Thursday, October 27, 2011

Hutang here, hutang there, hutang everywhere!




Duit bukan segala-galanya tapi segala-galanya memerlukan duit. Dan kerana perlukan duit, hutang jadi keliling pinggang. 


Habis-habis study dah ada hutang dah. Hutang PTPTN (unless anda adalah anak orang kaya or dapat scholarship). Diploma saja dah RM 15 000. Degree pulak 13 000. Rugi lah pointer degree tak sampai 1st class. *hantuk kepala ke dinding* Terpaksa lah bayar. RM 28 000 plus.

Habis study, start kerja. Dah kerja, rasa payah pulak bila tak ada transport. Memang la ada public transportation tapi takkan la forever nak depend only on public transport ye dak. Jadi kebanyakan yang baru mula kerja, after few months akan beli kereta. Sila tambah hutang kereta dalam list. *vrooom*

Lepas 2 3 tahun kerja, awek mula tanya, "Bila you nak masuk meminang I ni? Mak I tanya. Kalau tak, dia nak jodohkan I dengan anak penghulu kat kampung I". Adeh laa. Lagi satu masalah. Nak kahwin cepat, tak cukup lagi duit. Nanti lambat, melepas pulak. Jadi, ambik lah lagi loan untuk nak kahwin. *paluan kompang kedengaran*

Dah kahwin, bini kuat shopping. "Abang, nak ni! Abang, nak tu!". "OMG!! Cantiknya rantai ni abang!!". Duit gaji pun cukup-cukup je sebab nak bayar hutang study, kereta, kahwin. Sebab sayang bini punya pasal (baru kahwin lah katakan), pakai lah credit card pulak. *swipe, swipe, swipe* 

Fast forward --> setahun kemudian. Bini dengan perut boyot bertanya lagi, "Abang, sampai bila kita nak duduk dengan parents abang ni?? Jom la cari rumah sendiri. Selesa sikit. Anak kita dah la kembar". Si suami garu kepala sampai kepeningan. Akhirnya lepas beberapa ketika mencari, maka jumpa lah rumah idaman. *sign agreement*

Di suatu petang yang damai, sang suami kelihatan kusut memikirkan sesuatu di halaman rumah. "Abang, kenapa ni?? Macam stress jer". Sang suami mengeluh dan menjawab, "Duit tak cukup lah. Gaji abang tambah gaji sayang pun tak cukup nak bayar hutang. Hutang kahwin kita yang 5 tahun lepas pun tak habis bayar lagi". *guruh berdentum* 

Si isteri baru balik hantar anak pergi birthday party. "Abang! Ohhh abang! Eh eh mana laki aku ni??". *kedengaran jeritan isteri* Rupa-rupanya sang suami gantung diri. Si isteri pun meraung mengenang nasib diri. Akhirnya dia pun gila. Sekejap gelak sambil kira daun, sekejap nangis. Kesian anak-anak hilang ayah, hilang ibu.

Ok. Itu adalah worst case scenario. Imagination aku terlebih pulak. Haha.

Moral of the story, berhutang jangan terover. Nak beli kereta, nak beli rumah, nak shopping, biar lah sesuai dengan kemampuan. Simpan duit supaya tak lah semua benda nak kena berhutang. 


Plan your finances well!

Sekian saja dari saya yang baru bergelar graduan Finance. Hehe. Adios!

ps: semalam dapat surat dari Bank Islam. offer credit card. perghh. aku konvo je terus dapat surat tu! kerja pun tak lagi ni.

16 comments:

Akue Achik said...

naunzubillah..huhu..
tp mmg btul, duit bkn segalany tp duit mmpu mgerakkn semuany..huhuu

Eera Shera said...

haha lawak la..extreme betoi cite ni..

tu la kan..abes blaja dah ade hutang...hutang keliling pinggang

Mior Syabab said...

Best gila entri ni. Memang realiti. Hutang sampai menjerat leher. Hidup kalau tak berhutang, tak saha..hoho

Rtp Farra Arisha said...

if so, benarlah kata orang bijak pandai bahwasanya duit boleh memusnahkan segalanya. emm :'(

Hanie_Dew said...

sebab tu sampai sekarang dah keje 5 tahun aku takde satu pun kredit kad. hebat kan.

tu nak elak aku ngan haben aku gantung diri la tu.
aku tgk kredit kad tu scary dowh.

Saiazuan said...

hutang keliling pinggang.. usaha kurangkan hutang pada usia muda :)

p.s ek bru perasan yg SB top commentator kat sini..hehe

Hanie_Dew said...

sapa boel jawab soalan angry bird tu kompem top score je game tu. hehehe

Dhiya Fariza said...

wow this is bizarre! tapi i dapat point yg u cuba sampaikan. is it okay if i backlink your blog on my bloglist?

Pocket said...

hahah,
imaginasi kamu memang buleh merayap ke tempat yang tak mahu orang pergi kan :)heheh,
tp good!! all of those may happen if we're not careful with our finances :)

buat bagi orang takut lagi sis!!

dhiera said...

betul lah tu~ memang kenyataan sekarang.
loan ptptn rm28k + loan kereta utk saya je
bakal tunang naseb ada loan ptptn je. moto dah abes bayar~ syukur... rumah pun parent bagi. lagi lah syukur..

selamat menempuh alam kerjaya!!

Zul Fattah said...

aku benci r dgan PTPTpu tu.. ee..

NOOR FATIN said...

saya hutang mara rm30++ kot. wow! muda2 nak byk hutang =,=

Nizam Ijam said...

hidup menhambakan duit mmg mcm tu..

aiEz said...

fuhh bahana berhutang ni,mintak jauh simpang dari benda2 macam tu...bagus gak entri ni,beringat2..hehe

.diannorhayati. said...

heee. kite jgn ingat hidup sekarang is not about money, i mean duit tak penting. for real,dian yg da bekerja and gaji about 2k pon still x cukup,now life adalah duit. takde duit means we are nothing. hee, sbb tu kite perlu didik adik adik or anak anak menabung dari kecik and manage their finance well or end up jadi mcm ur imagination ni. believe me. if kite bekerja and tanggung family,baru faham knp duit tu penting and camne susahnye cari duit T.T

Awan Biru said...

Duit punya pasal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...