Wednesday, August 24, 2011

Planking. Kegilaan apakah??



Planking. Fenomena baru yang melanda dunia. A new way of taking pictures. Tak payah sengih-sengih sambil buat peace ataupun buat mulut muncung gedik kat camera macam selalu. Aku tak buat. Cuma meniarap di lokasi-lokasi yang menarik. Ya di lokasi-lokasi menarik. Bukan meniarap seperti kebiasaan sambil online/buat assignment. Kalau macam tu dah dikira planking, banyak kali la kiranya aku dah buat. Hehe. 



Anywhere unique. Nampak macam bangang bagi aku. Dah tak ada benda lain nak buat ke? Bosan sangat dah? Tapi bagi plankers ni, planking adalah addictive. Kat mana yang addictive tu tak tau la. Aku still tak faham. Mungkin dari segi creativity buat planking tu sendiri. Planking kat area yang pelik. Yang lain dari yang lain. Lagi pelik lagi bagus. Lepas tu letak kat Internet bagi orang tengok. 


Atas tangga pun boleh


Euww. Sanggup kah anda?

Ini macam pun boleh


Bagi aku, sekadar tengok gambar orang plank cukup la. And aku admit, memang menarik tengok gambar-gambar tu. Kat atas peti ais lah. Dalam plane lah. Macam-macam lah. Setakat ni tak pernah la tengok live. Mungkin kebanyakan rakyat Malaysia masih waras. Ataupun mungkin aku yang jarang keluar rumah jadi tak jumpa lah orang yang plank secara live. Tapi untuk aku sendiri nak plank, never lah. Kerja gila ja bagi aku.


Cik squirrel pun nak plank jugak


Why plankers plank? Sukakan perhatian mungkin adalah jawapan yang sesuai. Ya la. Tetiba plank kat tengah-tengah shopping mall. Lepas tu orang pun berkerumun lah nak menengoknya. Tak ke mencari perhatian namanya tu. Mungkin jugak mereka ni rasa thrill bila buat macam tu. Apa-apa lah asalkan plankers bahagia. Tapi kalau ya pun gila plank, tak payah la kat tempat yang boleh bahayakan diri sendiri. Tekan sini. Agak-agak lah kalau ya pun nak plank. Mati sia-sia ja kang.



Sila lah tengok. Memang menarik.


*Planking Malaysia FB page pun ada

14 comments:

kuntakinte said...

yg kat mangkuk tandas tu..rawatan resdung skali kot..hehehe

AcidFlynN Wraith said...

baghu tau pasal Plank Plankton ni.. haha aik.. camne Mr Eugene Plankton termasuk lak... kalau tak memang tak tahu.. ada eh macam ni. Lebih kurang macam Pakour la.. cuma Pakour tu melompat2 heheh

shazmir said...

hahahha..macam2 lah dia orang nie...
btw nice blog..comel..

xyz4mir.blogspot.com

Nyamuk Terbang said...

harharhar planking yer org pnggl
bru thu

mardiana said...

haha. gaya macam nak mintak pelempang je

rozeeta rashid said...

kuntakinte: hahaha. confirm baik terus.

rozeeta rashid said...

acidflynn wraith: haha. glamer la mr eugene plankton. pakour macam mana pulak? apsal saya tak tau. tak boleh jadi ni. kena google. hehe.

rozeeta rashid said...

shazmir: tau tak pe. dah takda kerja kot. hehe. thanks! nanti saya jenjalan pegi blog awak. =)

rozeeta rashid said...

nyamuk terbang: a'ah planking. macam2 idea orang nih kan. hehe.

rozeeta rashid said...

mardiana: haha. yang kat toilet tu la yang paling rasa nak lempang.

Nur Intan Syafinaz said...

Macam2...nanti ada pulak trend lain pulak..mungking trend tanam kepala dalam tanah..hahahaha..tetibe~

Saiazuan said...

bwahahahaha memang lawak tul diorng ni

rozeeta rashid said...

saiazuan: haha. tu la pasal. idea sape la planking nih.

Awan Biru said...

Budusnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...