Monday, November 21, 2011

eh lupa lah!

Kali ni aku nak cakap pasal... Eh aku nak cakap pasal apa ni? Lupa pulak. 

Kejap. Bagi aku 2 minit. 

Haa aku dah ingat! Aku nak cakap pasal pelupa laa. Lupa pulak. Haha. 


Antara petanda anda seorang pelupa:
1) Tengah bercakap dengan kawan, tiba-tiba jadi blank. "Eh apa aku tengah cakap tadi?"
2) Nak keluar rumah. Cari kunci kereta tak jumpa. Cari sampai tension. Sekali jumpa kunci dalam poket.
3) Nak ambik barang dalam bilik. Masuk bilik je, "Eh barang apa aku nak ambik tadi??".
4) Bangun pagi, "Eh aku kat mana?? Siapa aku??".

Ok yang last tu tipu. Tu bukan pelupa dah. Tu hilang ingatan. Mungkin masa tidur jatuh katil terhantuk kat mana-mana. Hehe. Yang 1 sampai 3 tu semua ada kat aku. Haha.

Kenapa boleh jadi pelupa ni??
Stress
Arghh! Banyaknya kerja! Sikitnya masa. Banyaknya nak kena bayar! Sikitnya duit! Stress buatkan otak memikirkan banyak benda. Stress jugak boleh sebabkan hilang fokus. Maka jadi lah lupa ni.

Tidur tak cukup
Pergi kelas/kerja, balik dah lewat. Sambung pulak online ataupun lepak-lepak dengan member. Masa tidur tak cukup dan menyebabkan keletihan. Keletihan akan mengganggu maklumat yang disimpan dalam otak. 

Pemakanan
Apa yang diisi dalam perut pun mempengaruhi daya ingatan. Protein baik untuk pembentukan sel-sel otak. Junk food dan minuman bergula sebaik-baiknya dikurangkan.

Kesimpulannya, take care of your self okay! Jangan jadi nyanyuk sebelum waktunya. Hehe.

Sekian saja untuk kali ni. Adios.

ps: type entri ni sambil tengok bola. time break aku type. malaysia menang woiii!! tak sia sia aku menjerit macam orang gila!!

20 comments:

.diannorhayati. said...

dian mmg pelupa :p

selalu pasal kunci rumah.

n adik jadi mangse maki. wehh mane kunci rumah?? padahal kat tangan =.='

fuuuu. haha

Dhiya Fariza said...

hehe something wrong with the limbic system maybe hehe yeaaaay msia menang!

Nizam Ijam said...

hahaha... sampai gitu skali nak ingat..hehe

Saiazuan said...

hahaha aku bnda2 bab conversation jrng lupa.. lupa bab belajar.. adoi~

Pocket said...

kamu lupa yang orang tua dok sebut dulu.

makan semut banyak sangat masa kecik.
heheheh:)

Asrul "iLham" Sany said...

gua slalu fail nk ingat bab2 berkaitan ngan nombor

T_T

dhiera said...

pernah jadi 2 dan 3~ hukhuk

rozeeta rashid said...

diannorhayati: haha. bengang kan bila jadi macam tu??

dhiya fariza: woohooo! happy ni! =D

nizam ijam: haha. saja buat2 pelupa teruk.

zuan: lupa bab belajar tu biasa la. haha. kalau ulang2 selalu ingat la. =)

rozeeta rashid said...

pocket: minum jus semut kot. haha.

asrul ilham sany: nombor saya senang ingat. hehe.

dhiera: biasa la tu kan. kadang2 masa nak cepat tu la nak lupa. =)

Akue Achik said...

tidur tak cukup..agreed! huhu

smpi lupa apa yg saya da bljar..kui3

Mohd Izzar said...

tidur tak cukup pn faktor utama ehh?

KizZ said...

banyak makan semut pun leh jadi penyebab ek??huhu

rozeeta rashid said...

akue achik: kena make sure tidur cukup la. =)

mohd izzar: aah. tak cukup tidur susah nak fokus.

kizz: ye la. semut memang boleh sebabkan lupa.

ShahzCudin said...

nak komen ape td ha? lupe la..hahaha

slalu lupe klo psl brg2 mcm kunci kreta, wallet, hp..hadoi~ byk sgt pikir abnde laen agaknye.. :)

Rtp Farra Arisha said...

arisha pun sering menjadi pelupa out of blue. i wonder why this can be happened =,=

Eera Shera said...

arr..sape aku? aku kat mane ni? hihi

alamak..semua tanda2 tu ade la..grrr

Awan Biru said...

Pelupanya aku.

Sarah Mohd Saleh said...

i salu jd cmni...srg pelupo...

Hanie_Dew said...

Smpai umah dgr ko jerit.ish ish.

Ada teori kalau temkn semut jd pelupa. Betul ke tak,xtau la.

Cemana lak kalau temkan semutsengal? << blogger

Azham Vosovic said...

Hurm...orang cakap banyak faktor pelupa ni...

mungkin dulu masa kecik suka makan jajan, maggi, asam n jeruk hehehhehehe....orang la cakap.... n makan semut gak hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...