Monday, October 17, 2011

Budak 2 tahun kena langgar dengan truck di China

nampak macam van tapi video ni refer kenderaan tu as truck, jadi aku ikut je la.

Tadi petang ada kawan aku share video ni kat FB. Lepas tu kat Buletin Utama pun ada jugak. Seriously?? Ada manusia macam ni?? Eh manusia ke?? Trauma aku tengok. Ngeri!


Truck tu langgar dia. Bayangkan. Budak kecik kot. Dah langgar lepas tayar depan, truck tu berhenti sekejap lepas tu dia jalan jugak tanpa pedulikan budak tu kat bawah truck. Kena lenyek budak tu. Then lepas tu, orang yang lalu lalang boleh pulak buat tak tau. Sakitnya hati tengok. Tak rasa apa-apa ke. Tak ada perasaan?? 

Siap lepas tu ada lori pulak lalu and lori tu pulak lenyek bahagian kaki budak tu. And lepas berapa lama baru ada sorang cleaner ni angkat budak tu ke tepi. Boleh nampak budak tu bergerak-gerak lagi. Lembik badan dia. Macam mana la kesakitan yang budak tu rasa. Tak dapat nak bayangkan.

Lepas tu baru nampak mak budak tu pergi and dukung anak dia. Kesian tengok mak dia meraung-raung kat hospital.

Pengajaran dari apa yang jadi ni, jaga anak elok-elok dan jangan lah jadi manusia yang kejam buat tak nampak bila benda macam tu dah berlaku depan mata. 

ps: kalau kat negara kita, mesti dah ramai orang berkerumun nak tolong

14 comments:

Pocket said...

tak mau tengok buleh tak!
kesian sangat!
adehlaaaaa....
(Yes, pocket kalau bab begini agak pondan.. katerlah!)

moral, sila pegang bebudak tu rapat rapat,
pengguna jalan raya bukan nyer buleh nampak pon
budak kecik yg less then 100cm.

DuniakuAbstrak said...

aku tak tahu nak cakap apa bila tengok video ni...teruk betul sikap orang awam masa kejadian tu

Saiazuan said...

ya Allah, apa kesalahan budak tu smpai orng sekitar tak ambil peduli langsung?

Akue Achik said...

huuuu...sy lbh ska crita seram tgh mlm dr crita mcm ni.. :((

AcidFlynN Wraith said...

manusia yg takde sivik n takde perikemanusiaan

Rtp Farra Arisha said...

kejamnya mereka :'(

Azham Vosovic said...

bila manusia mula berhati kejam...

.diannorhayati. said...

org skrg mmg terukkkk! zzzz=.=

Mohd Izzar said...

giler ahh..takda org nk tolong..huhu

aiEz said...

nilai kemanusian dlm diri semakin hilang...kepekaan sekeliling pun semakin kurang...sedih tgk smpai 2 kali kena langgar

tyra uyura said...

ngerinye . tak boleh bygkan kan kalau benda ni jadi kat anak sdara tyra . sedih sangat !!

ABU said...

uh tak sanggup nak tengok..

Nalisa Syahira said...

aih , perangai mcm mana lah ni .

rozeeta rashid said...

tau tak pe. perangai dah tak macam manusia. semua pentingkan diri sendiri je. kesian budak tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...