. 
"I h8 u. 10q 4 ET!!" ET-everything. Aku yang reka sendiri. Saja nak menunjukkan what might happen in future. Possibility tu ada.


Sekian saja untuk kali ni. HAND! (Sila refer kat atas)

PS: Terasa berasap bila message panjang direply cuma dengan "k".
Ok tu tak cukup pendek ke? Haha.


Lagi 1, jangan wish birthday with just HB please. Show some effort. =)



Part 1: As easy as 1-2-3. Apa yang easy sangat tu??



Yes. As easy as 1-2-3. Kenapa 1-2-3?? Sebab nombor adalah kawan baikku. I'm a maths freak. Hehe. Kenapa tak as easy as A-B-C? Sebab nak cari the right words to say is harder. Dan kerana itulah kita selalu say the oh-so-wrong-words. As easy as you and me? Nah, it never was easy. Ok jap. Apa kena mengena semua ni dengan tajuk? Erk.

(Lambai-lambai tangan sambil panggil, "Meh baca kat bawah ni lah!")

Well. These days, everything is getting easier. Except for people of course. Makin complicated. Huh. Emo pulak. Apa yang easynya? Dari tadi tunggu tak cakap-cakap pun. Lempang kang. Fine. Nak bagitau lah ni. Hehe. 

Ya la. Kehidupan kita sekarang ni makin mudah. Dengan adanya teknologi. Dengan adanya segala yang 3-in-1, 4-in-1, 5-in-1 dan berapa-saja-lah-in-1   kat pasaran.


Teknologi
BLACKBERRY dan APPLE iPhone
Kenapa aku highlightkan perkataan blackberry and apple tu dengan huruf besar? Sebab dulu mereka sekadar buah-buahan. Sekarang dah jadi hot! Sekarang dah famous amos. Semua orang nak ada blackberry. Semua orang nak iPhone. Kalau tak dak, pengsan! Hah mungkin ada sedikit penipuan di situ ya. Boleh update status FB, twitter dan segala mak nenek. Boleh jugak check-in sana sini. Contoh: Miss A was with Miss B at Queensbay Mall's toilet.

Facebook 
Buku yang paling digemari sekarang. Tak payah cari kat Popular, MPH, Borders dan yang sewaktu dengannya. Segalanya di hujung jari. Duduk kat rumah boleh tau apa jadi satu dunia. Boleh cari kawan-kawan lama (jejak kasih). Boleh jugak cari kawan baru ataupun kawan baru tu yang cari anda (maka beriban lah friends). Dan disebabkan kegilaan ni jugak wujud lagu Cinta Muka Buku. Ok saja nak promote. Sekarang ada Google+ pulak. Lagi best and secure kononnya. Sila lah try. 

Internet
Berlambak websites. Pilih mana yang berkenan. Sekali bukak 10 tab pun boleh. Dunia tanpa sempadan. Terlepas cerita favourite kat TV?? No problemo. Internet is the answer. Nak tengok Manchester United's match live?? Man U fan here. Internet is the answer. Nak shopping tapi malas keluar rumah?? Internet is the answer. Malas nak beratur?? Nak book ticket movie siap-siap?? Nak print ticket siap-siap?? Guess what's the answer?? "Internet!". Pandai pun!



3-in-1, 4-in-1, 5-in-1 dan berapa-saja-lah-in-1   
Antara contoh-contoh: Nescafe 3-in-1, Maggi Cukup Rasa (sebut macam dalam iklan), Adabi Perencah Nasi Goreng, kari ayam dalam tin (yang ada muka chef wan tu), cake mixtures dan banyak lagi lah. Penat dah nak list.


Semuanya mudah. Tak reti masak pun not a problem.  


Bayangkan Family X jemput Family Y makan malam kat rumah.

Puan Y: Eh sedapnya ko masak ni Puan X! 
Puan X: Haha. Ni resepi special aku tau.
Encik Y: Bagi mangkuk nasik tambah jap. (menjampuk pulak)
Encik X: Lepas tu pass kat aku. Aku pun nak tambah. (ni lagi sorang)
Puan Y: Pandai la ko masak. Aku salute! Fuh kenyangnya. Nak gi basuh tangan.

Puan Y menuju ke dapur. Tengah basuh tangan terperasan paket-paket yang banyak dalam tong sampah.  

Puan Y: Laa segera rupanya. Hampess. Mengaku resepi special lak tu.

Hah. Kan dah terkantoi.

Bukan la nak cakap yang segera tu tak boleh. Banyak masa dapat dijimatkan. Tapi mana boleh lawan air tangan sendiri. Lagi berkhasiat. Lagipun feel ohh potong bawang sambil berair mata. Haha.


Lapar pulak aku. Nak makan samosa lah. 
Sekian saja untuk kali ni. Adios!!


PS: Kesabaran teruji nak update entri baru dek kerana berukband. Heart-beruk-en. Thanks a lot lah celcom!!

Tuesday, August 16, 2011

Antara lawak bodoh dan lawak bijak


Lawak bodoh. Kesian lawak yang tak bersalah tu bila dikata bodoh. Padahal orang yang buat lawak tu yang tak berapa nak bijak. Tapi kadang-kadang orang bijak pun boleh buat lawak bodoh sebab tak fikir panjang.

Lawak bijak. Ini term aku suka hati bagi. Lawak yang menggunakan otak.



Beza lawak bodoh dan lawak bijak??

Beza 1

  • Lawak bodoh buat orang gelak sekejap saja ataupun gelak masa first time dengar lawak tu.
  • Lawak bijak buat orang gelak panjang dan tergelak tiap-tiap kali teringat lawak tu. Lawak ni memorable.

Beza 2

  • Lawak bodoh menunjukkan tahap pemikiran yang cetek. Walaupun kadang-kadang orang tu sebenarnya bijak. Bodoh dalam bijak?
  • Lawak bijak menunjukkan pemikiran bernas seseorang tu. 



Lawak yang macam mana yang dikatakan bodoh??
Hujah 1 (Dah macam debate daa)
Lawak yang jenis try hard. Kena buat over-over nak bagi orang gelak. Pakai costume dan props yang over-over. Gaya cerita pun over. Boleh dikatakan serba serbi over. Mungkin orang gelak sekejap. Mungkin jugak orang tak gelak langsung malah terasa macam annoying pulak tengok si tukang buat lawak.

Hujah 2
Lawak yang diulang-ulang. Tak ada originality dalam nak membuat lawak. Pakai idea yang pernah digunakan. Dah dengar lawak tu dari orang lain. Mungkin jugak idea tu idea sendiri tapi asyik ulang point yang sama. Nampak macam tak ada modal. Memang tak ada modal pun. 

Hujah 3
Lawak yang sebenarnya tak lawak pun. Eh, kalau tak lawak kenapa panggil lawak? Nak jaga hati tukang buat lawak kot. Hehe. Peace! Lawak yang tak lawak ni lagi banyak merepek. Merepek meraban tahap gaban. Orang tak gelak tapi rasa kesian. Eh eh rhyme lah! Nampaknya aku pun dah meraban.

Hujah 4
Lawak yang mempersendakan orang lain. Lawak yang tak kira sensitiviti orang. Jongang jadi isu. Kerdil jadi isu. Kadang-kadang bila tengok cerita kat tv, kaw-kaw kata kat orang. Yang berlakon jadi mangsa lawak tu sanggup pulak kan. Tambah-tambah kalau dia memang ada kekurangan dan kekurangan dia tu dijadikan bahan lawak. Banyak lagi cara lain untuk buat lawak. 




Lawak yang macam mana yang dikatakan bijak??
Hujah 1
Lawak yang effortless. Lawak yang selamba. Pakai biasa tak fancy-fancy, tak buat gaya lebih-lebih tapi orang tengok orang gelak guling-guling. Lawak kena pada tempat. Bijak. Selalu sitcom mat saleh memang sempoi. Masa duduk rumah sewa time study dulu, bila housemate aku tengok senario, aku tak terasa nak gelak. Kat mana yang lawak entah. 

Hujah 2
Lawak yang kreatif. Lawak yang orang tak terfikir. Lawak yang memerlukan high imagination. A creative way of seeing things. Something yang original dan spicy fresh. Tapi bukan merepek tak tentu hala. Secara tak langsung dapat kembangkan minda. Think out of the ordinary. Macam Who's Line Is It Anyway. Spontan and kreatif. 

Hujah 3
Lawak yang ada mesej. Nak lawak, lawak jugak. Tapi dalam berlawak ada mesej yang disampaikan. Boleh buat orang berfikir. Buat orang cakap, "Ye tak ye jugak pak lawak ni cakap. Boleh pakai jugak kepala otak dia ni". Sampaikan sesuatu pengajaran dengan unsur santai. 

Hujah 4  
Lawak dari segi perbuatan. Perbuatan yang spontan. Yang orang tak expect. Action speaks louder than words maa. Haiyaa. When you can convey your message to others without words, that's brilliant. And if you can make them laugh as well, that's even better. 


What you say, what you do reflects yourself. Berlawak la secara bijak. 


Oh, one more thing. Jangan seronok sangat. =)

Sunday, August 14, 2011

Kalau Aku Lelaki..



Sila jangan salah sangka. Post ni wujud bukan sebab aku dah bosan jadi perempuan. Dan bukan jugak sebab aku teringin nak tukar jantina jadi lelaki ok. Harap maklum. =)

Mamat kat atas ni aku buat sendiri. Haha.

Kalau aku lelaki..
Aku mesti penat. Hari-hari kena shave muka. Jenuh. Kalau ikutkan hati tak payah shave lah. Malas punya pasal. Biar berjambang. Adehh. Buruk perangai. Haha. Ok, ok! Kena la shave. Kalau tak macam mana nak mengorat perempuan ye dak? Kalau rupa pun macam orang utan. Kang letak aku sebelah orang utan, tak tau mana aku mana orang utan pulak. Dah kes naya. 

Kalau aku lelaki..
Aku mesti seorang yang agak sporty. Cara dressing simple tapi yang penting smart.  Kereta pun mesti mau sporty jugak lah. Hujung minggu aku pi main futsal/bowling/pool dengan kawan-kawan. Malam-malam lepak kedai mamak tengok bola. Meriah. Pekena pulak teh tarik. Eh terlebih detail sangat dah. Sambung balik. Hari biasa aku cari rezeki. Kerja keras untuk masa depan. 


Kalau aku lelaki..
Dah semestinya aku adalah abang/adik/anak yang bertanggungjawab. Tolong adik-adik yang mana patut. Tolong ajar buat homework, tolong bagi duit sekolah/duit belanja kat uni. Tolong mak beli barang-barang rumah. Bagi duit belanja kat mak ayah. Apa la sangat. Gaji 8000 kot! Berangan. Lupakan part berangan tu sat. Nampak tak aku ni seorang yang bertanggungjawab?? Nampak tak??

Kalau aku lelaki..
Aku nak jadi lelaki bijak. Bijak bukan maknanya CGPA 4.0. Jangan dinilai orang dari CGPA. Tapi kalau dapat 4 flat apa salahnya. Bijak dari segi percakapan. Berilmu. Bukan takat book smart. Tapi street smart. Ilmu agama yang paling penting. Sebabnya dunia cuma persinggahan. Jadi imam. Solat jemaah dengan keluarga. Nanti dah kawin solat jemaah dengan anak isteri. Jadi ketua keluarga. Berat tanggungjawab tu. 

Kalau aku lelaki..
Gerenti aku lelaki idaman awek-awek! Aku jaga hati mereka. Eh eh! Mereka pulak. Dia. Aku setia. Haha. Aku akan ada untuk dia masa susah senang. I'll be her shoulder to cry on (not literally of course). Tak kawin lagi mana boleh pegang-pegang. Aishh! Dan tak pegang-pegang menunjukkan aku seorang yang menghormati dan menghargai perempuan. Soft-spoken itu mesti. Hati perempuan ni lembut. Bila nak cakap pun cakap lembut-lembut. Tapi bukan lembut auww please!

Kalau aku lelaki..
Aku setia. Aku tak main-mainkan perasaan perempuan. Dengan Cik A kata sayang, kat cik B tempat menghiburkan hati. Last-last pilih Cik C. Lalu terjun bangunan la Cik A dan Cik B bunuh diri. Haha. Dan aku jugak takkan mungkir janji. Takkan tabur janji kalau tak mampu nak tepati. Cakap tak serupa bikin?? Not me. 


Kalau aku lelaki..
Untung lah bini aku nanti. Sebabnya? Aku suami paling rajin sekali. Bini aku nak masak, aku tolong dia. Potong bawang, potong sayur. Oops terpotong jari! Tak pa laa. Demi bini. Sekali sekala buat surprise kat dia. Buat dia rasa dihargai. Bukan surprise time sebelum kawin ja. Dah dapat lupa bini. Kalau dia buat salah tegur baik-baik. Kecuali la kalau dia tak makan saman. Kena la bertegas jugak.



Nampak tak ciri-ciri lelaki idaman Malaysia tu kat aku?? Hah. Nasib baik aku bukan betul-betul lelaki. Kalau tak jeles la anda lelaki-lelaki di luar sana. Haha. 


Secara tak langsung, point-point di atas adalah ciri-ciri yang perempuan cari pada lelaki. Aku bagitau secara indirect. Tak semestinya ada semua ciri-ciri tu. Sebab tiada yang sempurna. Tapi ilmu agama perlu ada.

Sekian saja untuk kali ni. Adioss!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...