Tuesday, September 13, 2011

Mencintai seseorang bukan bererti memilikinya



Sedih kan tajuk ni? Baik letak tisu kat sebelah siap-siap especially kalau anda memang tengah frust. Hehe. Actually aku dapat idea nak buat pasal tajuk ni bila like page ni kat FB. Kenapa aku like page ni? Erk. No comment. =)



Manusia dan cinta. 
Ada yang senang jatuh cinta. Lepas satu, satu. Cinta ke tu? 
Ada pulak yang sangat susah nak jatuh cinta. 

Love comes naturally without you realizing it. Kita manusia biasa.  Memang lah boleh cakap, "Aku tak nak la bercinta sekarang. Banyak lagi yang aku nak achieve dalam hidup ni". Tapi hakikatnya? Cinta datang jugak. You can't avoid it. Tiba-tiba teringat-ingat. Kalau sehari tak contact rasa macam hidup tak lengkap. You're present but you're absent. Orangnya ada, tapi fikiran entah ke mana. 

But the problem here is cinta ni tak semestinya dua hala. Mungkin sorang jer yang feeling meeling. Dan cinta dua hala pun tak semestinya berterusan. Maka ada lah yang terjun bangunan. Ada jugak yang tak jadi kahwin. Yang dah kahwin pulak bercerai. Alasan: Dah tak sehaluan, orang ketiga keempat dan seterusnya. Bak kata The Script, "One's still in love but the other one's leaving. When a heart breaks no it don't breakeven" 

IF ONLY

Kalau boleh fast forward macam dalam gambar ni boleh la tau love story berakhir dengan happy ending or tak. And if ending yang ditengok tak seperti yang disangka, kang tekan rewind pulak tengok balik kenangan indah dulu-dulu. And where did it go wrong. Lepas tu, rewind lagi. Dan lagi. Dan lagi. Parah. Terbaring atas katil menangis tak nak bangun. Because it doesn't go the way you want it to. Klik sini.



So.. Cinta tak semestinya memiliki? Kalau betul-betul ikhlas sayangkan seseorang mesti boleh terima hakikat ni. I love you enough to let you go. The truth is memang payah nak lepaskan orang yang kita sayang. "Nobody can understand me the way you do baby." Eh geli pulak. Rasa macam takda orang yang boleh ganti tempat dia. Walaupun dia lukakan hati kita. Dia jugak yang kita sayang. Pernah rasa macam tu? Eh aku tak pernah.

Kalau betul-betul sayangkan seseorang, lepaskan dia. Biar dia buat pilihan dia. Walaupun sakit. Walaupun perit. Ouch! Doakan kebahagiaan dia. Hanya yang betul-betul ikhlas menyayangi yang tetap mendoakan kebahagiaan dia walaupun dengan orang lain. Walaupun dia tak nampak keikhlasan tu. Biar lah. Nak buat macam mana kan. Mungkin jodoh dia dengan orang lain. Dan mungkin jodoh kita dengan orang yang lebih baik. Yang menghargai kita.

Cinta itu memberi 
Cinta itu mendengar 
Cinta itu berkorban
Cinta itu tanggungjawab
Cinta itu mendoakan
dan cinta itu memaafkan


Dan kalau memang ditakdirkan memang jodoh dengan dia jugak. Lari jauh mana pun akan bertemu balik. Sebabnya tulang rusuk yang hilang pasti tak akan tertukar dan pasti akan kembali ke tempat asalnya. Berserah pada Dia. Dia tahu yang terbaik untuk kita. Dia tak pernah salah. 



"Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun kadang-kadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita, ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya." 

syahirul.com

11 comments:

A Crack Mirror said...

wooh... sedih..kalau saya tgh heartbroken baca post awak ni..confirm berjurai2 air mata.. saya pernah rasa apa yg awak tulis tu.. erm..
n at the end..saya pun fikir.. xpa..kalau ada jodoh tak kemana..mungkin bukan sekarang ... nanti2 or dengan org lain...kan2??

Miss Kira said...

still rasa perasaan itu skrg.. hmmm..

Saiazuan said...

that is matured thinkin :)

H.J said...

boleh buat panduan nak bercinta nanti..hoho

gadizgula said...

i like the post ! ;D

rozeeta rashid said...

a crack mirror: yup. with someone much better. =)

rozeeta rashid said...

miss kira: be strong! =)

rozeeta rashid said...

saiazuan: it's hard to think maturely actually. saying is much easier than accepting what's said. =)

rozeeta rashid said...

H.J: all d best in your love life. haha.

rozeeta rashid said...

gadizgula: thanks! =D

Awan Biru said...

Yap, cinta bukan suatu pemilikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...