Wednesday, August 24, 2011

Selamat tinggal dunia


Jangan salah sangka ingat aku nak bunuh diri pulak sebab baca tajuk post ni. Tadi ada sedara aku meninggal. Arwah bapak aku punya adik ipar punya kakak punya husband meninggal. Hah sila lah pening. Walaupun tak berapa rapat tapi terasa jugak kesayuan. Tengok airmata seorang isteri, anak dan adik beradik. Sedar-sedar airmata aku pun bergenang. Al-fatihah buat arwah.

Secara tak langsung, bila tengok dari saat jenazah dikafankan sampai dikebumikan tu, terasa insaf. Terasa diri ni kerdil. Manusia yang kerdil. Yang hidup cuma sementara. Bila-bila masa boleh ditarik roh dari jasad. Sama ada sedia ataupun tak. Sediakah kita? Kalau cuma ada sejam lagi untuk hidup? Atau mungkin cuma ada 10 minit lagi? Apa amal yang ada untuk dibawa?

Kadang-kadang kita leka dengan dunia. 
Terlupa pulak dunia sekadar persinggahan. 
Persinggahan untuk menuju akhirat yang kekal abadi.

Cuba bayangkan saat talkin dibaca. Dan talkin tu dibacakan untuk kita. Putus hubungan dengan dunia. Rupanya hidup tak lama. Tak sempat tua. Ingatkan sempat nak taubat bila tua. Rupanya mati muda. Bagaimana agaknya? Iman dan amal tak seberapa. Mati pulak dalam keadaan apa? Tengah sujud padaNya? Tengah baca Yasin? Ataupun mungkinkah tengah bersuka ria? Tengah bergelak tawa? Tiba-tiba hilang nyawa. Takutnya.



Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.


Insyaallah.

Sama-sama kita tingkatkan amalan. Tak tau esok lusa apa nak jadi.

Kita semua ada expiry date. Cuma tak tau bila.

1 comments:

Awan Biru said...

Amin Ya Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...