Sunday, August 14, 2011

Kalau Aku Lelaki..



Sila jangan salah sangka. Post ni wujud bukan sebab aku dah bosan jadi perempuan. Dan bukan jugak sebab aku teringin nak tukar jantina jadi lelaki ok. Harap maklum. =)

Mamat kat atas ni aku buat sendiri. Haha.

Kalau aku lelaki..
Aku mesti penat. Hari-hari kena shave muka. Jenuh. Kalau ikutkan hati tak payah shave lah. Malas punya pasal. Biar berjambang. Adehh. Buruk perangai. Haha. Ok, ok! Kena la shave. Kalau tak macam mana nak mengorat perempuan ye dak? Kalau rupa pun macam orang utan. Kang letak aku sebelah orang utan, tak tau mana aku mana orang utan pulak. Dah kes naya. 

Kalau aku lelaki..
Aku mesti seorang yang agak sporty. Cara dressing simple tapi yang penting smart.  Kereta pun mesti mau sporty jugak lah. Hujung minggu aku pi main futsal/bowling/pool dengan kawan-kawan. Malam-malam lepak kedai mamak tengok bola. Meriah. Pekena pulak teh tarik. Eh terlebih detail sangat dah. Sambung balik. Hari biasa aku cari rezeki. Kerja keras untuk masa depan. 


Kalau aku lelaki..
Dah semestinya aku adalah abang/adik/anak yang bertanggungjawab. Tolong adik-adik yang mana patut. Tolong ajar buat homework, tolong bagi duit sekolah/duit belanja kat uni. Tolong mak beli barang-barang rumah. Bagi duit belanja kat mak ayah. Apa la sangat. Gaji 8000 kot! Berangan. Lupakan part berangan tu sat. Nampak tak aku ni seorang yang bertanggungjawab?? Nampak tak??

Kalau aku lelaki..
Aku nak jadi lelaki bijak. Bijak bukan maknanya CGPA 4.0. Jangan dinilai orang dari CGPA. Tapi kalau dapat 4 flat apa salahnya. Bijak dari segi percakapan. Berilmu. Bukan takat book smart. Tapi street smart. Ilmu agama yang paling penting. Sebabnya dunia cuma persinggahan. Jadi imam. Solat jemaah dengan keluarga. Nanti dah kawin solat jemaah dengan anak isteri. Jadi ketua keluarga. Berat tanggungjawab tu. 

Kalau aku lelaki..
Gerenti aku lelaki idaman awek-awek! Aku jaga hati mereka. Eh eh! Mereka pulak. Dia. Aku setia. Haha. Aku akan ada untuk dia masa susah senang. I'll be her shoulder to cry on (not literally of course). Tak kawin lagi mana boleh pegang-pegang. Aishh! Dan tak pegang-pegang menunjukkan aku seorang yang menghormati dan menghargai perempuan. Soft-spoken itu mesti. Hati perempuan ni lembut. Bila nak cakap pun cakap lembut-lembut. Tapi bukan lembut auww please!

Kalau aku lelaki..
Aku setia. Aku tak main-mainkan perasaan perempuan. Dengan Cik A kata sayang, kat cik B tempat menghiburkan hati. Last-last pilih Cik C. Lalu terjun bangunan la Cik A dan Cik B bunuh diri. Haha. Dan aku jugak takkan mungkir janji. Takkan tabur janji kalau tak mampu nak tepati. Cakap tak serupa bikin?? Not me. 


Kalau aku lelaki..
Untung lah bini aku nanti. Sebabnya? Aku suami paling rajin sekali. Bini aku nak masak, aku tolong dia. Potong bawang, potong sayur. Oops terpotong jari! Tak pa laa. Demi bini. Sekali sekala buat surprise kat dia. Buat dia rasa dihargai. Bukan surprise time sebelum kawin ja. Dah dapat lupa bini. Kalau dia buat salah tegur baik-baik. Kecuali la kalau dia tak makan saman. Kena la bertegas jugak.



Nampak tak ciri-ciri lelaki idaman Malaysia tu kat aku?? Hah. Nasib baik aku bukan betul-betul lelaki. Kalau tak jeles la anda lelaki-lelaki di luar sana. Haha. 


Secara tak langsung, point-point di atas adalah ciri-ciri yang perempuan cari pada lelaki. Aku bagitau secara indirect. Tak semestinya ada semua ciri-ciri tu. Sebab tiada yang sempurna. Tapi ilmu agama perlu ada.

Sekian saja untuk kali ni. Adioss!

4 comments:

kaizen said...

tp x baik berkalau2 nih... bersyukur dgn ape yg ade jer k??

*jempot dtg blog.. ade DUIT RAYA kalo nk... heheehe

rozeeta rashid said...

haha.. memang bersyukur lah.. tak nak pun jadi lelaki.. cuba baca balik ayat atas skali sblm gambar tu.. =)

si macho said...

tuan blog ni suka becakap ke ? XD

Ihsan Jaafar said...

salam kak, serius lawak baca benda ni. Dapat idea untuk tulis blog. muahaahahaha.

tapi tak banyak pun. post malam2 buta. kui kui kui
moh baca sini ok

http://tintaihsan.co.cc/syukur-aku-ni-lelaki/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...