Friday, December 23, 2011

Tragedi Pesta Penang


Semalam anak kakak aku tetiba je nak balik Penang. Umur 10 tahun. Dah nak habis cuti sekolah baru nak datang. Maka aku dengan mak aku pun kena la pergi ambik dia kat airport. Rupanya dia balik sebab nak pergi pesta Penang. Cehhh!

Tadi kami pun pergi la pesta. Lepas berjalan-jalan, makan-makan, sampai la masa yang anak sedara aku tunggu-tunggu. Nak pergi naik rides yang ada kat situ. Mula-mula sampai, kami pun tengok la orang naik Top Gun. Untuk yang tak tau, Top Gun tu yang dalam bulatan biru dalam gambar kat bawah. 

Gambar ditaja oleh Google

Benda alah ni boleh pusing 360 darjah. Ada dia stop kejap kat atas, lepas tu turun dengan lajunya. Then, tiba-tiba aku nampak kertas berterbangan. Eh kertas apa pulak dah. Bila dah dekat, baru aku perasan. Duit!! RM 10. Boleh tahan banyak jugak lah. Anak sedara aku dapat sekeping. Orang sebalah kami pun dapat.

And guess what?? Hujan duit tu jadi lagi sekali bila Top Gun tu berpusing lagi. Ada duit RM 50 jugak. Ada satu geng budak lelaki (budak besar) dengan senang hati kutip duit yang berterbangan tu. Lepas tu diorang blah. Aku suruh anak sedara aku bagi balik duit tu. 

Bila Top Gun tu dah stop, anak sedara aku, orang sebelah kami and ada sorang lagi pakcik pergi nak bagi balik duit tu. Duit tu kepunyaan minah indon. Sedih muka dia. RM 30 je dia dapat balik. Tak tau lah lepas tu ada orang bagi balik lagi tak. Aku tanya kat dia, duit tu berapa banyak semua sekali, dia cakap RM 500! 

Aku agak terkejut beruk lah jugak dengar. Tak sangka sampai banyak tu. Maknanya RM 470 lesap dibawak lari dek orang. Sumpah kesian. Bayangkan kalau RM 500 tu je duit dia yang ada. Dia nak makan apa nanti??  

Memalukan pulak rasa tengok perangai manusia yang rakus ambik duit orang.

Moral of the story, sila jaga beg anda baik-baik kalau nak naik rides tu semua so that tak jadi kejadian macam minah indon tu. And one more, sila laa jadi orang yang jujur. Kesian laa kat tuan punya duit tu.

Sekian saja untuk kali ni. Adios!

Kalau beli barang and dapat lebih baki duit, korang bagi balik tak? 

ps: sakit badan naik bumper car. dah la bumper car yang aku naik tu gila. bukan jalan ke depan, dok reverse pulak! arghh!!

17 comments:

aiEz said...

kesiannya...tp minah tu pun bawak rm bebanyak keluar...jenuh..==`

budak penjara said...

ak x berani nk men menatang ni..kan klu cabut skru cmne??mati x smpat mengucap..huhu

Dhiya Fariza said...

Im so proud to hear u suruh anak sedara pulangkan semula duit tu. Kesian that lady. Patut simpan elok2. Pulangkan duit baki terlebih tu, kalo dhiya perasan on the spot memang oulangkan tapi kalo dah balik rumah, mandi makan baru perasan, hehehehe tak pulangkn hehehe malunya rasa.

Pocket said...

kesian kat budak seberang tu, bonos sebulan gaji, abih gitu je dikebas org.

kalau kita pun kita doa org pulangkan kan?
sama la ngan diorang.
n kita yang 'mampu' lagi ni,
bebawak la pulangkan.

teladan yg baik kamu tunjukkan.

Saiazuan said...

perghh rasnya dia x smpan btl2 wit dia, sbb tu leh trjatuh mcm tu nye bnyk

LAici KAng Ais said...

pening tak ? haha

semutsengal said...

kahkahkah,


sapa suruh cuai.

Mohd Izzar said...

dasat..mcm hujan duit arh lau g2..

ShahzCudin said...

hmm..kesian dia..bukan rezeki dia la tu..tp sedih jgk tgk perangai org yg ambik duit tu xnak pulangkn..

hamzah ian said...

pergh... duit byk2 tp wat naik mende alah ni nape..

sian dia

eLLa n aLia said...

mesti tuan punya duit tu frust lepas tu kan...

dhiera said...

orang yg amek beratus-ratus tu pun tak da rase kesian ke?

.diannorhayati. said...

kesian nye orang tu..

i thought betol betol hujan duit :p

Hanie_Dew said...

menyampah pulak kat org yg tak jujur tu.harap dia sedar dan pulangkan duit tu. tp nak pulang pun tak tau tuannya dah. kalau dia di tmpt minah indon cemana.harap ada pengajran kat dia supaya dia tak buat lagi lain kali. tsk tsk tsk.

Sarah Mohd Saleh said...

untong laa spe yg dptttt

Azham Vosovic said...

Ya Allah....kesiannya....

Moga Allah bantu wanita berkenaan.

Niat murni betul la warga Penang ni....bagus, terapkan nilai kejujuran dlm diri sendiri dan org lain, terutamanya melalui blog...

Juliet_iRa~" said...

Ya Allah kesiannya..

xbaik la buat mcmtu..sbb kita tahu duit tu ada pemiliknya kan..

kalo sy, pulangkan blk juga..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...