Wednesday, November 9, 2011

Cinta tiga segi: Aku, dia dan ...


"Saya sayang awak. Awak tau tak? Awak faham tak? Saya selalu ada untuk awak bila awak perlukan saya. Tapi..awak? Awak menduakan saya. Saya terpaksa berkongsi kasih. Saya hanya kekasih separuh masa macam lagu The Lima tu. Apa salah saya, awak??"

Tu lah dilema yang dialami perempuan bila terpaksa berkongsi kasih. Dan pihak ketiga tu adalah bola sepak. Bukan lelaki tu ada perempuan lain pun. 



Perempuan kan berhati lembut. Bila dah sayang, dia nakkan perhatian dari lelaki yang disayanginya. Jadi bila diabaikan, dia rasa sedih lah. "Sampai hati dia buat aku macam ni. Dia dah tak sayang kat aku ke?" 

Bila hujung minggu je tak free. Nak tengok bola. Bila call, tak angkat. Bila message, berkurun baru nak reply. 

Tu laa, dulu dia ajak tengok bola, bagi alasan, "Ish tak nak lah tengok bola. Bosan. Offside tu menatang hape pun I tak tau". Sekarang dia tak ajak, sentap pulak. Konon dia tak bagi perhatian dah.

Solution:
Apa kata join dia tengok bola. Learn about football. Tak kenal maka tak cinta kan. Sokong team yang dia sokong. Sama-sama celebrate bila goal. Or sokong lah team lain. Boleh gaduh gaduh pasal bola. Best kot! Haha. Bila team dia kalah and team kita menang, boleh berlagak. Bila team kita kalah, jawab laa, "Biasa la tu kalah menang adat pertandingan. Lagipun dah takdir". Haha.

Jadi tak timbul dah masalah cinta tiga segi sebab kedua-dua madu dah boleh berdamai. Hehe.

Sekian saja untuk kali ni. Adios!

ps: mesti pakai baju merah bila hari yang ada game man u

22 comments:

ekabukanmakcikkau. said...

aku tak kira , aku suka liverpool kalau laki aku suka man u sekalipun aku takkan suka man u muahahhaha .

Saiazuan said...

hehe psl bola xkn aku gadoh ngan mbr mahupn sesiapa sahaja.. permainan je kan :D

Akue Achik said...

hehee..dulu sy minat bola, skg da x lg..tp Chelsea ttp bertakhta di hati.. :)

Nizam Ijam said...

minat bola...tp makin lama..makin kurang..

AcidFlynN Wraith said...

Disini... bermula.. satu cabaran.. hey hey BOLA CINTAAAA... betol tu cik eta. Understanding each other without compromise. That the best solution. yeahhh go CHELSEA! chelsea chelseaaaa

Cik Eliza said...

aku selalu di madukan dgn bola.

haha

محمد رازيق said...

setuju.. berkongsi minat dengan pakwe apa salahnya :)

abu said...

hahahahaha sabar je la..
tpi bagus tips tu.. serius.. kongsi minat sama sama..

Woofer Storm said...

minat merah,of coz minat MU..eheee
tetapi harimau malaya pun kena support juga..he


follow kamu..thank sudi dtg blog buruk sy^^

semutsengal said...

heyhey,


bosanlah gaduh sebab bola.


KAHKAHKAHKAHKAH !

BLADE EDGE said...

biasa la tu, lelaki. kalo dah minat sesuatu perkara tu, mmg sungguh2 la diberikan perhatian tumpuan :-)

Anonymous said...

huntung la kan kalau duo duo minat bola

atok,
www.anaknegori.blogspot.com

aiEz said...

hahaha,ingatkan apa ler..rupanya kes kena madu dgn bola...hehe..tapi tu ler,kadang2 lelaki ni obses sgt dgn bola ni..awek no 2,hihi


*aie tak suka bola..*motif bgtau?*hahaha

budak penjara said...

haha..aku selalu tipu tunang aku yg aku sudah jaran bermain bola..pdhl tiap2 ari men..klu ckp men bola..kena marah sbb men bola kuat sngt..hehe

Sarah Mohd Saleh said...

betul2 nt xte lahh rse sentap xtentu hala

EmpayarUtama said...

Tapi aku tak minat bola...

Rtp Farra Arisha said...

fighting cause of bola? HAHAHAHAHA it's quite funny ;)

Dhiya Fariza said...

dhiya dgn pasangan (wolverine) memang fanatik chelsea alhamdulillah takda kes di duakan.

nanti dhiya jawap ur tag DONT U WORRY. wait for it :)

Hanie_Dew said...

i'm Man U girl too... sekang ni dah join tgk bole sekali ngan hasben aku. kalau tak harus la kene tinggal kat rumah kan.

Hanie_Dew said...

yang kitorang pegang tu macam shout untuk support woman's day. masa ni gi support jue utk woman's day celebration dengan 3R/ masa tu jue contestant utk 3R dove freshie

konde said...

cinta segitiga itu tak baik.... :D


Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM100, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

.diannorhayati. said...

actually,before this im fan of football. motif? player nye handsome. hahahahah. bf pulak panas hati jadinye. hihi :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...