Thursday, October 20, 2011

A trip down memory lane



Entri kali ni berbentuk personal. Sebenarnya aku tengah dalam mood konvo ni. Ahad ni konvo kat UiTM Arau. Esok nak pergi sana dah. Nak ambik jubah konvo. Selamat tinggal untuk 3 hari. Hehe.

5 tahun kenangan kat Arau.  3 tahun diploma, 2 tahun degree.


No. 14 Lorong 22, Taman Sri Wang 2, 02600 Arau, Perlis. Ni la rumah sewa aku masa degree. Setahun setengah kenangan kat sini. Rindu. Bila housemates aku masuk toilet, aku tutup lampu. Bila housemates aku mandi, aku curi towel. Haha. Best kot kacau orang!

Kat sini jugak kenangan kena sergah dengan pak imam. Masa tu malam. Kami celebrate birthday kat taman permainan depan rumah. Baling tepung and telur. Maka riuh rendah lah suasana. Tiba-tiba pak imam tu jerit dari surau dekat situ. Masa tu dah pukul 9.30 lebih dah pun. Semua kelam kabut lari. Haha.

Sekarang aku masih mencari kerja. Dah habis dah masa enjoy dengan kawan-kawan. Takda dah kenangan ponteng kelas. Takda dah kenangan lambai-lambai kat Encik Azman Daim (lecturer favourite aku) tiap-tiap kali nampak dia.  Kalau aku tengah dalam kelas and dia lalu kat luar pun aku lambai. Haha.

Rindunyaaa! Haihh. *Termengeluh* 

ps: esok nak mengimbau balik kenangan-kenangan tu. pasar malam wait for me!!

14 comments:

Pocket said...

heheh kenangan memang lah precious kan,
tu kira nasib baik, si tok imam tu hanya melaung
dari jauh.
kalau dia datang dekat,
mahu panic gak woo :D

cari keja? sila keja McD dulu,
then cari keja yg besh besh..
katanya sistem McD bagus sangat
nak la gak tahu aper cerita nya..

Saiazuan said...

aku kat arau ni.. xnk jumpa??????

Saiazuan said...

btw congrats ;)

♥Lady Ainaa♥ said...

lau sy dah beh blaja t, mesti rase camni gak kan...huuuu...anyway, tahniah kak!!!! semoga selamat berkonvo t..^.^V

Akue Achik said...

Tahniah2..!! :)

da nak graduate da...

jelessssssss...........

budak penjara said...

umah kenangan ape gtu..aku tengok cam umah hantu je..haha

DuniakuAbstrak said...

yg lepas d kenang

mulakan hidup baru..hehe

Juno said...

jujur aku cakap. kau macam hantu toilet doh.

NOOR FATIN said...

tahniah!! heheh.. hubby sy pn pegi esok utk ambil gambar ;D

bukan retis said...

kenangan dulu sntiasa menghiburkan..heheh

Mohd Izzar said...

da konvo da..uuu...tahniah :)

rozeeta rashid said...

pocket: tok imam lari kejar kami kang kain pelikat dia terlondeh pulak. haha.

zuan: alahai. tak baca komen ni hari tu. tak dapat jumpa zuan blogger famous. hehe.

lady ainaa: cherish those moments while you still have it. thanks!

rozeeta rashid said...

akue achik: hehe. thanks!

budak penjara: haha. cess. takda hantu pun. lipan ada la. haha.

duniaku abstrak: sedang nak mulakan hidup baru tapi tak dapat lagi kerja. jadi hidup bagai di-pause-kan sekejap. tu yang mengenang masa lalu. hehe.

rozeeta rashid said...

juno: haha. sampai masa praktikal pun terbawak2 tutup lampu toilet tu. manager masuk toilet pun saya tutup. haha.

bukan retis: nak cari kenangan baru yang menghiburkan pulak. hehe.

mohd izzar: weehu! hehe. thanks! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...