Sunday, February 20, 2011

perlu ka macam tu?? aku rimas laa tengok!!





tadi kuar jenjalan ngan waney, best friendku yang tersayang.. bersembang2, bergelak tawa, berkongsi rahsia.. rahsia apa?? ishh nama pun rahsia.. kami ja la yang tau.. hehehe.. eh sat! bukan itu motif sebenar post ni.. abis tu apa eta oi??

ha meh nak cerita..

tadi dok naik escalator, ada la couple depan kami ni.. budak muda laa.. dok berpeluk2 sakan.. macam nak kiss pun ada.. gatai meghela sungguh.. ha amik hang! kan dah kena kata dengan eta.. aku dengan automatiknya tengok waney n tanya dia, "tak malu ka??".. kami yang tengok ni yang malu.. depa tak malu pun.. ishhh.. perangai apa laa.. kalau depan orang pun macam tu, belakang orang pulak?? wallahualam.. agak2 la sikit.. bercinta sakan pun tak payah la sampai macam tu.. mana letaknya maruah diri?? kalau tak buat macam tu kira tak sayang la?? tu bukannya sayang.. tu gatai namanya.. ingat ni kat UK ka?? ni malaysia la.. tak payah nak buat perangai macam tu laa.. (emosional nih! telinga tengah berasap..) masalah sungguh.. belum kahwin dah pegang sana sini.. dah kahwin jalan jarak sebatu plak.. terbalik jadinya..


dah cakap pasal ni, teringat pulak video budak pompuan bengong sebelum ni.. alaa yang tajuk "dia pilih KLCC dowh" tu.. kalau tak pernah tengok jugak, search la tajuk tu kat youtube.. tu lagi satu mangkuk ayun.. merayu2 menangis2 kat lelaki tu.. siap kiss kat tepi jalan.. tak peduli orang yang dalam keta tengok perangai tak senonoh depa.. kalau  aku laa mak depa n kebetulan aku tengah drive kat situ, aku langgar ja dua2 ekor tu sekali dengan yang rekod video tuh.. sangat2 tak tau malu.. bawak2 la bertaubat..

aku tau aku bukan sempurna nak bagi nasihat.. tapi sekurang-kurangnya aku berusaha untuk jadi lebih baik.. bukannya jadi lebih mundur.. ikut budaya yang tak sepatutnya.. akal ada kan??

Saturday, February 19, 2011

arwah papa dalam ingatan..



sedar tak sedar.. dah 3 tahun arwah papa meninggal.. dah 3 tahun jugak aku, kak ja n abang jadi anak yatim.. dah 3 tahun mama tanpa papa.. 

ingat lagi masa mula2 lepas arwah papa meninggal, mama duduk sorang kat penang.. mama tak ikut abang duduk kl pun sebab mama kata nanti kesian aku nak balik hujung minggu jauh.. besarnya pengorbanan mama.. mula2 duduk sorang tu mama selalu menangis.. rasa sunyi sangat.. terasa arwah papa ada lagi.. ya la.. sebelum tu mama dok dengan papa.. mama yang jaga papa masa papa sakit.. 

masa aku kecik2 papa suka bercerita kat aku.. expectations papa tinggi.. masa kat arau, bila aku bagitau result exam, papa tak kata apa pun.. tapi sebenarnya kat orang lain papa selalu cerita papa bangga dengan aku.. masa diploma aku bertekad nak dapatkan anc sebagai hadiah untuk mama n papa.. tapi tak sangka papa pergi sebelum aku sempat habiskan diploma.. terkilan papa tak dapat tengok aku konvo.. terkilan jugak sebab aku tak dapatkan anc untuk papa.. tapi aku dah cuba yang terbaik.. mungkin tak ada rezeki aku.. ingat lagi papa pernah cakap, "tak tau la sempat tak tengok eta habis belajar".. tak sangka kata2 papa jadi kenyataan.. sedihnya.. 

masa papa tenat, aku kat arau.. aku menangis tak berenti bila mama call suruh balik.. masa tu aku sem 4.. aku naik teksi dari arau ke penang.. rasanya dah halfway ke penang, mama call cakap papa dah meninggal.. aku tak menangis pun sebab tak mau pakcik teksi tu tengok.. rupa-rupanya dia pun dah tau.. sampai penang, kak ja tunggu aku.. aku terus peluk kak ja n menangis terisak2.. masa tu ramai sangat sedara mara.. "eta tak sempat jumpa papa".. masa tu tak peduli orang tengok aku nangis dah.. lepas dah tenangkan diri aku masuk tengok arwah papa.. orang cerita masa papa tenat mata papa macam tercari2 sesuatu.. mungkin cari aku.. teringat kenangan last dengan papa minggu sebelum tu masa cuti raya cina.. aku lambai kat papa sebelum balik arau.. papa angkat tangan balik.. tu la kenangan terakhir aku dengan papa.. terbayang lagi saat tu..

walaupun dah 3 tahun papa pergi, papa sentiasa dalam ingatan kami sekeluarga.. semoga papa ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. amin.. al-fatihah..

Sunday, February 13, 2011

jangan pisahkan aku dan MAN U



masa sekolah rendah dulu dok tengok world cup ngan bapak aku.. masa tu aku suka tengok gabriel batistuta.. lepas tu tak berapa layan sangat bola.. time sekolah menengah semangat bola mai balik kat aku.. haha.. camna entah start gila manchester united.. aku pun tak tau.. cinta pandang pertama kot.. hehe.. man u ditakdirkan untuk aku.. aku terima dengan rela hati.. haha..

bapak aku sokong newcastle.. abang aku penyokong chelsea.. masa tu aku minat tahap cipan kat ruud van nistelrooy.. haa.. syok abis laa tengok man u main.. memang minat sepenuh jiwa raga laa.. sanggup bangun tengok game kul 3 4 pagi.. bapak aku tak tengok.. aku tengok sorang2.. jerit sorang2.. haha.. masa nistelrooy transfer p real madrid, aku frust gila.. 3 hari 3 malam aku tak makan.. haa.. over tak?? haha.. aku merajuk ngan alex ferguson lama laa jugak masa tu.. geram wo.. lepas tu aku suka tengok skill ronaldo plak.. barang2 man u pun kalau ikutkan ati semua aku nak beli.. haha.. tapi tak beli laa.. mana da duit.. takat tshirt n keychain ja yang aku ada.. tapi tshirt tu dah buruk dah.. nak kena beli lain.. ada tak penyokong liverpool nak tolong beli kat aku?? (yang paham tu paham la.. hehe..) time ada game man u tu aku mesti pakai tshirt tu.. baru semangat sket nak menengok bola.. hehe.. sekarang ni favourite player aku vidic plak.. hehe.. 

time kat kolej tak la tengok sangat bola.. time balik penang hujung minggu tengok la.. tu pun kalau game hari sabtu.. kalau game hari ahad tak bleh tengok la sebab balik arau dah.. tapi pernah gak turun pi bilik tv tengok.. sekali ja kot.. ya la orang lain nak tengok ceta kt tv bukan nak tengok bola.. kat umah sewa pun tak tengok gak la.. setakat subscribe goal alert ja.. hehe.. sekarang ni malas sket.. tak laa rajin bangun kul 3 4 pagi nak tengok bola.. kalau laa aku ada geng nak tengok bola mesti best.. teringat plak dulu aku berangan nak belajaq kat university of manchester sebab nak p old trafford.. haha.. tak pa laa.. nanti aku ada duit aku pi sana.. tengok game live.. wahhh.. bestnyaaa!!

Sunday, February 6, 2011

masa untuk kumpul balik semangat kerja!!



setelah 4 hari bercuti-->berjalan2, bergelak tawa, tido cukup 8 jam, makan terlebih cukup..


sekarang ni kena kumpul semangat balik sebab esok nak kerja!! yehaaa!! haa semangat tak?? haha.. dalam hati tak semangat pun.. selalu rasa best ja nak p kerja.. tapi kali ni lain sikit.. kurang sikit.. sebabnya?? esok nak kena tukar unit daa.. dulu kat dokumentasi.. bagi orang sign offer letter n agreement pembiayaan.. esok tukar p kredit plak.. nak kena handle customer yang baru nak wat loan plak laa.. kena kira berapa banyak depa bleh pinjam, buat pengesahan majikan, kuaq jenjalan buat marketing.. dapat laa rozeeta ni tengok dunia.. sebelum ni dokumentasi dok dalam ofis ja.. tapi ada gak la 2 kali sempat ikut kredit buat marketing..

haa.. lupa plak.. tadi aku kata kurang sikit semangat sebab kena tukar unit.. awat yang tak semangatnya?? apa laa eta ni.. ya laa.. tukar unit maknanya kena belajar dari mula balik.. start back from zero.. aku dah la blur.. good luck la sapa yang nak ajar aku nanti.. haha.. malas aih.. nak belajar pulak dahh.. bak kata linkin park, the hardest part of ending is starting again.. tu laa yang aku akan alami esok.. macam skema plak ayat.. haha.. teringat plak minggu lepas aku n dyana cakap kat staf sana suruh buat farewell party sebab kami nak tukar unit.. haha.. over aihhh!!

 dah laa.. sebelum aku melalut lagi, baik aku stop.. cau cin cau!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...