Monday, December 12, 2011

Keputusan: Ikut minda atau gerak hati?



Hidup kita banyak memerlukan kita membuat keputusan. Hari-hari kita kena buat keputusan. 

Aku nak bangun ke aku nak sambung tidur lagi?
Aku nak makan nasi ayam ke koay teow tomyam?
Aku nak pakai baju merah ke aku nak pakai baju putih?
Aku nak tengok channel Starworld ke aku nak tengok channel ESPN?

Tapi kat atas ni keputusan yang dikira mudah lah kan. 

Bila keputusan yang perlu dibuat melibatkan sesuatu yang lebih berat? Keputusan yang melibatkan masa depan. Masalah akan jadi bila minda dan hati tak sependapat. 


A situation where you are required to choose between what you want and what is best for you. The mind chooses option A, the heart chooses option B. Ishh! Pening!! Tak boleh bawak berbincang ke Minda dan Hati? 

Contohnya:
Nak sambung belajar or nak kerja?
Nak pilih kerja yang tak minat or nak terus tanam anggur?
Nak kahwin dengan pilihan keluarga or pilihan sendiri?
Nak jadi bini nombor 2 or tunggu Mr Right yang single?

Haha. Contoh last tu memang tak tahan.

Jadi bila berhadapan dengan situasi yang buat kita rasa serba tak kena ni, fikir sedalam yang mungkin. Jangan terus ikut kehendak hati je. Fikir baik buruk kedua-dua option. Kang tersalah pilih, menyesal tak sudah pulak.



Apa-apa pun, kita kena sedar yang kadang-kadang apa yang kita nak tak semestinya adalah yang terbaik untuk kita. Kita cuma merancang, Allah yang tentukan. Sebabnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. 

Doa mintak petunjuk mana keputusan terbaik. Solat istikharah. 

Sekian saja untuk kali ni. Adios!

16 comments:

riffzam said...
This comment has been removed by the author.
riffzam said...

akal hanya mampu berfikir, tapi hati yg menanggung perit dan manisnya.mungkin.

rasanya lebih baik ikut gerak hati sbb akal kadangkala diselangi dgn nafsu.mungkin. :))

dan bila dah buat keputusan.bertawakal.terima seadanya.insyaAllah.semuanya telah ditentukan Allah swt terbaik utk hambaNya.dan segalanya ada hikmah drpdNya.

*maaf jika ada tersilap dlm komen ini* :)

Ad-Dien said...

jika ada dilema dalam buat keputusan..istikharahlah...moga Allah memberi jalan keluar yg terbaik buat kita

wawawawa said...

penah mimpi ular jugak..tp x dk org pinang pun lg..hahaha ;)

btw, sy mmg xpndai buat keputusan..huhu..setiap kali keputusan mesti tension n blurr..

solat istikarah sentiasa menjadi jalan terbaik..

Awan Biru said...

Orang tua ada cakap, ikut hati mati, ikut rasa binasa.

Jika keliru, ambil jalan tengah yang menguntungkan.

Apa-apa pun sandarkan pada Allah.

Azham Vosovic said...

alamak...sy bukannya jenis yg sabar hehehe

Hanie_Dew said...

keputusan bole jugak mengikut keadaan semasa kan.
pun ikut keperluan jugak. yang penting pertimbangkan baik buruk setiap option.betul ckp ko.

aiEz said...

kalau ada rasa was2 dalam membuat keputusan,mohon petunjuk dariNya,moga segalanya dipermudahkan...InsyaAllah..^^

konde said...

allah tau apa yang kite tidak tau :)

Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

syahirooAhmad said...

sebelum wat keputusan pikir betul2.. pikir dalam2.. semua faktor harus diambil kira... tapi kalau setakat nak beli baju.. beli je.. esok2 beli yg lain.. :D

Anonymous said...

aku tak tahu la.. ikut hati la kot.. tapi aku ni jenis yg susah nak buat keputusan.. kalau dah buat pastu aku ragu ragu pulak.. emm

abu
www.ashgive.com

DuniakuAbstrak said...

keputusan memerlukan pertimbangan dari segala sudut..banyak hal dan perkara kena ambil kira sebelum mebuat sesuatu keputusan..jadi akal memainkan peranan dengan memikirkan kesan-kesan yang bakal berlaku jika sesebuah keputusan itu di ambil..akal berfungsi berpandukan logik dan ilmu..manakala hati banyak bersandarkan gerak hati dan naluri..membuat keputusan berdasarkan hati juga kadang-kadang membantu...dimana kadang-kadang naluri hati boleh melangkaui logik akal dan pemikiran manusia...tidak semua boleh nampak dengan mata kasar dan analisis...

mata hati juga mampu melihat..

Dhiya Fariza said...

the hardest decision i have to make everyday is, nak baca buku or nak tidur haha.

at the end of the day, praying for strength from God is the only way i get through everything

LAici KAng Ais said...

lu pikir lah sendiri. haha :)

NOOR FATIN said...

kekadang kan payah betol kalau bab kehidupan dan masa depan kita. kang pilih yang tu, yang lain lagi elok..wuwuwuuw. kekadang rasa menyesal pulak kalau tak fikir panjang2.huuu

.diannorhayati. said...

hee. ikot hati n minda sekaligus. kdg2 ikot gerak hati ni bagus tp kene bawak sekali minda utk fikir yg baik dan betul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...