Thursday, November 3, 2011

Cara unik cari jodoh



Hujan atau ribut kita tetap bersama. Ewahhh!


Jodoh...jodoh di mana awak? Awak sihat tak hari ni? Ke awak tengah selsema macam saya jugak? Saya risau tau. Take care ok? Nanti sampai masa saya ditakdirkan jumpa awak, saya akan jaga awak. Tapi buat masa sekarang, awak kena jaga diri awak. 

Okay stopp!

Apa motif aku type ayat kat atas tu aku pun tak tau. Haha. 

Berbalik kepada topik asal.

*resah gelisah*
"Kenapa tak jumpa-jumpa lagi jodoh aku ni?"
"Mungkin cara aku mencari terlalu common?"
"Mungkin aku perlukan kelainan dalam misi nak mencari jodoh?"  

Maka muncul lah dua idea.

Hoi takda orang ke nak baca surat aku?

Message in a bottle
Surat cinta diletak dalam botol. Lepas tu aku pergi lah letak kat pantai. Biar botol tu dibawak ombak laut. Sapa jumpa botol tu, aku anggap dia lah jodoh yang aku cari. Hmm..mustahil ke? Ahh impossible is nothing kot!  Lagi pun kalau betul aku jumpa jodoh dengan cara macam ni, mesti best masa cerita kat anak-anak nanti. 

SMS/Call random number 
Aku buat-buat tersalah message. Kalau dia respond, aku cakap lah sorry. Lepas tu aku cakap lah nak berkenalan dengan dia. Tak pun aku call je mana-mana number. Sekali angkat suara lunak merdu. Fuhh. Dari telinga turun ke hati tu. Lepas tu pandai-pandai lah aku cari jalan nak ayat.

_________________________________________________________________

Ok dari dua cara kat atas ni, memang sangat lah tak berkesan. Pehlizz! Haha. Motif sebenar entri ni bukan lah cara nak cari jodoh. Tapi apa yang perlu kita sedar tentang jodoh. 

1) Jodoh memerlukan usaha. Usaha yang dimaksudkan adalah dengan memperbaiki diri sendiri. Sebab kahwin itu tanggungjawab. Kahwin bukan sekadar I love you, you love me. 

2) Kadang-kadang, manusia bersusah payah mengejar seseorang yang dianggap jodoh. Tapi sebenarnya, jodohnya ada di depan mata. Dan dia tak nampak. 

3) Jodoh bukan terletak pada usia. Kalau dah umur sekian, sekian, kena kahwin. Kadang-kadang diri belum sedia, tapi disebabkan faktor umur, kahwin jugak. 

4) Jodoh datang tanpa diduga. Bila dicari-cari, tak jumpa pun. Tapi bila tak dicari, dia datang. Gedebuk! Tengah jalan bawah pokok rambutan tiba-tiba jodoh jatuh dari pokok. Mungkin? Apa punya contoh daa.

5) Kalau dah jodoh, takkan ke mana. Bersabar dan berdoa.

Weehu! Dah jumpa jodoh! Haha

Ohh by the way, cara cari jodoh melalui random numbers tu makin advanced. Buat video call. "Tunjuk lah muka awak". 2 minggu lepas aku kena. Haha.

ps: esok pagi ada interview. wish me luck! tak prepare lagi nih. petang tu nak pergi kl pulak. kota damansara wait for me! packing pun belum lagi. oops!

18 comments:

aiEz said...

1st gd luck utk esok...

2nd,no dua tu pernah try dulu..hehe,pape jer..yg no1 tu pulak tak leyh main bukak jer botol yg dihanyutkan,buatnya saka yg dibuang?hehe...naya jer follow belakang,hihi....

*aie tgj berusaha ni..huhu..;)

rozeeta rashid said...

aie: thanks! hahaha. lawak pulak part saka tu. tak pasal2 je dia ikut.

Akue Achik said...

wish u the best of luck.. :)

jodoh?,sy tggu je la..malas nak cari..heheh

Daddylicious said...

sebenarnya kena cari juga kalau tidak lambat...:)

AcidFlynN Wraith said...

betol tu. tak payah cari, ada depan mata. tapi jangan berserah pada jodoh dan ketentuan je. Sape yang nak ubah nasib kita kalau bukan kita sendiri. yang penting, usaha doa dan tawakkal tu, insya allah... dapat la apa yg kita nak kan. kan kan kaaannn hihihihi

dhiera said...

wahhh... good luck ye!

Dhiya Fariza said...

Aww comel gedebuk jodoh dtg hehe dhiya selalu amalkan doa jodoh mintak dikekalkan. Tak larat nk berhenti setengah jln. Kalau dah jd doctor sah sah andartua lepas tu.

Goodluck n all the best interview:-)

ABU said...

nak mampus random.. kang ter msg penjahat kah kah kah..

Hans said...

ku pun risau tak nampak lagi mana jodoh aku

EmpayarUtama said...

hehe baca entri-entri ko nih aku rasa cam muda belia balik :)

Sarah Mohd Saleh said...

klu de jodoh xkemana kannn.ye dakkk

Saiazuan said...

haha gudluck ya ;)

Saiazuan said...

p.s pasangan kamu dah ada, tgu je dia dtg.. tp jgn tgu sgt tau, sbb wanita kena pndai mengorat laki gak..hehe

semutsengal said...

wahahhaha,

setiap mnusia yang Allah ciptaankan tu, ada pasangannya. Cuma cepat atau lambat je,


Sabar !

ekabukanmakcikkau. said...

hoihh yang call random number tu dah common lah . yang message in a bottle tu cun perghh kemas jugak idea kau huarghahhaa tak salah kan kalau aku nak buat . hahaa

Rtp Farra Arisha said...

believe me once, jodoh would come naturally towards us. don't worry at all. :')

d-quote said...

Jodoh datang dari atas tapi coba gak dicari... diam aja dirumah. kalau anda bukan yang dicari ya otomatis gak bakal ketemu. sekarang ada biro jodoh banyak dengan tingkat privasi tinggi, coba aja.

Azham Vosovic said...

haha, kalau bab sms random number tu i pnh buat...serious masa tu desperate sgt....bila igt2 balik lawaklah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...