Friday, September 30, 2011

Lelaki comel bila..



Walaupun anda macho kacak bergaya mutu keunggulan, tapi tak bermakna anda tak boleh nampak comel. Nak tau apa yang menampakkan kecomelan anda??

Ada lesung pipit
Bila perempuan ada lesung pipit, comel. Bila lelaki ada lesung pipit, lagi lagi comel. Masa senyum nampak lesung pipit. Dah la senyum manis. Ada lesung pipit pulak lagi. Ada jugak yang masa cakap pun nampak lesung pipit dia. Suka tengok. Tapi tak la sampai jatuh cinta. Cinta kan buta. Hehe.


Pakai kain pelikat jalan ke masjid
Rasanya tak ramai lelaki yang selalu pakai kain pelikat. Bila pakai kain pelikat tu dah nampak comel. Apatah lagi kalau ke masjid berkain pelikat. Masa kat UiTM Arau dulu, bila azan Asar (masa ni tengah pergi kelas or balik kelas. sambil tu skodeng calon suami. haha), mesti ada lelaki jalan ke masjid. Yang pakai kain pelikat tu lagi lah susah nak jumpa. Bila tengok tu sejuk je mata memandang. 


Buat kerja dapur dan memasak
Bayangkan ada husband yang rajin tolong kat dapur. Potong bawang lepas tu mata berair. Haha. Comel kot. Bab memasak pulak, tak semestinya pandai memasak tapi dia make an effort untuk memasak sendiri. Lagi comel kalau dia masak untuk family. Balik kerja tengok-tengok ayah/husband/abang dah prepare makanan. Serius terharu. Makan sambila nangis terharu. Haha.


Tunjukkan kasih sayang melalui perbuatan
Bukan perbuatan tak senonoh comolot atas escalator kat shopping mall. Tu bukan kasih sayang. Tu nak pelempang. Maksud aku, melalui perbuatan, boleh nampak how much a man loves a woman(mother/wife/siblings). Boleh nampak how much a father loves his children. Walaupun busy study/kerja, tetap ada masa call makwe hari-hari. Walaupun penat lepas balik kerja, boleh luangkan masa ajar anak buat homework. Even the small things you do, counts, you know? 


Sekian saja untuk kali ni. Adios!


ps: kalau nak tambah, kalau tak setuju, kalau anda comel, sila lah komen. =)



28 comments:

AcidBurN Wraith said...

huahah yeke nampak comel? hahah maybe lelaki tak tahu kot kalau wat suma tu nampak comel heheh anyways good entry

shafiqabdshukor said...

saya g surau pakai kain...
hahahahaha

JIJI YU said...

2 3 4 aku ada..satu je aku takda

aiEz said...

1-aie ada lesung pipit,serius mmg ada..;)

2-jrang2 pkai boleh tak dikategorikan?heh...

3-masa dgn ex dlu pernah buatkan dier puding laici,sbb tu fev dier...snggup g google cari cmne nk wat,alhamdulillah jd n dier ske...tp xde jdoh,kiteorg pn da xde pape..:'(

4-aie la tu,hahaha...mmg laki kalau bab kasih syg mmg tnjuk melalui perbuatan,klu jnis ckp salu tu,jd murah ler pulak nilai kasih tu,heh...

zulayha aziz said...

saya namapak lelaki comel bila berbaju melayu warna itam ! heheheheh

Tukang Karut said...

errrr... aku terasa aku tak comel...

H.J said...

semua yang lain dah ada da..cuma part lesung pipit je yang tak de..haha..tak comel jugak la..?

ekabukanmakcikkau. said...

kannnnn. laki nampak manis bila comel yang hitam legam tu pon kalau ada lesung batu kat pipi kalo senyum memang sah comel muahahaa

Pendamba Mawar said...

pendamba.................

dkna said...

hikhikhik...
no.1 memang ada pada bakal suami dkna

no.2 dkna dapat tengok bakal suami berkain pelikat waktu pergi solat terawih sesama

no.3 tak pernah alami lagi

no.4 hahaaaa...yang tu memang nak kene pelempang..cara perbuatan dan cara percakapan boleh membuktikan sejauh mana pasangan kita menghargai diri masing masing :D

Arooraa")) said...

haha.. mmg cool bila laky g surau pakai kain pelekat.. hahha

Rtp Farra Arisha said...

that will be called lelaki comel macho..hehe.

-✿Ayu✿- said...

lelaki itu comel bila dia ada kt dapur...:p

Nizam Ijam said...

lelaki tu comel kalau nama dia nizam ijam..hehe

Saiazuan said...

err aku x ada lesung pipit, x reti pki kain pelekat, so x comel la.. huhu

Syara Mohammad said...

thank you for dropping by at my blog. happy blogging.

rozeeta rashid said...

shafiqabdshukor: tahniah! anda termasuk dalam kategori comel! haha.

jiji yu: ok la tu. ada 3. hehe.

aeiz: kiranya awak ada semua lah. haha. nak rasa puding laici boleh??

zulayha aziz: betul! setuju sangat! suka! terlupa pulak pasal point ni masa buat entri nih.

tukang karut: haha. comel lah! cuma point pasal awak takda dalam list.

rozeeta rashid said...

h.j: comel la tu. lesung pipit tu kira bonus lah kalau ada. hehe.

ekabukanmakcikkau: haha. tau tak pe. manis.

pendamba mawar: ???

dkna: wahh. untung lah dapat bakal suami comel. =)

arooraa: kann? macam nak masuk meminang jer lelaki tu. haha.

rozeeta rashid said...

rtp farra arisha: machomel pun boleh. haha.

ayu: betul tu. =)

nizam ijam: haha. ye lah. awak comel.

zuan: yang 3 & 4 ada la ek? kira comel jugak lah tu. hehe.

syara mohammad: welcome.

Pocket said...

Part pakai kain plikat tu paham, ada suasana indah sket. Lelaki kat dapur? Tingat afdlin shauki dlm film sepi plak

NOOR FATIN said...

wahh lelaki itu memang comel ;D idaman gadis2 tu.. kui3

Fairuz Fazilah said...

hehee..memang comel pun kan..sweet sangat lahh!!!

red said...

nak taw comolot tu mende hape..? hahaha.

AcidFlynN Wraith said...

aku hanya ada 2 daripada 4 senarai di atas hahahah still.. not cute enough. hahahahaha

Azham Vosovic said...

alamak....saya takda kebanyakan ciri2 diatas...

tapi saya ada lesung pipit...

comel kan? hahahah

Awan Biru said...

Tak retilah nak ikat kain pelikat. Takut terlondeh.

Dina Nurhana said...

Yeahh , this is my dream guy ! heee
Tambah , laki yang gentleman ,yang tak suka buli orang :D

Anonymous said...

assalam cik rozeeta.. kebetulan saya memang ada kesemua ciri2 tuh.. semua tu saya ada & buat selalu... saya memang comel kot.. umur saya meningkat (but single) tapi org ingat saya muda mcm cik rozeeta... saya memang comel kan...? kah kah kah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...