Tuesday, September 20, 2011

Perempuan dan kasut tinggi : Part 2




brittani kline antm cylce16 promote kasut

Walaupun aku cakap aku dah kurang sikit pakai kasut tinggi kat Perempuan dan kasut tinggi : Part 1, dalam koleksi aku sekarang ada dalam 10 pasang kasut tinggi. Sebelum ni dah buang berapa pasang dah sebab dah lama and buruk. Tapi aku rasa 10 pasang tu tak lah banyak sangat kot. Sebabnya perempuan ni selalunya memang ada banyak kasut pun.  


Pernah tak korang tengok perempuan yang sentiasa pakai heels? Aku pernah. Gotong royong pun pakai heels. Lepas tu rembat selipar aku. Tu yang aku paling tak puas hati tu. Haha. Tau pun sakit kaki. Tapi nak pakai jugak kasut tinggi tak kena tempat.  


Bagi sesetengah orang, pakai kasut tinggi tu dah macam satu kemestian. Mai sini nak habaq sikit antara kesan buruk pakai kasut tinggi.


OMG! Kakikudahtaklawa!


Bikin cacat jari kaki lo
Terpengaruh dengan sinetron pulak. Bila pakai kasut tinggi dalam tempoh yang lama, kaki ke depan dan akan put pressure kat bahagian depan kaki especially jari. Tambah-tambah kalau bahagian depan kasut tu kecik. Maka terseksa lah kaki tu. Ini akan menyebabkan jari menjadi bengkok.




Memendekkan achilles tendon
Achilles tendon ni adalah penghubung otot betis tulang tumit. Bila pakai high heels, achilles tendon ni tak dapat strech dengan sepenuhnya. Lama-kelamaan achilles tendon ni makin memendek sampai lah satu tahap kasut rata tak lagi selesa untuk anda pakai. Kena pakai heels memanjang. Kes naya.




Adehh sakit belakang
Sepatutnya kaki kena selari dengan permukaan tanah. Tapi bila pakai heels, badan ke depan daripada biasa dan ini menyebabkan sakit belakang. Terpaksa sengsara menanggung sakit belakang gara-gara nak pakai high heels.




Kesimpulannya??

  • Jangan pakai high heels yang tinggi sangat. Lagi tinggi kasut tu, lagi terseksa jiwa dan raga.
  • Wear the right type of heels. Kalau dah rasa bahagian depan kaki tu besar, jangan lah beli heels yang kecik kat depan. 
  • Elakkan pakai dalam tempoh yang lama. Pakai sandal kan lagi selesa.
  • Beli kasut tinggi yang lembut. Kalau yang keras macam batu, tak payah tunggu lama pun kaki dah sakit.

Sayangi kaki anda! Hehe.

Sekian saja untuk kali ni. Adios!


PS: Tak reti drive pakai kasut tinggi. Tak boleh nak agak tekan klac/brake/minyak banyak mana. Rela kaki ayam.

10 comments:

Saiazuan said...

pakai selipar je :D

Illiana Hidayah said...

nak pakai tak salah..tp elakkan tumit yg sangat halus tu kan> hihihi....kalau tersadung satu hal lak...

Nisa Ahmad said...

gna wadges pon ok gak kan,,,,,hehe,,,

rozeeta rashid said...

saiazuan: betul tu. pakai selipar jugak yang best. =)

rozeeta rashid said...

illiana hidayah: a'ah. yang tu bertambah seksa lah jawabnya. haha. tergolek mau tak boleh jalan seminggu.

rozeeta rashid said...

nisa ahmad: wedges selamat sikit tapi kaki sakit gak. haha. pakai sandal lah senang.

baca dan senyum said...

kasut converse dah cukup sempoi buat masa ni, hehehe

rozeeta rashid said...

sempoi n sporty. hehe.

Solihin Zubir said...

pdn muka my ex.. dia suka shopping beli high heel.. eh.. haha.. ;-p

rozeeta rashid said...

geram kat ex ker. hahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...