Thursday, October 6, 2011

Diskriminasi rupa


Yuhuuu! Lama pulak rasa tak update blog. Jiwa kacau sikit. Hehe.  

Ahh biarkan tuan punya blog. Kembali ke topik asal. Diskriminasi rupa. Macam mana bentuk diskriminasi rupa ni? 


_________________________________________________________________


Situasi 1:
Si X dan si Y masuk lokap sebab pecah rumah.

Si X tak handsome dan muka ganas.
Si Y muka boleh tahan handsome dan nampak baik.

Dialog 1: "Memang dah agak dah si X tu perangai macam tu. Tengok muka pun dah tau. Macam penyangak!"

Dialog 2: "Eh eh takkan la si Y macam tu. Nampak baik je budaknya. Entah-entah si X tu saja nak perangkap si Y sama kot."

Dalam drama TV pun ada dialog macam ni. Stereotype thinking. Bila orang tu menepati definisi cantik/handsome/baik pada luaran, susah nak terima kalau orang tu sebenarnya buruk bebenor perangainya. Tapi kalau orang tu nampak jahat/ganas, susah untuk terima bila dia buat baik. 

Moral of the story: First impression tak semestinya tepat. 
_________________________________________________________________

Situasi 2:
Merpati dua sejoli, Cik M dan Encik N, tengah makan kat restoran.

Cik M tolak pinggan nasi ke tepi.

Encik N: Eh you ni nasik separuh pun tak habis?? Nasik kandar pulak tu. Cakap favourite. Dah la you yang excited ajak I makan kat sini. *mula rasa bengang dalam hati*

Cik M: Alaa. Ok laa tu. Kang makan banyak gemuk pulak.

Encik N: Biar betik you ni. Badan cekeding macam ni takut gemuk apanya. Underweight kot laa.

Cik M: You rabun ke apa? Gemuk laa. I nak kurus macam model. 

Bukak magazine, bukak TV, nampak model tak cukup zat. Kurus kering. Pengaruh besar terhadap perempuan especially budak-budak sekolah. What's being portrayed by the media menunjukkan hanya kurus itu cantik. Dan kurus yang ditunjukkan adalah kurus yang unhealthy. Even too thin is not thin enough. 

Moral of the story: Be beautiful on the inside and you'll look beautiful on the outside.
_________________________________________________________________

Sekian saja untuk kali ni. Adios!


ps: update entri dalam keadaan mata separuh tertutup. mengantuk sangat. hehe. eh lupa nak cakap the three musketeers best

16 comments:

Michada said...

sokong...sbb ramai yg gila glemer..

Saiazuan said...

aku x paham sgt dgn diskriminasi ni sbrnya.. thanks sbb perjelaskn dengan contoh2.. so diskriminasi ni more on stereotype thinkin la kan

aiEz said...

menilai sesuatu hanya dari luaran tanpa melihat dgn lebih dkt...xleyh2,hehe

Pocket said...

Diskriminasi tu paling lah dibenci,

tapi pasal rupa tu mcm pocket paham gak. Pasal rupa adalah segalanya.
Masa interview pun kita cantikkan rupa. Utk apa? Pasal in the end kalau xtau nk pilih, rupa gak penentu.

Hans said...

yups
saya suka entry nih
nice :-)

Sarah Mohd Saleh said...

idup ini xadil.sume nak yg lawe sume nk yg perfect ajer

Tukang Karut said...

kurus tak best... baik peluk tiang telepon je... hoho...

budak penjara said...

klu laki kurus, kacak kot.. haha

sbb aku kurus jugak..hehe

rozeeta rashid said...

michada: tu la. looks can be deceiving. =)

zuan: a'ah it's more to stereotype thinking. we believe in something that we think is right but it doesn't necessarily mean that it's right.

aiez: tak kenal maka tak cinta, kan? haha.

pocket: kalau interview tak semstinya lawa kot. yang penting, how you dress up and your personality. tapi some posts memang pandang rupa. macam sales.

rozeeta rashid said...

hans: thanks. =D

sarah mohd saleh: tu la. semua nak perfect padahal diri sendiri tak perfect.

tukang karut: haha. betul tu. tapi bagi sesetengah orang tiang lampu tu best. nak buat macam mana kan.

budak penjara: kira kesimpulannya, kau kacak la nih? haha. lelaki kurus ok. tapi jangan kurus sangat la. tambah2 kalau tinggi. aku ada kawan yang sangat tinggi and agak kurus.

H.J said...

jangan diskriminasi saya,,

mata tu masih tertutup lg ke skang ni??haha

Juno said...

tapi situasi 2 tak pernah berlaku kat aku.

takde siapa yang pernah cakap aku kurus.

*dendam*

rozeeta rashid said...

h.j: tak diskriminasi lah. haha. terbeliak je mata ni sekarang.

juno: ok aku cakap. eh kau kurus lah! haha.

roq said...

kesian mamat x hensem tu....slamat la aku hensem....hahahaha....bajet giler

singgah2 la sini :)

En. Kronik said...

yg hensem tu lagi jahat, merompak + curik + merampas.. haha

Awan Biru said...

Beautiful from the within.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...