Wednesday, November 30, 2011

Pengajaran


Dalam membuat sesuatu perkara, penting untuk kita bagi sepenuh perhatian. Sebab bila kita leka, masa tu lah akan jadi benda yang tak disangka.


Cehh serius semacam bunyi ayat kat atas tu kan?? Lagi satu, apa kaitan gambar selipar kat atas ni?? Haa. Meh sini nak cerita.

Kelmarin makcik aku telefon, suruh tengok new straits times. Ada iklan kerja kat hotel baru bukak kat kl. Masa tu dalam pukul 3 kot. Aku dah la selsema. Otak pulak tengah serabut sejak dua menjak ni. I'm present but I'm absent. Tu  malas gila nak keluar beli paper.

Setelah berjaya me-motivate diri aku untuk bangun dari sofa, aku pun pergi la siap-siap nak ke tesco. Saja cari alasan nak beli apple pie mcd sebab tu decide nak ke tesco. Pakai pun cincai-cincai je. Dah sampai tu aku pun pergi la mencari paper and apple pie tu.

Lepas tu aku terus pergi ke kereta. Nak balik dah la. Masa tu, aku pakai selipar tebal macam kat atas tu laa. Cuma selipar tu bukan warna pink tapi hitam and selipar aku bukan roxy tapi dibeli kat kangar dengan harga 12 hengget setelah ditawar-menawar dengan apek kat bazaar.

Dah sebab aku pakai selipar tebal, aku rasa tak selesa nak bawak kereta. Tak tau tekan klac banyak mana, tekan minyak banyak mana. Jadi aku pun bukak la selipar. Bila nak start enjin, aku tengok ada kertas iklan depan cermin kereta. 'Arghh! Mangkuk ayun mana pulak letak ni!!". 

Maka dengan malasnya, aku keluarkan sebelah selipar, pakai and ambik kertas iklan tu dengan perasaan yang annoyed. *sila bayangkan* Lepas tu terus aku reverse keluar parking and drift balik ke rumah dalam hujan lebat. Rumah aku parking tingkat-tingkat. Agak gelap masa tu.

"Finally! Sampai jugak rumah," bisik hati aku. Eh buat ayat macam dalam novel pulak dah. Bisik hati bagai. Haha. Aku pun pakai la selipar nak keluar dari kereta. Tiba-tiba.. "Eh! Mana selipar lagi sebelah ni?? Sebab gelap kot aku cari tak jumpa". Cari-cari memang sah tak ada!

Last-last aku buat kesimpulan aku tinggal selipar aku kat luar kereta masa nak ambik kertas iklan. Apa punya bengong?? Otak aku melayang ke mana laa masa tu. Dari mood tak ok terus aku tergelak sorang-sorang dek kerana kebengongan diri sendiri. And guess what, aku jalan dari parking ke rumah dengan sebelah selipar je. Rajin pulak nak pakai sebelah selipar.

Eh panjang pulak aku cerita. Haha. Sekarang nampak tak kebenaran ayat pengajaran aku kat atas sekali tu??

Always be alert okay! Don't be like me. =)

Sekian saja untuk kali ni. Adios!

ps: nasib tak terserempak jiran masa berkaki ayam sebelah kaki

21 comments:

bleanck_braiyne said...

hahahaha eta mengong!! hahahahahahaha

aiEz said...

pengajaran,kena peka dgn apa kita buat...hehe,xmo fikir ke lain,hehe...;p

budak penjara said...

oh dh rugi la slipar wtne lapis2 cam kek tu..heheh

Dhiya Fariza said...

Hahaha sorry tak boleh stop gelak hehe

Saiazuan said...

hahaha kena lebih alert pasni ya :)

pengajaran baik tu :D

Pocket said...

hahah!
tinggal sebelah tu yg sedih tu.

so xg cari blk ke?
mahal gak tu! 12hinggit tu wit gak.
heh

LAici KAng Ais said...

terpijak tahi tak ?ahah :)

Azham Vosovic said...

sebab da biasa masuk kereta tanggalkan kasut heheh....mcm masuk rumah hehehe....lawak lah entry ni heheheeheh

EmpayarUtama said...

Hahahahahah tak bley tahan. Selipar yang belah mana je yg tinggal? Aku ada lg sebelah ni nak tak

Juliet_iRa~" said...

kekkee..

nmpak nya dah 'matang' sgt la tu smpai terlupa..hihihi..;p

dia suh beli selipar baru tu..kekkeke

khairul akmal bin azman said...

roxy tue mmg kiut la kaler2 dia..
suke girl kai kasut 2

Hanie_Dew said...

then ko jalan mesti pelik sebab ko pakai selipar sebelah je pastu selipar ko tinggi cenggitu.kahkahkah..kok tinggal selipar kat luar kete. ko ingat nak masuk umah ape kene tinggal selipar kat luar. kahkah..lawok lawok..

Hanie_Dew said...

ehh..lupe plak. kalau betul kitorg jual cupcake aku paksa ko beli 10 bijik setiap hari.

Nizam Ijam said...

hahahahaaaa..... lawak2 :)

ekabukanmakcikkau. said...

hahha sengal lah kau . pengajarannya , kalau nak buang iklan jadah hape , takyah pakai kasut langsung . atau tak payah beli roxy ke seksi ke hape ke selipar jepun pon boleh pe . tak payah nak beriya mintak less kat apek tu hahhaa

Woofer Storm said...

jgn berangan lebih lain kali tau sis.hehe


*mesti comel jalan pakai satu selipar je..hehee

rozeeta rashid said...

kiah: haha. sonok na gelak kat aku!

aiez: macam tu lah nampaknya. haha.

budak penjara: tu bukan gambar selipar saya. selipar saya warna hitam je.

dhiya fariza: haha. teruskan gelak. laughter is the best medicine. =)

rozeeta rashid said...

zuan: yes boss! kena lebih alert. hehe.

pocket: tau tak pe. haha. tak pergi balik pun. masa nak balik tu ada kereta tunggu nak masuk parking dah. mungkin selipar tu dah kena lenyek kot. hehe.

laici kang ais: haha. of course lah tak!

azham vosovic: tu lah akibatnya tak fokus. hehe.

rozeeta rashid said...

empayar utama: selipar belah kanan. haha. belanja beli selipar baru boleh??

juliet ira: nampak gaya macam tu la. nak suruh beli selipar baru. hehe.

khairul akmal bin azman: ada jugak ye suka tengok girl pakai selipar roxy eh? hehe.

hanie dew: haha. tau tak pe. terhincut2 dah jalan.

rozeeta rashid said...

nizam ijam: gelak laa. haha.

ekabukanmakcikkau: nak pakai kasut kau boleh?? haha.

woofer storm: ok2. hehe. mesti lah comel! haha.

Kazen said...

hahaa adoi ade gak gitu yea...tak sangka lak sbb kertas iklan je slipar leh ttinggal :p

tgh cari keje ke tu...kalu de kosong recommendlah cini jugak :)

Entri Terkini | Rambut panjang, pendek mana lebih kacak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...