Sunday, August 21, 2011

Pengalaman first kacau dodol



Kelmarin dulu aku dijemput pi berbuka, kacau dodol and sahur kat bank rakyat tempat aku praktikal dulu. Ambik kau 3 sekali. Dari pukul 6.30 petang sampai 7 pagi aku kat sana. Lebih 12 jam. Masing-masing bawak family (yang dah kawin la). Jadi aku yang single mingle ni segan lah sikit.

Mula-mula aku sampai tu orang tengah kupas bawang. Staf lelaki yang kupas. Lepas tu aku tolong potong bawang dengan sayur. Untuk berbuka, cuma goreng mee kat sana. Dan mee tu sangat sedap ok. Nasik dengan ayam masak merah dah tersedia indah untuk dibedal. Bubur lambuk pun ada. Kuih dan muih pun beraneka macam. Eh macam lagu raya je. 

Then, aku tolong kacaukan bahan-bahan nak buat dodol. Lepas tu dalam pukul 9.30 dodol start dimasak. Excited la jugak aku. Maklum la tak pernah tengok. Jakun la katakan. Haha. Sempat la merasa feel kacau dodol.

Time awal-awal kacau dodol

Untuk sahur, semua menu dimasak kat depan bank tu. Sekali lagi bergotong royong nak siapkan bahan-bahan untuk nak masak Menu sahur: Kari ikan, sayur, udang dan jugak ikan goreng.

Bertungkus lumus nampaknya
Masak udang
Chef expert yang comel


Lepas dah makan sahur pun dodol tak siap lagi oi. Cemuih dok kacau. Haha. Macam la aku yang dok kacau dodol tu. Masa dekat-dekat nak siap tu sempat la aku kacau lagi sekali. Mak aihh. Berat gila nak kacau sebab dodol dah makin pekat. Nasib ada orang offer nak kacaukan. Tengok aku macam tak terdaya agaknya mungkin.

Dodol dah nak siap
Basuh kuali dodol yang gedabak


Aku dapat dodol 2 tupperware. Satu tupperware besar, satu tupperware kecik. Amik kau. Dok berdua je dengan mama aku. Jenuh nak makan. Balik tu aku drift dengan lajunya ke rumah dalam keadaan yang tingtong. Dah sampai baru aku perasan aku tak bukak lampu pun masa drift. Mengantuk sangat ler tu sampai tak perasan. Nasib rumah dekat. 

Kat rumah aku pengsan sampai tengahari. Haha. Puas hati cover balik tidur.

Gambar ambik guna camera handphone je. Tak mampu lah beli dslr bagai. 

3 comments:

bleanck_braiyne said...

aku pon teringin nk kacau dodol.. cool gila bank rakyat buat project cmtuh..

rozeeta rashid said...

sebab tu la bank rakyat bank pilihan eta.. haha..

Awan Biru said...

Dah bertahun tak makan dodol.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...