Sunday, September 25, 2011

Manusia plastik



Manusia plastik ni orang yang suka berpura-pura. Sanggup jadi orang lain untuk nak dapatkan perhatian. Kalau orang suka dia pun, bukan sebab diri dia tapi sebab his/her fake personality. 

Eh tapi kenapa orang suka manusia plastik ni? Sebabnya kadang-kadang manusia plastik ni is a great actor/actress. Jadi, bila orang tengok, tak nampak macam fake. 

Bagi aku, manusia plastik ni cuma boleh mempengaruhi orang yang baru dia kenal ataupun orang yang tak terlalu rapat dengan dia. Kalau yang dah lama kenal, mesti boleh detect ke-plastik-an dia. 

Macam mana nak detect? Tengok perubahan sikap dia bila jumpa dengan different types of people. 



Cara detect manusia plastik

1) Bila ada group awek cun/mamat hensem duduk berdekatan
Tiba-tiba perangai dia lain. Nampak obvious dia cuba control hensem/cun. Cakap pulak lemah lembut (untuk perempuan lah. kalau lelaki macam tu lain jadinya). Ataupun suara tiba-tiba dikuatkan bila bercakap. Gelak pun kuat-kuat. Dari tak gedik jadi gedik. Nak tarik perhatian lah tu. Nak tunjuk dia tu fun and interesting kot. Aku pernah jumpa orang macam ni.

2) Bila ada orang berpengaruh
Antara contoh orang berpengaruh: Boss/lecturer. Bila ada orang berpengaruh ni, perangai dia jadi baik. Baik gila. Pijak semut pun tak mati. Semut pijak dia mungkin dia yang mati. Dalam erti kata lain, kaki bodek. Buat-buat rajin padahal malas. Konon-konon pekerja/pelajar contoh lah depan-depan boss/lecturer. Aku pernah jumpa orang macam ni.

3) Bila ke rumah bakal mak bapak mertua
Sebelum ni malas buat kerja rumah. Pergi rumah bakal mertua, rajin tolong di dapur. Sebelum ni pakai seksi. Pergi rumah mertua, pakai baju kurung. Kalau jenis yang macam ni bagus lah (tu pun kalau memang nak berubah lepas kahwin). Kalau lepas kahwin tu malas buat kerja rumah, pakai seksi takut mertua masuk hospital pulak sebab terkejut dan rasa tertipu. Aku tak pernah jumpa orang macam ni.  


Sebab-sebab manusia plastik jadi plastik
  • Likes to be the centre of attention. Kurang kasih sayang mungkin.
  • Pentingkan pandangan orang.
  • Not enough self-confidence. "I'd rather be fake rather than being myself"
  • Ada udang di sebalik batu. Pura-pura rajin sebab nak get promoted in his/her job or nak dapat carrymarks tinggi from lecturer.



Moral of the story: Be your own fabulous self. Be known for who you are, and not someone you aren't. Say no to plastic bags!

Sekian saja untuk kali ni. Adios!


5 comments:

Saiazuan said...

hmm bnykkan di kalangan msyarakt kita skrng manusia plastik ni..

Pocket said...

kat tempat keja nanti pung kamu akan jumpa lagi dan lagi plastik nih, bila bos ada.. macam duk depan mak mentua! pijak semut pung tak mati,
tp kalau boss xder,

dia la ulat nombor 1.
tang part tikam belakang tu yg tak tahan tu :D
plastik utk attention pun tikam belakang jugak kan :D

rozeeta rashid said...

saiazuan: memang banyak! manusia plastik merata-rata! haha.

rozeeta rashid said...

pocket: hahaha. betul tu. spesies macam tu memang ada di mana-mana. plastik yang tikam belakang lagi lah teruk. =)

Awan Biru said...

Plastikkah aku? Hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...