Tuesday, August 16, 2011

Antara lawak bodoh dan lawak bijak


Lawak bodoh. Kesian lawak yang tak bersalah tu bila dikata bodoh. Padahal orang yang buat lawak tu yang tak berapa nak bijak. Tapi kadang-kadang orang bijak pun boleh buat lawak bodoh sebab tak fikir panjang.

Lawak bijak. Ini term aku suka hati bagi. Lawak yang menggunakan otak.



Beza lawak bodoh dan lawak bijak??

Beza 1

  • Lawak bodoh buat orang gelak sekejap saja ataupun gelak masa first time dengar lawak tu.
  • Lawak bijak buat orang gelak panjang dan tergelak tiap-tiap kali teringat lawak tu. Lawak ni memorable.

Beza 2

  • Lawak bodoh menunjukkan tahap pemikiran yang cetek. Walaupun kadang-kadang orang tu sebenarnya bijak. Bodoh dalam bijak?
  • Lawak bijak menunjukkan pemikiran bernas seseorang tu. 



Lawak yang macam mana yang dikatakan bodoh??
Hujah 1 (Dah macam debate daa)
Lawak yang jenis try hard. Kena buat over-over nak bagi orang gelak. Pakai costume dan props yang over-over. Gaya cerita pun over. Boleh dikatakan serba serbi over. Mungkin orang gelak sekejap. Mungkin jugak orang tak gelak langsung malah terasa macam annoying pulak tengok si tukang buat lawak.

Hujah 2
Lawak yang diulang-ulang. Tak ada originality dalam nak membuat lawak. Pakai idea yang pernah digunakan. Dah dengar lawak tu dari orang lain. Mungkin jugak idea tu idea sendiri tapi asyik ulang point yang sama. Nampak macam tak ada modal. Memang tak ada modal pun. 

Hujah 3
Lawak yang sebenarnya tak lawak pun. Eh, kalau tak lawak kenapa panggil lawak? Nak jaga hati tukang buat lawak kot. Hehe. Peace! Lawak yang tak lawak ni lagi banyak merepek. Merepek meraban tahap gaban. Orang tak gelak tapi rasa kesian. Eh eh rhyme lah! Nampaknya aku pun dah meraban.

Hujah 4
Lawak yang mempersendakan orang lain. Lawak yang tak kira sensitiviti orang. Jongang jadi isu. Kerdil jadi isu. Kadang-kadang bila tengok cerita kat tv, kaw-kaw kata kat orang. Yang berlakon jadi mangsa lawak tu sanggup pulak kan. Tambah-tambah kalau dia memang ada kekurangan dan kekurangan dia tu dijadikan bahan lawak. Banyak lagi cara lain untuk buat lawak. 




Lawak yang macam mana yang dikatakan bijak??
Hujah 1
Lawak yang effortless. Lawak yang selamba. Pakai biasa tak fancy-fancy, tak buat gaya lebih-lebih tapi orang tengok orang gelak guling-guling. Lawak kena pada tempat. Bijak. Selalu sitcom mat saleh memang sempoi. Masa duduk rumah sewa time study dulu, bila housemate aku tengok senario, aku tak terasa nak gelak. Kat mana yang lawak entah. 

Hujah 2
Lawak yang kreatif. Lawak yang orang tak terfikir. Lawak yang memerlukan high imagination. A creative way of seeing things. Something yang original dan spicy fresh. Tapi bukan merepek tak tentu hala. Secara tak langsung dapat kembangkan minda. Think out of the ordinary. Macam Who's Line Is It Anyway. Spontan and kreatif. 

Hujah 3
Lawak yang ada mesej. Nak lawak, lawak jugak. Tapi dalam berlawak ada mesej yang disampaikan. Boleh buat orang berfikir. Buat orang cakap, "Ye tak ye jugak pak lawak ni cakap. Boleh pakai jugak kepala otak dia ni". Sampaikan sesuatu pengajaran dengan unsur santai. 

Hujah 4  
Lawak dari segi perbuatan. Perbuatan yang spontan. Yang orang tak expect. Action speaks louder than words maa. Haiyaa. When you can convey your message to others without words, that's brilliant. And if you can make them laugh as well, that's even better. 


What you say, what you do reflects yourself. Berlawak la secara bijak. 


Oh, one more thing. Jangan seronok sangat. =)

9 comments:

nana said...

nana suka buat lawak bijak!! sbb ramai akn ingt lawak nana smpai bila2 :) tanpa paksaan mahupun ulangan

rozeeta rashid said...

haha.. alaa.. rugi lah camni sbb x kenal nana..

Bebear Koko said...

suka dgn lawak selamba.. contohnya org buat lawak tu xgelak pn, muka heartless camtu tp kita yg tergelak2..

An Najwa said...

best la entry ni, pandangan yg bernas dalam topik ni..

Nisa Ahmad said...

saya ska lwk yang spontan dan blh buat sya ketawa pcah prut,,,hahaha,,,

rozeeta rashid said...

bebear koko: a'ah betul2.. pandai je control.. buat muka serius.. org lain gelak guling2.. haha..

rozeeta rashid said...

an najwa: hehe.. thanks.. tunggu topik lain plak nnt.. =)

rozeeta rashid said...

nisa ahmad: lawak spontan nih sempoi.. tetiba ja boleh buat org gelak.. hehe..

Misz Ti said...

Btl3. Jgn seronok2 sgt. Byk ketawe kang byk jgk menangis nt.btw, nice sharing! (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...