Friday, November 25, 2011

Forgive and forget??



Memaafkan dan melupakan. Mudah ke? Memaafkan ya, tapi melupakan mungkin tidak. Kadang-kadang sebagai manusia biasa kita susah nak maafkan orang yang sakitkan hati kita. Bila sampai masa kita boleh maafkan tu, hati rasa tenang. Tapi untuk melupakan apa yang orang tu buat tu rasanya tak mungkin. 

Bila aku kata tak mungkin tu bukan bermakna aku ni pendendam. Selalunya bila kita ikhlas maafkan orang, akan ada jugak di hati apa yang dah orang tu buat. Betul tak? Ya lah, parut mana boleh hilang sekelip mata kan? Parut tu kira as a reminder la supaya lebih berjaga-jaga next time.

Everyone deserves a second chance. Some lucky people even a get third, fourth, fifth chance. Some people learn from their mistakes. Some don't. And that is why munculnya third, fourth, fifth chance ni. Orang yang tak pernah belajar dari kesalahan. Atau mungkin orang tu tak sedar pun dia dah menyakitkan hati orang lain. Without realization.

And orang yang dapat banyak chances ni sangat lucky. Sebab ada orang sanggup maafkan dia walaupun dia keep on repeating the same damn thing. Jadi, orang yang tak makan saman ni deserve tak all those extra chances? Definitely not. But he/she is definitely lucky because there is a person who loves him/her that much. Sanggup bagi banyak peluang.



Message to manusia pemaaf: 
Kadang-kadang lebih baik maafkan dan move on dari maafkan dan terus biarkan diri disakiti. 

Sekian saja untuk kali ini. Adios!

ps: hati sendiri pun perlu dijaga



26 comments:

Woofer Storm said...

maafkan sy bila sy kata entry ni memang cun..hehee

*maafkan ia walaupun kekadang benda tu menyakitkan hati kita..bak kata orang ,jaga hati orang walaupun hati kita sendiri yang sakit..ermmm

Saiazuan said...

hmm i can forgive and easily forget.. but in some cases (about feelings) i cant easily forget..

AciDFlynNWraitH said...

never forgive and never forget. Sedangkan Nabi ampunkan umat, ni kan pulak kita manusia biasa.

budak penjara said...

bagi aku memaafkan susah..melupakan mudah..er boleh ke gtu??hehe

Eera Shera said...

betul2.. memaafkan sebenarnye tak la susah mana. yang susahnya melupakan sesuatu dengan senang hati ;)

Dhiya Fariza said...

i agreed when u said, some things can be forgiven but not that easily be forgotten, bukan sebab berdendam tapi sebagai peringatan supaya benda sama tak jadi lagi.

Pocket said...

mana buleh kita maafkan n lupakan. kalau gitu kita pasti xbelajar dr kesilapan. kan ke xbetul tu.

skali kamu ditipu sidia,
maafkan, lagi nak biar dia
ke genting, clasmet reunion konon?

betul mcm kata kata kamu yg last tu.
ati sndiri pun kna jaga gak!

aiEz said...

memaafkan itu perlu...melupakan?mungkin tak..sebab apa.yg pernah terjadi dijadikan satu.pengalaman dan pengajaran..supaya lebih berhati2 dimasa depan...

Hanie_Dew said...

Some can forgve n forget.ni yg sebaiknya.tp cm ko kata mmg xmgkn nk lupa.reminder tu pentg supaya org xpijak kpla kta sesuka hati.

Asrul "iLham" Sany said...

untuk melupakan tu lah yang paling susah...

Sarah Mohd Saleh said...

sdgkan nabi on maafkan umat diee nih kn lak kite

NOOR FATIN said...

boleh maafkan tapi susah nak lupakan

khairul akmal bin azman said...

tue la kay amalkan..

baru selamat dunia n akhirat

Juliet_iRa~" said...

btul2..

belajar memaafkan dan melupakan..

tp ada bnda y mmg payah la nak wat camtu...

psss : mcm2 gaya tudung ada skang...uhuuu

Rashid said...

ermm .. demi kesihatan hati ..maafkanlah dia ..

Abg Stalker said...

setiap org layak menerima peluang sekurg2nya 2x.lepastu abg rs x pyh da kot bg peluang.so kne pandai la guna peluang tu.wlupn abg selalu gk bt silap tp xde la berulang kli. :)sama juga dgn meminta maaf.sume org bole minx maaf,tp x semuanya ikhlas.

ABU said...

wah entry ini betul betul dtng daripada hati..
betul apa yang di perkatakan.. parut itu paling penting, pengajaran spya next time tidak berulang.. yes "everyone deserves a second chance"..

Rtp Farra Arisha said...

these 2 important things, memaafkan dan melupakan..wajarlah bagi seseorang untuk memaafkan seseorang..malahan Allah juga Yang Maha Pengampun, tidak mungkin kita tidak boleh melakukan hal yang sama? :) it's not easy to forget someone or something kerna it's memory behind us that we don't really know apa sebenarnya tersirat..

Azham Vosovic said...

aiyak...bunyi mcm patah hati sangat2 ni hehehhe

Nizam Ijam said...

sabo2..hehe

yen(toka ziizokukuto) said...

kiranya,,susah jugak ar nak dapat keikhlasan tu kan ;)

Woofer Storm said...

maafkan sy andai ada tutur kata yang tidak enak pada rasa hati anda.heehe

salam maal hijrah^^

dhiera said...

dah cukup baik la tu klo dapat peluang banyak kali. tapi kenapa tak nak hargai peluang tu?

Daddylicious said...

semuanya bersebab dan adakalanya kita sendiri kurang memahaminya...redha dan terima sebagai satu ujian darinya...:)

Akue Achik said...

revenge and regret..it`s a new thing for me..

sy jrg dpt chance..huhu

LIPISLADY said...

Sallam,

kalau dah dimaafkan,
tapi masih keep on doing the same thing,
akhirnya mesti kita boring dan nak marah juga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...