Thursday, October 13, 2011

Ctrl C dan Ctrl V




Ctrl, C dan V. Ini lah dia 3 button di keyboard yang membuat hidup kita lebih mudah. Menjimatkan masa. 

Copy paste
Bila lecturer bagi assignment yang susah. Fikir punya fikir sampai seminggu tak dapat-dapat jugak idea. Ataupun sedar-sedar due date assignment esok. "Adehh macam mana ni!!". Last-last copy paste lah. Bukak google, search topik yang berkenaan, tekan Ctrl C, bukak word, Ctrl V, adjust ayat sikit-sikit. Ok siap! Kalau lecturer tau, kita pulak siap!! Haha. 

Sapa tak pernah buat?? Kalau tak pernah, anda skema! Haha. 

Tapi ada keadaan yang buat kita tak suka copy dan paste ni:
1) Bila kantoi dengan lecturer sebab sama dengan assignment kawan. Nampak sangat dua-dua copy paste. Ambik dari website yang sama. Kan dah kena! tak pernah kena.

2) Bila kita sangat rajin dan bersengkang mata buat assignment dengan usaha sendiri, tiba-tiba lepas hantar lecturer panggil dan bagi warning kata kita tiru assignment kawan. Padahal kawan tu yang curi pendrive kita masa kita tidur. Lepas tu dia print and hantar dulu. Hoi tu bukan kawan namanya! tak pernah kena jugak. kalau kena mungkin orang tu akan kena flying kick.

3) Bila kita pergi bertapa kat gua untuk dapat idea nak update blog dan susah payah menyusun ayat, lepas tu terjumpa entri kita kat page orang lain masa blogwalking. Siap mengaku tu entri dia. tak pernah kena. blog aku tak boleh highlight. hehe.

Kesimpulannya, berpada-pada lah nak copy paste pun. Jangan tak ubah apa-apa langsung pulak. Sekali dengan link biru bergaris paste dalam assignment. Haha. Ada jugak orang tak peduli sampai macam tu. 

- Paraphrase. Ambik point penting dan buat ayat sendiri. 

- Guna thesaurus kat word tukar perkataan yang sama meaning. Dapat jugak belajar perkataan baru.

Sekian saja untuk kali ni. Adios!

ps: takda apa yang nak di-ps-kan. haha.

15 comments:

♥Lady Ainaa♥ said...

lg memalukan, sikap manusia skunk..mengutuk dan mencaci sesuatu bende tu di lakukan oleh manusia/kawan tp nk pula tiru sume hal tu..contohnye permakaian, perangai dan sebangai...Nasib baik sy tak pernah kena lglah kesemua benda kt ats tu...

Saiazuan said...

hehe kena pro bab copy paste ni.. avoid plagiarism.. ;)

Nizam Ijam said...

saper kuat copy paste nie..hehe

littledolphin said...

kawan curi pendrive kita tu yang paling sakit hati!
tapi tak pernah terjadi pada saya,alhamdulillah.semoga tidak akan pernah berlaku kepd kita.

setakat ni saya tak pernah copy paste lagi.hehe.okay saya memang skema! :D

Rtp Farra Arisha said...

copy and paste bisa dilakukan, cuma harus sentiasa berwapada kerna mungkin juga ada yg copy paste perkara yg sama seperti yg kita lakukan :(
so, tidak mungkin ianya dikatakan kebetulan sedangkan the other persons pun copy and paste perkara yg sama.

arisha better guna idea kreatif sendiri dari copy and paste. hehe.

red said...

aku mengaku 2 dan 3 tu tekena kat idong aku :D

NOOR FATIN said...

lawak bila ada asgment, kelam kabut pnya pasal, main copy paste je kat google sampaikan link biru tu pn ada sekali. nampak sangat dah tak baca dan edit.. haha kenangan zaman belajar

aiEz said...

ha,siapa tiru?hehe...dulu2 masa sekolah jer rajin tiru2 ni..=..=!

DuniakuAbstrak said...

at least copy n buat ayat sendiri...kalau copy bulat-bulat n edit sikit-sikit tu wajib kena karate

Akue Achik said...

tak besa pki ctrl ni..tak tahu knp..huhu

H.J said...

saya tak pernah buat kerja terkutuk itu...

.diannorhayati. said...

kejap. nk use ctrl n C for this entry n put on mine. and nk cakap hakmilik dian. how? hahaha :p jk

rozeeta rashid said...

lady ainaa: biasa la manusia. yang dicakapnya tak suka tu yang dia tiru.

zuan: haha. betul tu.

nizam ijan: haha. bukan saya. awal2 study dulu ada la. lepas tu tak dah. =)

littledolphin: tau tak pe. memang sakit hati. haha. bagus la awak ni. =)

rozeeta rashid said...

arisha: yup. true. baik guna idea sendiri. =)

red: haha. kesiannya.

noor fatin: pernah copy paste dengan link biru ke? haha.

aeiz: masa sekolah saya malas buat homework. hehe.

rozeeta rashid said...

duniaku abstrak: itu la yang sebaik-baiknya. hehe.

akue achik: right click pun boleh. hehe.

h.j: haha. bagus laa. =)

diannorhayati: haha. mana boleh higlight pun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...