Sunday, October 16, 2011

Teori Tentang Nasi Kandar Penang




Nasi kandar Line Clear
Bila sebut nasi kandar, automatically Penang akan menjelma di minda anda. Well not just nasi kandar actually. Sebabnya Penang kan food heaven. Nak makan sedap-sedap memang Penang lah tempatnya. But today aku nak cakap pasal nasi kandar. 

Asalnya nama nasi kandar ni adalah kerana nasi dan lauk-pauknya dikandar oleh mamak untuk dijual. Tapi sekarang mamak pun dah kaya raya so diorang bukak kedai lah. Hehe. 

Teori nasi kandar Penang
Aku ada dengar satu teori kenapa nasi kandar Penang jadi tak sedap bila bukak cawangan di luar Penang. Sebabnya adalah air. Bekalan air di Penang mempengaruhi rasa nasi kandar tu. So bila kat tempat lain, rasa dia tak sama. Teori ni datangnya dari mamak nasi kandar sendiri tapi dia bukan bagitau kat aku directly la. Dia bagitau orang lain. 


Antara kedai nasik kandar yang famous kat Penang ni:
Line Clear
Tiba-tiba tidur malam mimpi nasi kandar. Terjaga terus mengidam. Tengok jam pukul 3 pagi. No problem. Bukak 24 hours. Hehe. Apa-apa pun, try not to go on weekends or public holidays. Seksa nak beratur! Ada lagi satu cawangan bukak kat Bayan Lepas. Tapi masa aku lalu tu tak ramai orang pun. 

Nasi Kandar beratur
Dekat Masjid Kapitan Keling. Yang ni after 10p.m. baru mula. Actually siang pun ada tapi someone told me orang yang jual tak sama. Yang ni lagi lah teramat sempoi nak beratur. Panjang gila. Demimu nasi kandar, ku rela buang masa! Haha.

Nasi Kandar Deen
Terletak di Jelutong. Dekat rumah aku oii. Tapi bagi aku biasa ja nasi kandar ni. Aku pun tak faham kenapa famous sangat. Malam-malam mesti ramai manusia yang beratur. Nak parking pun satu hal jugak kat situ.

Banyak lagi laa.. Tak larat nak explain satu-satu! Haha
- Nasi kandar Shariff
- Nasi kandar Kampung Melayu
- Nasi kandar Cargas
- Banyak lagi laa

ps: rasa lapar tak? hehe

16 comments:

Akue Achik said...

sy xpnh mkn.. :(

AcidFlynN Wraith said...

memang berbeza dengan yang penang sebab kalau kat area jb ni, bukan nasi kandar tapi restoran mamak. kalau nak makan nasi situ takdenye kuah campur2 macam kat area penang atau kedah tu. rindu tol nak makan nasi kandar ni. huaaaaaaaaaa

Saiazuan said...

terliur :0~

rozeeta rashid said...

akue achik: haha. sedihnya tak pernah makan nasi kandar.

acidflynn wraith: tak best la kuah tak campur2. meh la penang. hehe.

zuan: sedap woo! =D

bleanck_braiyne said...

cargas.. hahahah weh deen ok gak laa kuah dia.. sbb tuh ramai.. aku lama x pi beratoq.. rabu/khamis nih jom??

rozeeta rashid said...

awat hg gelak kat cargas? haha. serious?? jom!

Pocket said...

if ever kita nak berjumpa,
mari makan kat nasik kandar line clear okeh:D
or sup kambing kat depan tu.

kamu memang pure nasik kandar'ian,
satu pun kamu tak sebut nama nasik kandar yang ber'chain restoran' heheheh:)
sunguh pure penang kamu

Rtp Farra Arisha said...

nasi kandar klo makan jarang2 pasti best. if always, it'll not be the best like usual..hehe. betul bukan? :)

aiEz said...

boleh jadi tourist guide ni,kalau aie dtg penang boleh tunjuk mana lagi tempat yg best utk makan yg lain pulak,hhee

H.J said...

kat kelantan pom heaven jgak...haha

Sarah Mohd Saleh said...

wahhhh.oke terliur sudahhh...grrr

Nizam Ijam said...

lapaq..hu2

Mohd Izzar said...

aku lapar giler2 ney..huhuhu

rozeeta rashid said...

pocket: haha. orait! nasi kandar pelita pun sedap jugak. ayam goreng dia best. hehe.

arisha: betul tu. kalau makan selalu jadi tak best. =)

aiez: haha. nak datang penang ke? no problem. hehe. tu pun kalau saya kat penang masa awak datang.

rozeeta rashid said...

h.j: oghe kelate meme la ghoyak gitu. haha. mak saya orang kelantan tapi saya tak makan makanan kelantan. hehe.

sarah mohd saleh, nizam ijam, mohd izzar: syok woo! hehe.

Azham Vosovic said...

fevret tu...makan nasi kandaq!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...