Sunday, June 5, 2011

Tengah tanam anggur?? Nak tengok movie takda duit?? Free movie adaa..



Haha. Kenape?? Tak percaye?? Well. Maybe now it's time for you to believe. Tak pun aku boleh tolong nyanyikan lagu Siti Nurhaliza, "Percayalaaaahhhhhhhhh" (This is the utara version) or should i make it sound more kl-ish "Percayeeelahhhhh" khas untuk anda, anda dan anda. Haha.

Sila maafkan aku. Kegilaan aku datang tiba-tiba malam ni. Tapi bila kegilaan ni datang la aku kreatif sikit untuk mengupdate blog.

Okay berbalik ke movie free tadi. Ha dalam dunia ni kan macam-macam karenah manusia yang ada. Life itself is a drama. So tunggu apa lagi?? Sila beli popcorn n duduk kat mana-mana public places yang anda nak such as bus stations, shopping malls or kat tasik mana-mana lah! (Ok2 tiada paksaan untuk beli popcorn!) Tak ke free movie namanya tu?? Tak payah nak queue beli ticket bagai. Hehe.

Rasa tertipu dengan post aku?? Alaa. Sorry la. Hehe. 

But seriously, cuba fikir balik. Betul tak apa yang aku cakap. Bila kat shopping mall, tiba-tiba nampak ada couple gaduh. Aku pernah nampak beberapa kali jugak laa. Yang paling aku ingat, ada husband ni marah-marah n terus blah tinggal wife dia. Wife dia plak menangis-nangis hambat husband dia. Ada jugak aku tampar-tampar diri sendiri nak memastikan aku tak mimpi. Perghh sakit! Memang sah aku tak mimpi. Step kedua?? Aku sengih terjenguk sana sini sambil fikir dalam hati, "Maybe i'm on candid camera!!" Haha. Dream on Rozeeta!! This is life. For real. Gaduh di tempat awam. Tak peduli dah orang tengok. 

Tengok perangai orang. How people speak. How they behave. Ada yang peramah gila sampai orang tak terlayan. Ada yang muka masam mencuka. Contohnya macam masa aku nak beli goreng pisang dengan dyana masa nak melawat bank baru-baru nih. Mak aihhh. Muka tarak boleh kasi manis sikit ka aci?? Aiyoyo. Baru nak tengok kuih apa yang ada dia tanya macam nak gaduh, "Nak apa??" Orang mai nak bagi rezeki kat hang, hang macam nak gaduh pulak. Lu apehal?? Aku tergelak terus tengok lagak minah cuka tu. Haha. Ishhh. Aku bukan boleh dengan orang macam nih.. Aku perli depan-depan ja. Tanya kat dyana, "Hang awat takdak mood ka??" Hahaha. Tolong laa. 

Aku suka observe perangai-perangai orang ni. Terhibur jugak. Tambah-tambah bila ada benda yang lawak jadi. Aku dah la tak boleh control. Gelak depan-depan tu jugak. Haha. Tapi cover-cover la cakap kat kawan yang ada dengan aku tu, "Hang ni dok buat lawak plak!!" Ya laa tak cover kang nanti orang yang aku gelakkan tu perasan, dia sekeh aku camna?? Hah sapa nak jawab?? Haha. Tapi nasib la tak pernah kena sampai macam tu. Kadang-kadang dapat jugak tengok kebaikan orang. Bila ada aunty tua tak larat nak angkat beg, ada yang menolong. Yang tengok saja lagi banyak. (Aku jauh dengan aunty tu sebab tu tak tolong ok!)

Kesimpulannya. Eh apa daa kesimpulan-kesimpulan pulak. Ingat buat karangan BM kah?? Tak apa lah! Lantak lah! Hehe. It is true that life is full of drama. But behind all those dramas there are lessons. We learn so much through other people. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. 


Tak gitu kengkawan??

2 comments:

bleanck_braiyne said...

yup.. aku pon suka tgk perangai org.. aku slalu muhasabah diri jgn jadik cm org yg aku tgk n x suka perangai dia..

p/s: sometimes the closest person to u are the one who less understand u..

rozeeta rashid said...

kan?? ada jugak geng aku..
haha.. sapa yg x understand hg tu?? aku kah??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...