Saturday, September 10, 2011

Bila tiada lagi semester baru


Ramai yang sibuk dengan semester baru. Diploma lah, degree lah, master lah. Eh penat lah. First time cuti panjang 4 bulan. Aku tak sempat lah rasa sebab dengan rasminya dah habis degree. Tak mau sambung master pulak tu. Konon-konon nak kerja. Kerja pun tak dapat-dapat. Kiranya cuti aku lagi panjang. Haha. Padan muka aku!

Tapi seriously, masa belajar ni la yang syiok. Bukan tempat tu yang syiok. Sebabnya aku study kat arau. Where got anything in arau one. Haiyaa. Dah la aku di arau dari diploma sampai la ke degree. Bayangkan 5 tahun kat situ. Tapi arau environment yang baik untuk study.  

Masa diploma aku duduk kolej. Ba wau sin alif nun. Masa tu wireless kolej hampess. Jadi aku main game sampai nyaris-nyaris juling sebab lama sangat mengadap laptop. 2 minggu sekali mesti balik Penang. Kira duit ptptn diploma tu banyak didermakan kat Transnasional la. Minggu yang tak balik tu  jalan gi makan sampai ke depan matrik. Mak aih punya la jauh. Sampai kolej lapaq balik oi! Haha.



Bila degree baru bebas sikit. Dapat pulak housemates happening. Duduk rumah sewa kat Taman Sri Wang. Sedap ohh nasik ayam berempah kat situ. Letak ayam seketul baru 2 hengget. Jimat oii. Memang sesuai makan masa hujung sem bila takdak duit. Haha. Time degree lah baru jenjalan melihat Perlis. Bukit Air lah. Tasik Melati lah. Padang Besar lah (tu pun masa buat thesis baru gi).

Kadang-kadang gi Kuala Perlis makan tomyam, siakap 3 rasa, kailan ikan masin dan sebagainya. Eh lapaq pulak! Lepas tu karok. Dekat rumah sewa ja tempat karok. Jalan kaki pun boleh. Untung lah. Kat rumah sewa semuanya ambik Finance kecuali sorang. Jadi apa-apa senang lah nak discuss mana yang tak faham. Bila exam semua serius kecuali aku. Haha. Aku suka kacau orang study. Tutup lampu bila orang tengah mandi. Curi towel. Buruk perangai kan. Haha.

Tapi kann. Tu semua dulu. Sekarang semuanya dah berakhir. Tak boleh blah ayat sedih. Apa-apa pun masa study jugak best. Cherish those moments while you still have it. 

Where you are don't matter, it's who you're with that matters. Kenangan indah tercipta kerana orang sekeliling kita. Enjoy your student life! 

PS: Konvo 23 oktober di Uitm Arau! =)


2 comments:

Eric said...

bestnya cuti panjang :)

rozeeta rashid said...

haha. penat bercuti dah ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...