Monday, August 22, 2011

Do what you love or love what you do



Disebabkan aku adalah penganggur yang tercari-cari the ideal job untuk diri sendiri, aku nak cakap pasal kerja. Oh, by the way, aku adalah graduan finance. Yang bakal berkonvo bulan Oktober ni. Saja nak bagitau. Sebabnya aku tak payah buat assignment dah, study untuk exam pun tak payah dah. At least for now. Hehe.

Alhamdullilah. I survived! Hehe.

Tapi kan kerja tu lagi tak seronok. Kenapa? Meletihkan la. Susah la. Kena buli la. Officemate tak friendly la. Ni berdasarkan apa yang kawan-kawan aku yang dah kerja cakap la. Haa sebab tu la aku malas nak kerja lagi (ayat nak cover sebab aku still hopelessly jobless). 

In the working world, there are two choices. It's either you do something that you love or love something that you do (or maybe force yourself to love it). 

Fear of being jobless. Just take what is being offered.

Kalau kita buat kerja yang kita suka, that we are passionate about, mesti lah kita dapat bekerja dengan senang hati. Sambil kerja sambil nyanyi. Senang hati punya pasal. Tak rasa macam kerja tu membebankan. Masuk kerja pukul 9 pagi. Sedar-sedar dah pukul 9 malam. Dalam hati, "Eh eh rasa macam baru 3 jam aku kerja. Dah pukul 9??". Boss marah suruh balik pun tak mau. Kalau boleh nak tidur kat office! Punya lah enjoy. Haha. 

Untung lah kalau dapat kerja macam ni

Tapi kan, tak semua orang dapat peluang tu (bukan peluang tidur kat office tapi peluang kerja yang enjoy-yippie-hip hip hooray). Atau mungkin tak semua yang nak tunggu peluang tu. Mungkin keadaan memaksa. Wallet yang tak berisi memaksa. Mintak lah kerja. Janji masyuk. Tapi tak pa. As long as you have the right mentality, you can learn to love what you do. Positifkan diri (selagi boleh positif). 

However, there are certain circumstances yang buat kita rasa sangat-sangat terpaksa. Buat kerja rasa macam nak mati. Memang your heart is not there. Dah cuba suka kerja tu tapi tak mampu (dah tak sanggup nak jadi optimistic). Environment kerja yang buat kita tak terasa nak pergi kerja. Kena bayangkan ada pistol kat kepala baru masuk kereta nak start enjin.   


If you're in that position, sila lah berfikir panjang untuk buat keputusan yang tepat. Yang boleh buat anda happy. Aku doakan korang.

Dan aku jugak mendoakan untuk diri aku, kawan-kawan aku dan semua yang menganggur supaya dapat kerja cepat-cepat. And hopefully it's a job that we love. 

Ehem ehem (sambil kenyit mata). Al-rajhi please la panggil interview. Ku masih berharap. 


PS: Tak kerja lagi membolehkan aku dapat duit raya.


7 comments:

aimaniman said...

alaa tian tian dia.. masih tanam anggur ek.. alaa nak cr job yg kita love susah aar.. cari job yg love lita? ada keja yg cr kita ke?

Alip Apai said...

Choose a job you love and you never have to work a day in your life:)

rozeeta rashid said...

aimaniman: kesian kan?? haha. memang susah pun. mungkin kalau kita sgt talented, keja tu yg cari kita.. =)
alip apai: untung lah kalau dapat kerja macam tu. =)

BLADE EDGE said...

Assalamualaikum...

buat apa yg kita suka dan suka apa yg kita buat, adalah 2 perkara berbeza tp kedua2nya perlu dlm hidup...

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN

happy blogging :-)


regards,
BLADE EDGE

Mizz ErMa said...

hm..sy pon skrg tgh cari kerja bwu gak nie..tension ngan keje skrg..sob, sob,

rozeeta rashid said...

blade edge: yup. tapi selalunya kita kena belajar suka apa yg kita buat. sebabnya yg kita suka susah nak dapat.

selamat hari raya maaf zahir batin jugak. =)

rozeeta rashid said...

mizz erma: kenapa dengan kerja tu? sabo la ye. hehe. all d best dalam mencari kerja baru. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...