Saturday, September 3, 2011

Tentang raya: Beza antara makan dan melantak


Raya oh raya.. 

Tahun ni tahun terakhir aku dapat duit raya. Oh sedihnya hatiku! I'll be working soon (hopefully). Tahun depan aku jadi tukang bagi duit raya lah pulak. 

Dek kerana raya 4 hari aku tak update blog. 
First day open house rumah aku.
Lepas tu open house rumah orang pulak raya kedua and ketiga.


Bila cakap pasal open house ni, the main thing is makan, makan and makan. Dah biasa puasa sebulan, and then suddenly makanan asyik masuk tak berhenti menyebabkan perut jadi tekejut beruk. Kalau perut tu boleh bercakap maybe dia akan kata, "Eh eh, kau ni gaya macam tak makan sebulan. Dah macam sahur first day puasa lepas tu tak makan-makan sampai first day raya baru bukak puasa!"


Beza antara makan dan melantak??
Makan: Makan sebelum lapar ataupun bila lapar dan berhenti sebelum kenyang ataupun setelah rasa kenyang.

Melantak: Makan, makan dan terus makan walaupun dah kenyang dan berhenti bila agak-agak perut akan explode lagi 2 minit.

Berat yang hilang masa sebulan berpuasa diganti balik dalam masa 3 hari. Haha. Secara tak langsung, hari raya is hari melantak.


Punca melantak??
1) Raya setahun sekali lah beb! 

Makanan raya bukan makanan yang dimakan hari-hari. Kalau makanan raya dimakan hari-hari, maka takda beza antara hari biasa dan hari raya. Lemang, rendang bukan selalu dapat makan.

Menu raya rumah aku: Ayam ros, kurma kambing, rendang daging, sayur kalia (Sayur buncis kuah hijau. Kalia tu sempena nama sapa aku pun tak tau), nasik tomato, nasik impit, kuah kacang, lemang, kek coklat, puding jagung. Ha ambik kau. Banyak nak mampus. Tersandaq tetamu yang datang.

2) Kang kecik hati tuan rumah..
Bila dah bertandang ke rumah orang, mesti lah orang jamu makanan. Dah orang susah-susah prepare makanan kat kita, takkan tak nak makan kot? Nanti tuan rumah sentap. Jadi baik kita santap. Last-last body bertambah mantap. Eh eh ryhme lah. Hehe.

Strategi 1
Rumah first makan banyak, rumah second sikit, rumah third makan lagi sikit dan seterusnya. Ya la. Mula-mula kebulur. Makin lama makin kenyang. 

Strategi 2
Kuantiti makanan yang dimakan bergantung kepada tahap kesedapan makanan dan jugak menu apakah yang dihidangkan. Kalau sedap, makan lebih. Kalau menu tu memang mengidam lama dah, makan lebih. Kalau semua rumah menu sama? Alamak.

Strategi 3
Makan sikit-sikit di setiap rumah sebab tak mau berat naik mendadak. Open house 10 semuanya. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit <-- Pernah dengar??

Result??
Tiga-tiga berakhir dengan kekenyangan yang amat. Keadaan memaksa. Bukan niat nak makan banyak pun kan. Haha.


Itu lah dia raya. Tak pa lah. Lepas ni makan mau rilek sikit. Jangan macam ni terus sampai sebulan sudah. Haha. 

PS: Duit raya terakhir RM345. Eden kayooo!! Jom shopping?? =D

12 comments:

Miss Dolce and Gabbana said...

haha..baguslah sebab hang berjaya membezakan definisi makan dan melantak..kih kih..btw nice entri..keep it up. :)

Hazieq Sanat said...

tahun depan, dia plk bagi duit raya kat bdk2 ye..

rozeeta rashid said...

miss dolce and gabbana: boleh letak dalam kamus dewan definisi nih. haha. thanks!

rozeeta rashid said...

hazieq sanat: tu lah pasal. baju raya pun kena beli sendiri daa. haha.

Marina said...

wah nak sikit duit rayer...org dah kawen boleh tak dapat duit rayer? heee~

salam perkenalan dari marina..

www.marinafazli.blogspot.com

dkna said...

tahun depan tukar duit raya banyak banyak rau...heheeee

Saiazuan said...

hehe ada beza ek :D

rozeeta rashid said...

marina: haha. orang dah kawin kena bagi duit raya lah!

rozeeta rashid said...

dkna: anak sedara saya dah la ramai. jenuh. hehe.

rozeeta rashid said...

saiazuan: ada lah! haha. selalu time raya la makan jadi melantak.

Rtp Farra Arisha said...

very good explanations!! hehe..

makanlah selagi kita bisa makan..klo dah sakit, tak ada mood pula untuk makan ;)

rozeeta rashid said...

rtp farra arisha: thanks. hehe. tapi kalau terlebih makan pun tak boleh jugak. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...