Wednesday, December 7, 2011

Memberi lebih baik dari menerima




Berada di pihak menerima memang la best. Asyik dapat, dapat, dapat saja. Siapa tak seronok kan? 

But the true joy datangnya dari memberi. Tak semestinya memberi tu cuma dari segi duit. Any act of kindness pun dikira memberi. Membantu orang lain. Apa lah sangat kan. Ada makcik nak lintas jalan, tolong dia. Ada pakcik tua bawak beg banyak. Tolong dia.

Dan sekiranya berkemampuan, apa salahnya hulurkan duit untuk membantu yang memerlukan. Tapi tak perlu lah nak bagitau satu dunia bila nak menderma. Siap masuk tv. Siap jadi headline newspaper. Apa motifnya? Mana letaknya keikhlasan? Biar lah tangan kanan memberi, tangan kiri pun tak tau.

Juga jangan lupa memberi kepada orang lain dalam hidup kita. Bagi sesuatu tanda ingatan. Tak semestinya benda mahal-mahal. Cukup lah untuk orang tu tahu kita menghargai dia. Belanja family makan. Bagi duit tiap-tiap bulan kat parents. Bila dapat tengok orang tersayang tersenyum  tu kita pun rasa bahagia. 

Bila kita memberi, kita akan dapat balik lebih dari apa yang kita beri.

Jadi lah tangan yang memberi dan beri dengan ikhlas.

Sekian saja untuk kali ni. Adios!

ps: patut tak aku terima kerja yang aku tak minat?

18 comments:

aiEz said...

berbuat balik dalam senyap,tak perlu hebahkan...tu yg sebaiknya,tp skrg ni dah lain dah...tp mana yg betul2 ikhlas tu alhamdulillah,sebab ikhlas tu rahsia Allah..ibarat semut hitam berjalan diatas berjalan ats batu hitam,tak siapa yg nampak...^^,

Pocket said...

yang berlalu kat tabng masjid tanpa tangan menjatuhkan apa apa pun banyak....


tp dalam tu not lima puluh n sepuluh pun banyak..
takkan ada orang gi jatuhkan lima puluh,
n korek balik pat puluh semilan kot kan?

kalau la pocket pun mampu sampai gitu skali...
kan ker besh :D

Dhiya Fariza said...

well said :) tak pertanyaan kerja tu tak pasti hehe maybe u could give it a try?

Saiazuan said...

so bnyk2 la bersedekah, orng kata pas memberi, sorok tangan :)

aimaniman said...

yupp dik.. kalau ada lebih, lebih baik kita memberi berbanding asyik nak tunggu org bagi je... lebih2 ilmu, walaupun sikit jika kita sebar2kan, bertambah2 ilmu tu betul kan..

AciDFlynNWraitH said...

teringat lagu Ruhil

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima
menolong orang jangan harap balasannya
biar dengan ikhlas
janganlah separuh hati

DuniakuAbstrak said...

Bila hati gembira dengan menyumbang itu bagus...bila hati gundah was-was mengharap balasan hasil dari sumbangan...itu problem..bersihkan hati..bersihkan hati..pasti hidup akan tenang

Rtp Farra Arisha said...

this is why we have been advised to not behave riak dan takbur all the time. kebaikan yang kita semua lakukan seharusnya dianggap kebaikan suci dan murni..so, it's totally wrong to show off when doing good. let us considers this such the responsibility we've to do..:)

Azham Vosovic said...

saya datang sini memberi perhatian....

hehe, memberi juga kan?

heheheheheh

Woofer Storm said...

sy ni asyik menerima je,memberinya tak tahu bila.hehe

*nice entry^^

EmpayarUtama said...

Terima ajalah kerja tu, sementara tunggu rezeki lebih baik :)

rozeeta rashid said...

aiez: betul tu. biar ikhlas. =)

pocket: ikut kemampuan la. kalau bagi seringgit dengan hati ikhlas pun takpe. =)

dhiya: maybe i should. hehe.

zuan: senyum pun sedekah. hehe.

rozeeta rashid said...

aimaniman: aah. betul tu. =)

acidflynnwraith: wah siap dengan lirik tuu. haha.

duniaku abstrak: bila ikhlas, hati pun senang. =)

arisha: yup. biar orang tak tahu lagi bagus. =)

rozeeta rashid said...

azham vosovic: haha. terima kasih atas perhatian anda.

woofer storm: insyaallah nanti awak pulak yang memberi. hehe.

empayar utama: ok boss! hehe.

Awan Biru said...

Ikhlas itu susah nak dapat.
Terima saja buat sementara waktu. Nanti ada kerja yang diminati, barulah beralih kerja.

Hanie_Dew said...

sementara ada rezeki dapat kerja tu accept je. mana tau tu ada la pintu utk ke arah kerjaya yang ko minat???

NOOR FATIN said...

sikit pun asalkan memberi. yang menerima harus menghargai. ye dak?

.diannorhayati. said...

yes, kita akan dapat lebih dari ape yg kite bagi. insyaAllah :)

hee. kerja yg tak minat? maybe can try it first. kdg kdg mungkin pd mulenye tak minat,tapi lame lame boleh jadi serasi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...