Saturday, August 27, 2011

Perempuan dan kasut tinggi : Part 1




Perempuan dan kasut tinggi ibarat irama dan lagu. Haha. Suka hati aku ja. Kasut tinggi itu wajib bagi perempuan even untuk yang tak suka pakai heels. At least mesti ada satu jugak. Betul ke ada satu?? Sebabnya kasut kerja selalunya mesti kena pakai heels. Kan dah satu. Tu belum kasut nak pi kenduri, nak jenjalan, nak dating bagai.

Ok. Tak semua perempuan pakai heels. Dan tak semua perempuan suka pakai heels. Ada beza tu. Yang kategori second tu, ada yang walaupun tak suka tapi pakai jugak sebab nak nampak cantik. Aku ingat lagi dulu ada kawan aku cakap nak cantik kena la tahan sakit sikit. Tapi kalau dah pakai berjam-jam tak nama sakit sikit dah.

Aku dulu selalu jugak pakai heels. Tapi sekarang kurang dah sikit. Kadang-kadang pakai sneakers, kadang-kadang pakai sandal. Tak sakit kaki. Lagi pun bila aku pakai orang akan tengok aku. Sebabnya tinggi aku 172cm. Kalau pakai heels?? Hah. Mula lah keluar dialog, "Dah tinggi, pakai kasut tinggi lagi". Kalau nak pakai kasut tinggi pun pikir dulu nak keluar tu dengan orang yang tinggi or tak untuk mengelakkan nampak terlebih tinggi walaupun memang terlebih. Hehe.

Kenapa perempuan pakai kasut tinggi??
Sebab 1: Nak nampak tinggi - pakwe tinggi ataupun saja nak nampak tinggi
Sebab 2: Nak nampak seksi - to men, women wearing heels are sexy (is it?)
Sebab 3: Posture badan lebih menarik - lebih confident

Well. That are the 3 main reasons I guess.


High heels ada beberapa jenis:
Stiletto
Ada bran pakai kasut tinggi nih??  Aku tak.

Semerah cinta stiletto. Dasyatnya stiletto sampai jadi tajuk movie. Tinggi tumit stiletto ni boleh sampai 18cm (dalam 7 inci). Ada jugak yang sampai 8 inci. Tumit dia pulak mak aih halus weh. Nak pakai pun pikir 482 kali. Kalau aku confirm tergolek dah.


Kitten heels

Yang ni adik kepada stiletto. Kitten. Kenapa nama dia kitten jangan tanya aku.  Aku pun tertanya-tanya. Kasut jenis ni tumit dia tak setinggi stiletto. Tinggi tumit kurang dari 2 inci. In 1950s dikenali sebagai trainer heels. Designed to help young girls get used to wearing high heels. 


Cone heels
Yang ni dipanggil cone sebab bentuk tumit dia lebar dan makin halus di bawah. This type is more stable lah dari si stiletto yang halus malus tu walaupun tinggi jugak.  Rasa tenteram sikit bila pakai. Tak risau tergolek lalu terduduk bersimpuh tiba-tiba masa tengah usha mamat handsome.


Prism heels

Yang ni lebih kurang bentuk macam cone tapi dia ada 3 flat sides yang membentuk bentuk segitiga. Yang cone tu tumit bulat sikit. Susah nak jumpa kasut macam ni sekarang.


Spool heels

Kasut macam ni tumit dia narrow di tengah. Hourglass shape lah kiranya. Bukan takat perempuan saja ada hourglass figure. Tumit kasut pun ada. Kasut ni lagi lah rare. Tak pernah pulak terjumpa setakat ni. 


Platform heels

Platform heels ni sesuai untuk orang yang nak pakai heels tinggi tapi tak rela pakai stiletto yang halus. Sebenarnya kasut ni tak lah tinggi mana sebab depan kasut ni pun tinggi. Lagi balance lah kalau compared dengan stiletto.


Wedges

Kasut jenis ni paling selamat and paling aku suka. Cheezy wedges lagi aku suka! Sebab dia bersambung terus. Maknanya takda space kosong kat bawah kasut. Tersangat lah stabil compared to kasut-kasut tinggi yang lain. Nak lari sambil lompat-lompat pun boleh. Hehe.


Sekian saja untuk kali ni. Adios!!

19 comments:

nana said...

nana pakai wedges je semua ^_^ selamat ^_^

trahlicious said...

heels mmg x boleh di pisahkn dr ppuan... sile la sgah blog sy...
http://upskyblue.blogspot.com/

rozeeta rashid said...

nana: haha. tau takpe. nak naik tangga pun tak risau.

rozeeta rashid said...

trahlicious: sememangnya. ok nanti saya singgah. =)

isyam mirah said...

mirah suke sgt wedges :)

fika said...

suka wedges jugakkk :D

Saiazuan said...

daku menjadi pendek dikala gadis2 bertumit tinggi berdiri disebelahku.. huhu

rozeeta rashid said...

isyam mirah & fika: ramai geng wedges ye. haha.

rozeeta rashid said...

saiazuan: haha. zuan pendek ke? nampak macam tinggi je.

aiEz said...

jap2 tinggi 172cm?aduhh..xpe kalau jln sbelah org ingt adik,hihi...*okeh gurau..

err,xlenguh ke kaki pakai kasut tumit tinggi ni eh?

Nizam Ijam said...

kalau jatuh saya tolong sambut..hehe

Encik JI said...

tu la. aku pn agak terdesak nak tahu, tak lenguh ke?? haha

rozeeta rashid said...

aiez: awak rendah ek? haha. lenguh lah. cuba try pakai tengok. hehe.

rozeeta rashid said...

nizam ijam: amboi. cepat je nak tolong. haha.

rozeeta rashid said...

encik ji: haha. bukan lenguh je. sakit. tambah2 kalau pakai jenjalan or berdiri lama2.

Muhd Fadil said...

nasib baik penyu tak suka pakai heels. hohoohoho.

rozeeta rashid said...

muhd fadil: penyu pakai heels kena beli 2 pasang. abis lah duit. hehe.

aiEz said...

xde la rendah sgt,169cm jer,heh..okeh beza sikit dgn awk..;)

rozeeta rashid said...

beza 3cm je pun. haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...