Tuesday, September 27, 2011

Penakut dan hantu


Anda penakut? Cuba bayangkan anda dalam situasi macam kat atas. Sorang-sorang dalam gelap. Dengar pulak bunyi pelik-pelik. Apa nak buat? Tampar diri sendiri sampai pengsan may be a good idea. Ya lah. Dari nampak makhluk berbungkus melompat-lompat, baik pengsan kan? Hehe.

Kenapa manusia jadi penakut?
Dalam kes ni, penakut tak boleh disalahkan. Dia jadi penakut berpunca dari parents, makcik pakcik, atok nenek. Masa kecik-kecik, asal nak explore dalam rumah lebih sikit ja mesti ada ayat, "Haa, pergi laa sana. Ada hantu!". (Sila baca sambil ajuk suara parents/makcik pakcik/atok nenek). So tanpa kita tau menatang apa hantu tu, kita jadi takut bila selalu diulang-ulang.

Bila dah besar sikit, tengok tv ada cerita hantu. Masa tu baru lah tau hantu tu apa. Macam-macam jenis pulak tu. Pontianak, kuntilanak, pocong, mocong. Semua ada. Mula lah tutup muka dengan bantal. Tambah-tambah kalau tengok malam. Nak tidur pulak terbayang-bayang. Ada hantu bawah katil. Kalau tidur sebelah tingkap, terbayang tiba-tiba hantu tu jenguk kat tingkap. 

Yang ni sapa pun tak takut

Tapi jadi penakut ni ada kelebihan..
--> Seorang yang penakut boleh jadi penulis skrip cerita hantu yang baik. 

Sebabnya:
Orang yang penakut ni ada imaginasi yang tinggi. Selalunya, bila kita takut, imagination tu akan jadi lebih-lebih. Kiranya kalau cerita seram Melayu ni, agak predictable lah untuk orang yang penakut. 

Boleh agak hantu tu nak muncul kat mana.
Boleh agak kain tutup mayat tu nanti terselak lepas tu tiba-tiba mayat tu bukak mata. (Alaa macam dalam hantu bonceng yang kontroversi tuh) 

Serius, predictable lah. Even orang yang bukan penakut pun boleh teka kot.

Penakut boleh imagine lebih dari tu. 

Contoh: 
Cik A seorang penakut. Cik A suka online sampai lewat malam sambil tengok channel 711. Bila dia nak tidur, dia kena tutup suis lampu kat belakang peti sejuk (lampu ruang tamu tak bukak). Bila nak tutup tu, Cik A selalu tutup cepat-cepat sebab terbayang hantu tarik tangan dia dari arah satu lagi kat belakang peti sejuk tu. 

Nampak tak imaginasi seorang penakut??

*Cik A bukan aku*  

Dari contoh tak seberapa kat atas ni, kesimpulannya:
Kalau sesuatu situation tu menakutkan, seorang penakut boleh bayangkan keadaan yang 10 kali ganda lebih menakutkan.  

Jadi, khidmat seorang penakut sangat lah diperlukan untuk menyeramkan lagi cerita seram Malaysia yang tak berapa seram/kurang keseramannya. 

Sekian saja untuk kali ni. Adios!

ps: betul la cik A bukan aku!

24 comments:

Eric said...

hahaha.. lucu

Rtp Farra Arisha said...

arisha mmg penakut..tengok filem, cerita seram pun dah menjerit. :'(

bleanck_braiyne said...

hahahahhaha pls, nmpk sgt miss A tuh hg okeh..

rozeeta rashid said...

eric: thanks! =)

rozeeta rashid said...

rtp farra arisha: haha. ni mesti tutup muka tengok cerita horror kan?

rozeeta rashid said...

kiah: shhhh!! jangan la pecah rahsia aku oii! haha.

Pocket said...

hehehe, 711 tengok citer aper dik?
oh baru tingat, bukan kamu :D

tp memang kalau penakut tu juga seorang penulis,
deskripsi dunia tu berbeza sikit, abih suma bebenda kecik didescribe nya :D,
yang tak takut, pun jd seram sejuukk :D

Solihin Zubir said...

dlu msa dok kampung, takut gila nk pi dapur dgn toilet.. haha..
tu la.. org tua2 ni suka sgt takutkan budak2.. hehe..

ekabukanmakcikkau. said...

ahh aku pelik apa,menatang tu kaco aku , aku report ahh laki aku,gerard way hahaha

Saiazuan said...

sebaik-baiknnya tkt pd Allah, bkn pd ciptaannya :)

H.J said...

hoho..nasib baik tak takut dengan hantu..haha

shafiqabdshukor said...

hahahahaha...
kesimpulannya.. jagan terlalu takut jangan terlalu berani..

rozeeta rashid said...

pocket: tak tau la kat cik A tu. haha. betul tu. tak takut pun jadi takut. kiranya memang perlu diconsider lah nak ambik penakut jadi penulis skrip ni kan? haha.

rozeeta rashid said...

solihin zubir: saya boleh bayangkan. haha. kena guna cara lain lah nak larang anak. baru anak tu tak takut hantu.

Heidi Shafiq said...

rugi la aku tak takut hantu..

Nizam Ijam said...

tv asyik buat cter hantu jer kan..hu2

rozeeta rashid said...

ekabukanmakcikkau: jangan dia lari sudah la. haha.

rozeeta rashid said...

zuan: yup. tu lah yang sebaik-baiknya. =)

rozeeta rashid said...

h.j: rugi lah tak dapat la jadi penulis skrip cerita seram. haha.

rozeeta rashid said...

shafiqabdshukor: haha. kesimpulan yang baik!

rozeeta rashid said...

heidi syafiq: kalau terserempak hantu kira takda feeling apa2 pun?? tak rasa nak lari?? haha

rozeeta rashid said...

nizam ijam: tu la pasal. you saka pergi jauh-jauh tu tak leh blah. entah apa2. haha. nasib dah habis.

Fairuz Fazilah said...

saya pon sorang yang penakut :P

Azham Vosovic said...

Hahaha, CIk A tu macam awak je...

kan kan kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...