Saturday, September 17, 2011

Tips study last minute



Selalunya berazam nak study dari awal. Tapi bila bukak buku, menguap. Bila bukak buku, terdengar suara sayup-sayup panggil. "Eh sapa panggil aku nih?" Tengok kiri. Tengok kanan. Tengok bawah meja. Rupanya suara buku lagi satu panggil. Itu lah dia muka buku. Hehe.

Eh eh post ni macam nak menggalakkan orang study last minute je kan. Haha. Just in case, sibuk sangat dengan "ASSIGNMENTS" sampai tak ada masa nak study. Sedar-sedar, "Alamak aku tak study lagi!! Macam mana ni!!".


Jadi sila lah jangan gelabah. Jangan lah panik. Tak perlu rasa nak demam. Tak perlu muka pucat lesi. Post ni ada untuk membantu anda. Hehe. Berkesan lah sangat.




Kamikaze style of studying
What you need:
-Pen
-Kertas
-Laptop
-Semangat waja
-Suara sederhana kuat
-Daya tumpuan yang tinggi
-Environment yang tenteram
-Nescafe 3-in-1 berpaket-paket
-Perasaan yang tak gelabah sangat
-Kebolehan memahami apa yang distudy/menghafal apa yang dibaca dalam masa yang singkat (tak boleh pun kena bagi boleh jugak jugak)


Ok. Dah lengkap semua dalam checklist.


Environment yang tenteram diperlukan. Sesetengah orang boleh study sambil dengar lagu. Bagi aku, payah lah nak fokus unless subject tu adalah subject calculation. Kena senyap sunyi baru boleh especially di tengah-tengah malam.


Tapi bila semangat waja datang, rasa mengantuk pulak menghalang. Jadi, bantuan encik nescafe 3-in-1 sangat lah dialu-alukan. Paket yang merah kalau campur dua sekali memang best rasa dia. Lagipun bagi aku 1 paket tu tak dapat nak hilangkan mengantuk. Dah minum nescafe, mata pun terus terbeliak. Baru lah ada daya tumpuan yang tinggi

Ok Dah boleh start study. Baca dan fahamkan. Bila faham senang nak menggoreng. Kalau tak boleh faham, baca dan hafal. Tapi proses gorengan mungkin akan jadi lebih susah. Kat sini lah memerlukan kebolehan untuk faham/hafal dalam masa yang singkat


Tengah study sorang-sorang tengah-tengah malam rasa seram pulak. Tengok roommates/housemates dah lena untuk sejam dua. Mula terbayang yang bukan-bukan. Tapi sebab diri sendiri gigih nak study, teruskan jugak. Jadi pasang lah surah yasin kat laptop ulang-ulang. Haha. Kantoi aku ni penakut.


Pen dengan kertas yang ada tu jangan dilupa. Tersangat lah penting. Masa ni ringkaskan apa yang dibaca tadi dan tulis. Tak kisah lah nak buat mind map ke nak buat point form. Jangan buat mind map air liur basi dah. Bila tulis, lagi senang nak ingat. 


Lepas tu, berbekalkan suara yang sederhana kuat, explain balik kat diri sendiri apa yang distudy tu. Memang memudahkan untuk nak ingat. Teruskan study macam ni dengan perasaan yang tak gelabah sangat. Ha study last minute lagi.






Apa-apa pun, dalam kelas kena fokus. Tapi kalau kelas bosan tak boleh jugak. Fahamkan. Lepas tu lupakan pun tak pa. Bila study balik senang sikit. Tak payah nak buang masa lama-lama nak fahamkan.


Haa macam tu je lah kot. Cara ni aku guna dari diploma sampai la habis degree. Hehe. Tapi tak lah semua tunggu last minute. Ada jugak yang konsisten dari awal.


Sekian saja untuk kali ni. Adios!


PS: Lepas exam jangan lupa qada tidur balik. Aku pernah tak tidur langsung. Jadi macam zombie pi exam.

8 comments:

Urzain Hussain said...

great tip..
bolelah cube..huhu~

Nizam Ijam said...

bahaya study last minute..

Saiazuan said...

nescafe is not good for me,confirm ngantuk...haha

dya said...

wah...gud tips..nk cube..haha

rozeeta rashid said...

urzain hussain: selamat mencuba! hehe. =)

rozeeta rashid said...

nizam ijam: memang bahaya pun. tapi tak serik-serik tunggu las minute jugak. haha.

rozeeta rashid said...

saiazuan: haha. mungkin selalu sangat minum kot. tu jadi immune. tak dapat hilangkan mengantuk.

rozeeta rashid said...

dya: kalau pakai tips ni dari awal lagi bagus. bleh dapat 4 flat. haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...