Sunday, January 16, 2011

best plak lagu ni..

tadi tengok selamat pagi malaysia.. ada la video klip mamat ni nyanyi.. cam best plak lagu dia.. nak cari tak tau tajuk.. tapi yang aku perasan dia sebut fobia cinta.. aku pun try la search.. memang betul laa tajuk dia.. sedap gak suara mamat ni.. nama dia nashrin.. aku tak tau pun sapa dia.. dok google tu baru tau dia masuk mystarz lg.. patut la tak tau.. aku tak tengok pun.. hehe.. ni ha lirik lagu dia.. aku dah download lagu ni.. layannn..








nashrin-fobia cinta

Pijakan kaki bagai tak terasa
Setiap kali lihat kau tersenyum mesra
Tapi hati masih tak berani lagi
Menghampiri

Denyutan jantung aku tergendala
Kerana hati aku berkata-kata
Jangan terkena untuk kali kedua
Kan sengsara

(korus)
Bukan aku tak sudi bersama
Cuma diri tak sanggup terluka
Dulu terlalu percaya
Tak sangka aku mangsa
Fobia cinta

Kini kau datang tawarkan segala
Bulan dan bintang seluruh angkasa
Namun aku masih ragu-ragu jua
Tak terima

(ulang korus)

Entah bila
Akan dapat percaya semula
Oh manusia yang kata
Cintai mereka
Adakah aku fobia cinta

(ulang korus)

Denyutan jantung aku tergendala






boleh pecaye ke??



hari tu aku ada mimpi.. mimpi ni buat aku rasa pelik sikit lepas bangun tido..

mula2 aku nampak ular keluar dari satu tempat macam kotak.. lepas tu ular tu hambat aku sampai dalam rumah.. (walaupun ular tak dak kaki tapi dia boleh hambat tau) lepas tu, ular tu nak patuk aku.. tu ja yang aku ingat.. hehe.. 

oleh sebab hari ni hari sabtu n aku bosan, aku pun cari la kat google.. (dah tak dak keja sangat la tu!)

ni ha yang aku jumpa..

-Jika bermimpi melihat atau dipatuk ular, maka petanda akan mendapatkan pasangan hidup
-Jika bermimpi melihat ular yang banyak, maka petanda akan mendapatkan kebahagiaan yang tak terduga
-Jika bermimpi dikejar ular, maka petanda ada seseorang yang mencintai anda
-Jika bermimpi melihat ular masuk rumah, maka petanda akan kedatangan tamu yang membawa kebahagiaan
-Jika bermimpi dililit ular, maka petanda akan melaksanakan hajat

kalau nak ikutkan tafsiran kat atas, ada 3 yang ada kena mengena dengan mimpi aku..

haa camna nak tau betul tak mimpi tu?? wallahualam..
mimpi mungkin petanda n mungkin jugak sekadar mainan tido.. 
tunggu ja laa.. haha..


Sunday, January 2, 2011

new year, new me..



new la sangat kan.. hehe.. azam taun baru aku?? ha meh nak habaq mai..

rozeeta nak jadi sorang yang lebih berani taun ni.. kurangkan sikit segan2.. nak jadi lagi confident bila berhadapan customer.. tak dak la depa nak tanya aku, "baru kerja ke?".. haha.. harap2 la.. tapi kalau tanya yang aku tak tau jawab, aku terpaksa la berlari merata mencari jawapan.. time tu nanti terserlah jugak la aku ni budak baru belajar.. hehe.. tak pa la.. learn through experience.. baru sehari masuk tahun baru dah terserlah keberanian eta.. dengan lasernya aku sound abang celcom pasal broadband.. cakap ngan dia siap macam dah lama kenal tu.. haha.. kawan aku pun terkejut tengok aku.. 

rozeeta nak jadi rajin sikit.. haha.. rajin banyak2 tak mau laa walaupun kat ofis aku agak rajin.. bila kat umah tu rajin online jaa.. nak bersungguh2 sikit nak buat thesis.. yang ni pun ada nampak improvement jugak sikit.. improvement apa?? hari ni aku mula tergedik2 balik cari journal setelah sekian lama.. kalau boleh, by next weekend nak ada tajuk dah.. boleh la nak meyakinkan advisor aku nak tukar tajuk thesis aku.. lepas tu boleh laa nak wat proposal walaupun aku sebenarnya clueless pasal semua ni..

rozeeta nak jimat cermat sikit.. sebab jimat cermat banyak rozeeta tak mampu rasanya.. kalau jenjalan, ternampak apa2 yang aku berkenan sangat2 takkan nak tengok saja kan?? mesti kena beli jugak.. hehe.. so jimat sikit laa.. tak la aku kekeringan duit bila abis study nanti.. hopefully boleh laa.. hari ni ja dah abis lebih RM250.. haha.. lingkup! bayar bil broadband dah RM117.60.. beli 2 baju nak pakai p praktikal RM99.. beli selendang RM8.. beli kasut RM40.40.. sebab apa RM40.40? harga 1 kasut RM39.90, 2nd pair bayar 50 sen ja.. haha.. orait laa.. bukan aku beli 1 kasut harga 100 ka apa kan..

rozeeta nak dapat kerja yang best.. hehe.. ni lepas abis belajar nanti laa.. 1st gaji aku nak belanja mama, abang, kak ja, my bro in law n dua anak sedara aku makan.. insyaallah.. kalau boleh nak rilek dulu la sat before start mintak kerja.. harap2 dapat kerja dalam environment yang best.. macam sekarang aku praktikal ni pun syiok.. tapi kerja nanti kat kl laa.. sebab mama cakap nak dok kl.. dekat dengan anak2.. aku akan try dapatkan sebanyak pengalaman yang mungkin masa praktikal ni.. nanti time mintak kerja ada la advantage sikit kalau dah tau macam mana nak interact ngan customer..

apa lagi ek?? hmm.. tu ja la kot azam2 utama aku.. adios!!

Saturday, January 1, 2011

kenapa aku suka nasik kandaq??



dah nama pun orang penang, kalau tak suka nasik kandaq tu agak pelik sikit laa.. (dyana mungkin terasa dengan statement ni..hehe..) tapi tolong jangan salah faham ye.. aku suka nasik kandaq bukan sebab suka kat mamak nasik kandaq tu ka apa okay!! (walaupun aku tau kalau suka kat mamak nasik kandaq ni untung sebab dapat makan nasik kandaq free hari2..hehe..) 


chopppppp!! ni apa kes ceta pasal mamak nasik kandaq plak?? haha.. ya la ya laaa.. berbalik semula ke tajuk asal, sebab aku suka nasik kandaq?? mesti la sebab kuah dia.. kalau makan nasik kandaq mesti kuah banjir.. (nasik melayu pun aku letak kuah banjir gak slalunya..) lagi pedas kuah tu lagi aku suka.. makanan tak pedas ni ibarat irama tanpa lagu la.. kiranya tak lengkap hidup kalau makanan tak pedas.. haha.. 


tapi ada satu benda yang aku pantang.. kalau ada kuah yang manis.. terbantut selera.. tak syok la kuah manis.. kalau camtu baik aku makan nasik dengan gula ja terus.. hehe.. cakap pasal lauk pulak.. tiap2 kali makan nasik kandaq mesti lauk aku sama jaa.. tak jemu ka?? mesti la tak! tapi tak tau laa.. tak pernah la wat eksperimen makan nasik kandaq hari2 selama sebulan.. mungkin kalau aku wat camtu, aku tak rasa nak makan nasik kandaq dah sampai bila2.. hehe.. 


eh tadi cakap pasal lauk tapi tak ceta2 gak lagi.. ok2.. nak ceta la ni.. sabaq laa.. nak merepek sikit pun tak boleh ker?? lauk standard aku bila makan nasik kandaq, ayam goreng, telur rebus n sayur kobis (alaa kobis yang masak kaler kuning tu).. tu laa lauk aku.. tak pernah plak rasa nak tukar lauk or tambah lauk lain.. hehe.. selalu makan kat pelita ja sebab dekat ngan rumah aku.. dalam RM5.20 camtu kot kalau tak salah.. haha.. siap ingat harga lagi tu.. kalau kebetulan p town petang2.. aku suruh la mak aku berenti kat line clear jap.. beli bungkus.. perghhh.. ayam goreng dia best wo.. haha.. tapi nasik dia sangat banyak.. nasik separuh pun dah cukup.. 

ishhh.. sedap pulak cakap pasal nasik kandaq ni.. haha.. tak pa laa.. nanti nak p makan dengan orang yang bagi tajuk post nih..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...